Monday 23 December 2013

GAMBAR PERUT

Rasanya hanya mommies yg terlampau mcm aku je yg amek gambo perut time peknen. (ke semua mommies wat gini..hehe).tapi aku tak le upload ke hapa ke,just untuk tatapan sendiri jek,tak juga wat fotoshoot bagai..actually, nk wat fotoshoot mcm mana, aku takde perut yg besar pun!And aku amek 2 kali je, masa 5 bulan ngan semalam 8 bulan.

Aku ada satu baju feveret pakai kat umah,gown tidoq warna merah paras lutut.Masa 5 bulan ada amek guna baju ni,so semalam adik bongsu aku gatal nak amek lg gambo untuk 8 bulan nak tengok beza. Tau apa bezanya?TAKDE!Sungguh ni,tak tipu.Tapi tang punggung yg membesar dan melebar.Agaknya baby membesar ke dalam, bukan ke perut. Ade ke camtu?

Tuesday 10 December 2013

CHECK UP 29 WEEK

Hari ini dalam sejarah sebab tak tunggu lama untuk turn check up.Datang 3 pm,3.30 dah masuk bilik dr.Ada 3 couple before me, tapi mungkin tunggu nak admit bersalin kot.Alhamdulillah..

Hari ni anak mummy tak nak tunjuk mukanya,dua2 tangan tutup muka siap dengan kaki naik sekali dekat dengan muka.Punyalah tak kasi tengok.,huhu.Aku cadang nak print 4d hari ni tapi last2 print gambar yang bulan lepas jugak sebab mukanya lagi clear.

Hari ni double confirm jantina yang dah tau bulan lepas..ok guys...PINK BALLOONS...Hehe..its a girl!Alhamdulillah..actually beli baju pun memang gegirl punya pun.kot keluar boboy pakai la jugak yg dah beli tu nak yek.Kadang tu orang boleh nak anak lelaki la,pompuan la.Tahap TTC macam aku yang menunggu 8 tahun ni, dapat anak,Alhamdulillah sangat2..tak kisah jantina apa asalkan sihat..Amin..

Berat aku cuma naik 100gm dari bulan lepas,hairan betul.padahal keje aku lapor dan makan je.so dgn curiousnya aku tanya doktor berat baby berapa sebab sekarang berat aku macam statik je.Berat baby dah 1.6 kg.Kata dr lagi menjelang deliver boleh mencapai 2.6 hingga 2.8 kg.Revise edd 26.2.2014 tapi dr estimate awal 2 minggu dah bersalin sebab baby masa scan dah 30 weeks 6 days.Next check up 7.1 .2014. Masa tu dah 33 weeks.

Oh ya,perut aku kecik ye kengkawan.kalau cakap 7 bulan org tak caya pun.Mama pun kata kecik.Entahla...This time dr bagi virgin coconut oil sebagai tambahan supplemen yg ada,katanya untuk mudah bersalin.Mudah2an Ya Allah..Amin..


Thursday 5 December 2013

SICKNESS

Aku macam kena balik segala sickness early pregnancy..pening, loya, letih semua ada.Badan macam rasa2 nak demam tapi tak demam.Bila tanya mama,dia just kata mungkin cuaca yang tak menentu, hujan dan takde cahaya matahari buat badan jadi lemah. Cahaya matahari tu vitamin D lah kan.

Aku ni spesis tak suka makan asam.Dah meloya macam ni pun reject gak asam. Diam tak diam minggu ni minggu ke 30. Rasa cepat masa berlalu. Tak sampai 100 hari lagi due date. SUSPEN YOU OLS..Doakan kesihatan dan keselamatan aku dan baby yang tersangatttttlah aktif tak kira waktu ni.Amin..

Monday 2 December 2013

STEM LIFE

Semalam jenjalan kat baby expo.Cadangnya nak catch up barang-barang baby yang tak ada lagi (which is sebenarnya sangat banyak yang tak ada lagi 80% gitu)..Memandangkan dah masuk 3rd trimester dan barang belum complete,so terjahlah ke sana. At last bukan barang baby yang aku grab, tapi pergi booth Stem Life dan mendaftarkan diri.hoho

Apa kejadahnya menatang Stem Life ni?Stem Life ni adalah nama company yang specialist dalam menyimpan stem cell. Stem Cell adalah darah tali pusat bayi yang baru lahir. Orang dewasa pun ada jugak stem cell ni, tapi kena ambil kat tulang belakang @ sum sum tulang sebab kita punya uri dan tali pusat zaman zaman dulu mana ada yang simpan kan. Kalau simpan pun dah kering tak ada dah darahnya.. (errkkk..ada ke orang simpan, tanam ada lah kan ) Kalau tak ambil melalui sum sum tulang pun boleh juga didapati dalam darah kita. Prosesnya kena stimulate dengan ubat then baru ambil after seminggu stimulation tu. Kosnya agak mahal gak rasanya riban2 gitu..

Stem Cell ni boleh digunakan untuk merawat segala penyakit berkaitan darah seperti leukimia, lymphoma, thalasemia,penyakit jantung,spine injury, diabetic foot ulser dan banyak lagi termasuk kanser. Senang cite yang berkaitan darah. Dikatakan jika kita memerlukan stem cell, keserasian adalah perlu. Nak cari stem cell yang matching pulak adalah 1 : 30 000. Bayangkan! Jika kita ada menyimpan stem cell ni, tak perlu mencari yang matching sebab stem cell baby 100% matching dengan dirinya sendiri, 60 - 75 % matching dengan ibu bapa dan adik beradik. So, let say salah seorang ahli keluarga ditimpa penyakit yang memerlukan stem cell sebagai penawar, bolehlah stem cell ni digunakan.

Masa bersalin tak kira normal atau ceaser,  Dr akan potong tali pusat baby dan terus ambil darah tali pusat tu dan masukkan ke dalam kit simpanan darah yang dibekalkan. Bayarannya adalah RM5000 (yang ni macam dah siap diskaun untuk bayaran 10 tahun which is parents yang ada duit sangat untung ambil package ni, sekali bayar tak payah pikir dah) sehingga baby 18 tahun kalau tak silap tapi boleh juga bayar secara installment tapi mesti habiskan bayaran dari mula due date bersalin sehingga usia baby setahun. Selepas itu bayaran berbentuk annual fee iaitu RM250 setahun.

Aku ambil yang installment setahun dan bayaran annual fee. Bayaran first RM 300, then dia bagi kit ambil stem cell. Kit ni berbentuk fail plastik dalamnya ada beg darah, syringe dan tiub darah untuk ibu. Yang tak laratnya dia nak darah terkini ibu sebab nak pastikan darah ibu bebas dari hepatitis, syphilis atau HIV. So darah ibu diambil ketika kat labour room masa dilation 5 - 6 cm....hmmm...korang rasa? Aku macam oooppsss! Sabo je lah. Dengan sakit nak beranak ada kena ambil darah lagi. Dah prosedurnya gitu, redha je lah.. Then bayaran seterusnya sama ada charge kat credit card secara installment 12 bulan interest free ataupun buat 12 keping post dated cheque tarikh pertama bermula masa EDD (Expected Due Date) sampai baby setahun. Aku yang tak ada kad kredit ni (purba betul kan? hehe) kena lah buat cara kedua iaitu guna post dated cheque en husband. Package aku ni berjumlah RM 2500, maknanya bayaran permulaan RM 300,then setiap bulan bermula tarikh jangka bersalin bayaran RM185 selama sebelas bulan dan bulan terakhir menjelang baby setahun RM 165. Lepas tu bayaran tahunan RM 250 setiap tahun sampai baby umur 18 tahun. Lepas tu dah terpulang pada kita nak terus simpan atau tak, Boleh simpan seumur hidup.

Stem cell ni bolehlah dianggap seperti bio insuran kepada baby, adik beradik dan ibu bapanya. Bukanlah bermakna bila simpan stem cell ni kita harap ada penyakit, bukan. Kita hanya menyediakan payung sebelum hujan sama seperti konsep ambil insuran. Mudah mudahan sihat-sihat walafiat kita sekeluarga..Amin...Eh lupa, ada free gift voucher jusco RM150 maka bolehlah aku menggunakannya untuk top up barang barang baby..Alhamdulillah..

Sekian ceramah kesihatan pepagi buta dari aku,harap memberi manfaat kepada mommys2 dan bakal2 mommys yang mencari info2 tentang stem cell. Op kos aku cite tak seperti berbunyik medical macam staf stem cell cite..hahaha..korang abaikan jek lah ok. bubye!


Tuesday 26 November 2013

SENGAL

Sengal seringkali dikaitkan dengan seseorang atau sesuatu perkara yang kurang menyenangkan,tapi sengal aku adalah sengal yang sebenar iaitu pergelangan tangan kiri aku yang sakit dan bengkak sikit telah menular sampai lengan dan bahu kiri,adoi...tak tau nak buat apa sebab doktor kata normal dan lepas bersalin nanti hilang..hmmm

NAK PEGI URUT KE TAK NI..SAKITNYA URUT..TERBAYANG2 DAH!

Aku dah mula membeli sikit2 baju baby tapi barang barang lain still slow in progress.Nanti catch up sikit2.

Friday 22 November 2013

TESTING TESTING

Aku tak perasan pun da bleh rupanya log in blog dpd tab,kalau u ol perasan, aku ni lama berkurun baru post satu entry, mcm sebulan sekali dah.sebab masalah ni lah. Sekarang laptop rosak, aku gatal2 la log in kat tab bertuah ni..tetiba boleh.syukur..

Dan ini menerangkan knp aku tak tinggal komen kat blog kawan2,dapat baca jek..hukhuk..n da bole la mengkomen..hihi..gumbira rasanya..

Takde apa sgt nak update,dak tecit dlm perut ni makin hari makin aktif sommersault kat dalam n mummy dah beli 2 pasang baju n sepasang mitten n booties, jadilah buat permulaan.

Then dah register insuran untuk medical card baby ngan ejen prubsn takaful sbbnya dia leh buat cover baby dalam perut lagi,mcm menarik.premium 150 per month.oklah kan..korang tanya lah mummynya ada medical card ke tak..hahaha jawapannya takde pun,teruk kan!

Saturday 16 November 2013

25 or 26 weeks update

Check up minggu ke 25 adalah pada hari Selasa lepas. Mengapa 25 weeks dan mengapa pulak 26 weeks sebab ikut kalendar IVF 25 weeks 1 day, ikut doktor 25 weeks 5 days tapi bila scan ukur lilit kepala si tecit 26 weeks 3 days. So tak tau lah yang mana, yang penting babay sihat walafiat. Dapat snap gambar 3D dia sebab kali ni dia bagi mummy tengok mukanya dan tengok jantinanya sekali.  Baby apa? jeng3!

Masuk 6 bulan ni pinggang aku dah mula sakit especially bila nak bangun, membongkok atau nak duduk. Tiba-tiba pulak pergelangan tangan kiri ada rasa bengkak, betul2 merisaukan aku. Dengan selamba doktor kata memang ada bengkak sikit tapi dia tak boleh bagi aku ubat bengkak atau tahan sakit. Dia kata nanti lepas bersalin akan hilang sendiri. Lama lagi tu...huhuhu

Mommy2 lain yang pregnant sebaya aku musti da beli barang2 baby kan. Aku je tak berapa lagi. Baru beli set drypers new born, dalamnya ada pampers newborn and toiletteries baby. Dan ada gak belli kain nak buat bedung 5 meter.tu jek. Mungkin gaji nanti baru pulun beli. Dan aku sekali lagi di inject Tetanus. Sangat sakit hokayyy...

Next check up adalah pada 10 Disember masa tu dah masuk 30 minggu. Semoga baby sihat sejahtera dalam tummy mummy...Amin..

Friday 18 October 2013

ANAK NOMBOR BERAPA?

Alkisah aku kena kursus 4 hari..tapi takde la tido hotel bagai. Kursus balik hari je..bukan jauh pun..Nak kata perut aku dah beso pun idak, nak kata tak beso pun idak jugak, tapi memang menampakkan ada perut la kalau pakai baju kurung.

Soalan : Dah berapa bulan kak?
Jawapan : 5 bulan

Kadang soalan ni terhenti di sini je.Yalah nak saja2 berbual kan., diam je kang macam tak campur orang pulak!Tapi kadang2 ada sambungannya, yelah takkan nak berbual sepatah je, haruslah 2 3 patah barulah namanya berbual kan.

Soalan : Dah anak nombor berapa yang ni kak?
Jawapan : Anak first.
Soalan : (angguk, diam)
Jawapan : Senyum (dalam kepala terfikir suka hati kome la nak fikir apa, paling pun dia fikir kakak ni lambat kawen kot!ataupun dah lama kawen tapi lambat dapat anak) tak kisahlah.......

Selalunya si bertanya akan ada nampak sikit muka weird bila aku kata anak sulung atau anak first tapi memikirkan mereka tak la begitu mengenali aku jadinya mereka tak lah bertanya lebih2..setakat inilah..Itulah sedikit sebanyak pengalaman aku setakat ini.





Monday 14 October 2013

HAPPY BIRTHDAY HUBBY

Happy birthday to you...
Happy birthday to you..
Ok..nyanyi sensorang je pun, tak nyanyi kan kat tuan punya badan pun..haha ( aku berblogging dia tau, tapi rasanya tak penah dia jenguk pun..:-) )
Semoga hubby diberkati usia dan dirahmati Allah dunia dan akhirat..Amin..
Masih tercari-cari hadiah apa..Dalam kepala perfume jek kot!
Kitorang bukan jenis hari itu birthday, hari tu jugak celebrate.Kadang tu celebrate awal, kadang lambat, sesuka hati.Samalah dengan anniversary.Pasangan tua memang macam ni kot..hahah

Semalam sebelum tidur terasa sakit bahu kanan, baru teringat tempat injection tetanus yang sakit ni..adoi..sekarang pun makin sengal rasanya. Pulak tu Dr kata untuk anak sulung kena inject 2 kali..ayoyo..Hari ni mesti ramai yang puasa 9 Zulhijjah..Semoga ibadah puasa kalian diterima Allah..Amin..
selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua muslim...

Sunday 13 October 2013

KEPUTUSAN UJIAN DARAH

Sabtu pagi pukul 8.00 bergeraklah aku ke hospital..lebih kurang pukul 9.00 a.m ambil darah dan minum air gula. After minum, aku bilas sikit mulut dengan air mineral. sikit je kata nurse. Then, sambung puasa balik. Lagi 2 jam ambil darah lagi. 2 jam? Aku ambik teksi, pegi opis hubby dulu sebab pagi tadi hubby yang hantar. Sangat teruja ok first time guna sendiri Myteksi..hehe..

Then 11.30 hubby hantar (lagi) dan ambil darah, lepas ni dah boleh makan. Tapi sebab Dr ada emergency operation (ada patient tak sedar dia pregnant dan detect ectopic) so better aku pegi petang je. Makan tengah hari nasi, paru sambal, ikan bilis tamban dengan sayur taugeh, air masih maintain ais kosong. Tapi teguk gak sikit air teh O hubby. Mana boleh tahan langsung tak minum air manis kan...

Petang gerak pukul 2 sampai je Dr still belum turun sebab visit patient kat wad pulak. sampai turn aku, Dr kata berat dari last cek up naik 400 gm je. Then dia kata bagus..pulak dah..aku ingat kena marah dah. sebab dia kata kalau berat sangat takut insulin tak cukup untuk orang yang berpotensi GDM macam aku..Ok..aku pun bagitahu aku bukan takut gemuk tapi takut gula..haha..

Masa scan baby still tak nampak gender which actually aku tak kisah asalkan baby sihat but of coz the whole family yang semua adik beradik aku pompuan memang suka la kalau dapat baby lelaki kan..hehe..Masa scan baby tengah korek telinga..haha..kiut je tangan kecik dia kat telinga yang kecik jugak tu. Dr tanya dia tendang kuat tak,aku jawablah boleh tahan jugak kuatnya. Dr senyum je.

Then berbalik pada result, aku didapati NORMAL..Yahoooo..b4 minum air gula 3.8 mol, after minum then 2 hours lepas tu 5.5..Tapi even sekarang aku still ambil nasi sekali sehari dan kurangkan minuman manis. cek up kali ni kat kad aku Dr tulis 21 weeks 2 days tapi saiz ukuran kepala baby 20 weeks 5 days.Lepas tu aku kena inject tetanus atau kancing gigi. Jadinya hari ni 3 kali aku dicucuk, 2 kali ambik darah, sekali injection..hadoi...takpe2 tabahkan je lah..

My next check up 9/11/2013. Nanti aku update lagi, till then, aku doakan semua yang sedang berusaha agar jangan give up sebab aku dulu pun dok jatuh bangun jatuh bangun dalam usaha TTC. Kalau tergive up tu normal, cuma kuatkan hati untuk bangkit lagi..Yakinlah bahawa di penghujung lorong yang gelap pasti ada sinar yang indah menanti kita semua..Insha Allah..Amin..

Tuesday 8 October 2013

KISAH JAGA PEMAKANAN - JAGA KE?

Ada beberapa kali aku fail..memang macam ni kan? Bila tau je tak boleh makan sesuatu tu, lagi lah rasa nak makan kan? Tu la yang jadik kat aku ni...Ngeee...macam mana ni? Baby dah makin clear geraknya..kadang2 sampai gelembung2 bawah pusat akibat gerakan baby..Alhamdulillah..semoga baby sihat sejahtera dalam rahim mummy ye nak..Amin...

Wednesday 2 October 2013

KISAH MENJAGA PEMAKANAN

Sejak terdapat gula yang tinggi pada urin, setiap hari rasa suspen nak minum air manis ngan nak makan nasik..Apalah dosa nasik tu kan..Selalu intai2 keyword GDM kat internet..GDM = Gestational Diabetes Melitus berlaku pada orang mengandung walaupun seumur hidup tak pernah ada diabetes!Kadang2 tu rasa macam over react sebab sebenarnya minum air gula pun belum lagi..Tapi yelah kan..cegah sebelum parah.

Minggu pertama lepas cek up tu beriya iya lah aku jaga,minum air manis hanya waktu pagi tu pun mintak kurang manis,makan nasi sekali je waktu tengah hari, malam just makan ringan ringan je. Tapi lately perut asyik lapar je..Hai..tak boleh jadik ni. Sudahnya mula semalam sampai hari ni bukan main rancak aku bedal air manis dan makan nasik. yelah nak ikutkan hanya roti gandum penuh dan suku sakat spageti je yang Glisemic Index (G.I) nya rendah.  Termasuk gak la segala sayur dan protein..mana tahan makan lauk jek..huhu..

Nak kabo, G.I ni kalau yang tinggi akan menyebabkan makanan yang dimakan sangat cepat ditukar menjadi gula dalam darah sebab orang GDM ni insulin yang pankreas keluarkan tak cukup. Kalau G.I rendah at least insulin yang tak berapa banyak tu dapatlah dicukup-cukupkan. Macam nasi, G.I nya tinggi. Tu yang doktor kata makan sikit dan jangan makan nasi waktu malam. hm....entahlah. Susah menjaga makan bila nak masuk 5 bulan ni sebab selera sangat tinggi masa ni. Strategi aku ialah nanti dah dekat 12 hb yang kena minum air gula tu lah baru pantang sesikit..azam hari esok nak kurangkan air manis yang aku dah mula buat macam takde apa-apa tu..Doakanlah keazaman aku ni berjaya ye kengkawan..Thanx..

Saturday 21 September 2013

17 WEEKS CHECK UP

Asalnya nak pegi malam sebab siang hubby kerja. Tapi tau-tau dia ajak pegi petang. Dalam hati berkata juga..free ke laki aku ni. Sampai tunggu turn terserempak Dr nak turun visit patient kat wad. Dia tegur kata nak datang malam. Aku sengih je lah..Sdahnya hubby tak masuk pun sebab ada call terus dia sambung kerja dia balik..Aku dah agak dah...hahaha

Masa scan Dr just ukur diameter kepala baby untuk tentukan dah berapa minggu. Scan menunjukkan baby 18 weeks. Aik! Dr kata tak apa, masih normal setakat besar sikit atau kecik sikit dari minggu yang ssepatutnya. Tak nampak jantina pun sebab baby baring bersantai, kakinya bertaut tutup bahagian yang mummy nak tengok. Tak pe la..next time ye mummy..

Duduk je kat meja Dr dia terus kata ada kencing manis ke. Aku jawabla tak. Pada urin strip ada kesan gula yang tinggi dalam urin. Hua hua..alamak! Maka 11/10 kena puasa dari malam sampai pagi untuk ambil darah kul 9 pagi 12/10. Wish me luck dear friends!

Tuesday 17 September 2013

16 WEEKS UPDATE

ALKISAHNYA...
Tak tau apa sebab musabab tapi aku tak boleh sign in blog via laptop rumah tab dan sebagainya..
La ni kat tempat keje boleh pulak! Grrrrr...

Banyak blog kawan-kawan yang aku nak tinggal komen tapi tak dapat sebab tak boleh log in..sedey tau..siap mintak adik sweet tooth tengok tengok kan blog kakaknya ini..heheh..tq dear..
Currently 16 weeks, macam dapat rasa kalau baby gerak gerak..tapi tak kuat. Ala-ala mengepak ngepak cam butterly gitu..ntah memang baby ke atau angin ke tak tau la pulak. Mana la ada pengalaman kan..
Check up Dr esok patutnya tapi hubby tak free jadi jap lagi kena message Dr nak pegi Khamis..Jangan Dr balas 'nak scan perut awak, bukan perut husband' udah le..hihi..

Sapa kata merdeka dah masuk 2nd trimester.Tak pun.Aku demam on off sepanjang minggu lepas sampai hari Ahad. Dengan mual nya semua lengkaplah. Dr cuma bagi telan panadol aje, tu pun tak berapa digalakkan. So aku telan sebijik sebab tak tahan sangat. Selebihnya mama lumurkan air asam jawa then aku minum jugak sebab sakit tekak. Aku beli sebotol air anugerah kaler pink minum dari malam Ahad sampai pagi Isnin. Pagi Isnin Alhamdulillah..baik dah. Terus ikut adik g mandi laut!hahaha..tak hengat bila sihat. Doakan aku and baby sihat-sihat ya. Amin...

Sunday 18 August 2013

12 WEEKS UPDATE

Masih tak terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sahabat-sahabat Muslim semua..Bulan ramadhan tahun ni sangat mencabar. Seawal 4 pagi dah bangun masak sahur. Tapi kadang-kadang terlepas 4.30 pagi. And ada sekali bangun celik mata tengah azan subuh, hah? Camno tu. Natijahnya, en husband puasa sensorang tanpa sahur. Sian dia. Aku? Boleh pulak puasa! Aku kan ada rutin insert crinone every morning. Maka burn lah puasa hari tersebut.

Sebut pasal burn puasa ni sebenarnya ada 6 hari yang aku tinggal puasa (sampai hari ni lom ganti ni...huhu).Sabo jek lah kan, padahal peknen n takdak piyed patutnya ni lah peluang keemasan untuk puasa full tapi apakan daya....4 hari aku tak puasa sebab everytime appointment Dr perlu buat TVS (Trans Vaginal Scan). Satu hari sebab yang terlajak tak bangun sahur tu. Satu hari lagi ialah sebab malam sebelumnya masa terawih nak pitam. Jadi mama n husband tak bagi puasa dulu esok harinya. Takut jadik apa-apa. Tu lah jadi 6 hari tu.

Sepanjang masa tak update blog ni, aku masih BW blog kawan-kawan. Terharu dengan ketabahan kawan-kawan semua menyambut hari raya dengan gembira walaupun ada lagi yang bertanya soalan yang hanya Allah Yang Maha Mengetahui jawapannya itu. Kot orang-orang lain ni carilah topik lain. Cerita cuaca hari raya ke, kuih raya banyak tak buat, tukar-tukar resepi lauk raya ke...ni dak...soklan tu gak la korang nak tanya kan. Aku ni tak terkecuali jugak. Pak Usu sendiri tanya lagi (jumpa memang masa raya je)."ni dah ada anak ke lom ni"..Mama pun jawab "dah ada dah..baru nak memutik ni..".Putik? Cam buah-buahan la pulak. Apa apa jek lah mama oi.. Ni kisah sekarang..yang tujuh tahun aku tempuh tetiap tahun tu? Pasti korang faham kesentapannya, kesedihannya, kekadang dah lali buat pekak je,kekadang rasa nak tembak orang yang tanya2 tu...Pendek kata, kita ni dah nampak macam sangat diingati sebagai si anu yang belum ada anak tu. Kan lagi bagus diingati sebagai si anu tu mudah-mudahan dapat zuriat tahun ini..amin... kan kan kan? Namun yang pasti Allah pasti memberi kita kekuatan beserta dengan ujian yang ditimpakan pada hamba-Nya kerana sesungguhnya Allah Maha Adil atas tiap-tiap hambaNya. Tugas kita bukan berfikir cakap-cakap orang sampai tension tapi berusaha, berusaha, berusaha dan berdoa, berdoa, berdoa.. (Senang aku cakap, tapi kadang2 aku tewas juga dengan perasaan).

Lepas update 8 weeks yang dulu tu aku ada lagi tiga appointment week 9, week 10, week 11. Tiap-tiap kali appointment injection pregnyl, restock crinone and duphaston. Week 9 and week 10, development baby sama ikut kalendar IVF. Week 11 dia wat saspen sebab masa jumpa ni last day puasa 7 Ogos so memandangkan aku nak puasa gak dan doktor pun kata baby dah besar sikit boleh scan atas, lama gak scan atas tu baby senyap je. Dr macam dah suspen apatah lagi aku. Tiba-tiba toing! toing! Baby melompat-lompat. Gelak besar doktor siap kata saya suspen takut sebab tak nampak heartbeat dia tau-tau dia melompat. Alhamdulillah kata aku..Dr  siap kata nakal anak awak ni..Dalam hati aku..ala..janganlah nakal..Heartbeat pun ok sampai Dr wat lawak bergegar mesin saya.hahaha..Mudah-mudahan baby sihat walafiat sehingga selamat melahirkan. Yang paling merdeka ialah crinone guna hingga akhir minggu ni je, pastu dah boleh stop.Suka.Suka. Dos ubat pun dah lain sikit untuk minggu ke 12. Ada proscal, neurogain, dr kata aku ada kencing kotor kena minum ubat himalaya namanya renalka.Pastu Dr nak bagi Iberet Acid Folic. Aku kata dah ada. Dr terkejut. Bila u start makan?  Masa minggu ke 4 hari tu sebab kadai farmasi tu kata bagus. Dr kata patutnya tak boleh makan awal-awal sangat sebab kandungan ironnya tinggi. Alamak! Rupanya yang peknen IVF ni jangan memandai ambil supplement tanpa tanya Dr.Huhu....

Actually peknen cara ini (dibantu dengan ubat dan sebagainya) suspennya lebih sikit berbanding biasa. Tak dapat lari dari perasaan bimbang kalau lupa makan ubat, kalau terhentak sikit. Aku jenis tak muntah, tak morning sickness. Tapi evening sickness (ada ke?). Petang nak ke malam je..siapla dengan buah limau sunkist sebab time ni mual sangat. Sebab tu sepanjang puasa tak ada masalah masak sahur tapi buka hari-hari kat rumah mama sebab bila petang langsung tak boleh masak!

My next appointment ialah 21 ogos..See..jumpa Dr pun dah 2 minggu sekali..Mudah-mudahan next appointment semuanya berjalan dengan lancar dan selamat..Amin...

Monday 22 July 2013

8 WEEKS 1 DAY UPDATE

Aku suka cek kalkulator IVF nak make sure dah berapa minggu sepatutnya baby. And dah 2 kali check-up saiz baby tak sama dengan minggu yang sepatutnya. Ada sekali check-up tu kat kalkulator ivf 6 weeks 5 days tapi scan doktor baru 6 weeks 1 day. Tu takpe lagi. Ada yang next appointment pulak kat kalkulator ivf 7 weeks 3 days tapi scan masih 6 weeks 1 day. Macam takde development. Heartbeat ok. Risau jugak hati ni. Tapi doktor kata mungkin masa scan tu baby tak betul-betul tegak tu yang tak dapat ukur betul betul.

Then scan last week barulah matching scan dengan kalkulator ivf. kalkulator kata 8 weeks 1 day, scan pun menunjukkan 8 weeks 1 day. Alhamdulillah. Semuanya kuasa Allah kan. Hanya kepadaNya aku berserah semoga dikurniakan kesihatan kepada aku dan baby..Amin..

Sunday 14 July 2013

STILL 6 WEEKS UPDATE?

Begitulah tajuknya..Appointment demi appointment akhirnya Jumaat lepas (12 Julai ) barulah Dr benarkan appointment seminggu sekali. Tak seminggu sangat lah. 6 hari sebenarnya. Next appointment adalah 18 Julai hari Khamis. Kenapa masih 6 weeks update? Sebabnya masa aku perasan aku dah 7 weeks, scan baby menunjukkan baru 6w1d saiznya. Maka, kalendar IVF dengan scan dr adalah tidak sama langsung. Tapi tak lah bermakna kalendar tu tak boleh digunakan.

Sepanjang minggu lepas macam-macam hal jadi. Lepas yang sarung baby tak bulat then kena ambil injection pregnyl 4 hari sekali tu, next visit tu sarung baby dah bulat dah. Tapi jantung baby pulak perlahan..alahai...saspen lagi. Aku tanya dr. masa yang sarung baby tu tak bulat bukan ke kita dah dengar heartbeat baby laju. Dr kata, ohh... masa tu saya tak asingkan bunyi bloodflow. Sebab tu bunyi laju je. Kali ni dah asingkan bunyi bloodflow then baru dengar heartbeat yang betul and its a little bit slow. Aku dah sedih lah. Termonyok sekejap muka.

Then dr kata kadang-kadang awal awal memang slow nanti few days dia catch up balik. Then, the next four days ( last Friday ), heartbeat baby dah ok. Alhamdulillah..Tu yang dapat appointment ada jarak sikit tu. Apa yang boleh aku simpulkan ialah, setiap check-up ada saspen yang tersendiri, tapi aku berkali-kali ingatkan diri aku, semuanya rezeki Allah..Aku berdoa semoga dipermudahkan segala urusan..Amin.. 

Wednesday 3 July 2013

6 WEEK UPDATE

Ikut kalendar IVF aku hari ni dah 6 weeks, ikut dr tak tau lah..lebih kurang sama kot.Around 3 pm, ada setompok maroon blood sebesar syiling 50sen - syiling saiz lama yang besar tu,terus rasa panik.msg dr then he called.dr tanya app bila,aku kata isnin depan,dia kata lama lagi,so kalau rasa susah hati datang cek up hari ni.

Aku pun pegi hospital.sampai turn dah pukul 7,dr cek dia kata sarung baby tak cantik sangat sebab ada angle,patutnya bulat betul.then dr dengarkan heart beat baby,......first time dengar heart beat terus rasa indah sangat,tak tau nak ungkapkan dengan kata2,...Subhanallah....Maha Sempurna kejadian Allah..

Dr bg injection pregnyl,jumpa balik 7hb.maknanya lepas ni 4 hari sekali aku kena ambik injection.kalau tak seminggu sekali je. Apa yang boleh aku katakan ialah aku berada dalam fasa yang kritikal..aku perlu lebih rehat dan relsks,.mudah2an Allah permudahkan perjalananku..Amin..

Sunday 30 June 2013

AKTIVITI SEPANJANG 2WW FET


Dearest friends..inilah post aku before spotting pagi tadi..:-(

FET DAY
Balik dari lab tak terus balik rumah.padahal aku dah berazam nak terus balik dan bedrest tapi hubby lapar sangat maka kami pun singgah lunch kat foodcourt berdekatan rumah. Masa ni rasa agak senak pada ari-ari tapi tak ada masalah nak duduk, berdiri atau berjalan. Sampai rumah masuk bilik baring dan layan cerita Korea yang boleh menyebabkan aku ketawa iaitu Full House. Ada 16 episod, cukup lah untuk 4-5 hari. Solat dalam keadaan duduk. Bangun pergi toilet dan solat sahaja sampai petang. Petang ke malam aku dah bangun ke ruang tamu tengok TV sebab banyak research yang kata kalau jalan sikit2 akan melancarkan blood flow pada uterus berbanding hanya berbaring sepanajang hari.

2 WW
AKTIVITI : Bed rest 3 hours on the day of FET. Sambil baring tengok cerita funny. Aku pilih Cerita Korea - Full Hose.  Solat hari pertama dan kedua dalam keadaan duduk. Hari ketiga dah solat macam biasa. Start keluar rumah hari ke lima. Pergi dinner, beli barang. Tapi tak drive sepanjang 2 WW. Jumpa doktor hari ke-3, ke-6 dan ke-10.

MAKANAN: Makan sikit makanan yang dah dicadang nak makan masa 2 WW. Makan sepaket walnut. prun, kurma, susu. Tak makan pun pineapple core seperti yang dirancang. Of coz sebab mama tak bagi..kan tajam..hehe. Makan juga buah delima. Sebenarnya inilah first time aku makan buah delima. Sabo jek lah kan. Sedap gak. Kawan suruh buang biji dan selawat sebelum makan. Aku tak minum kopi atau teh, tak minum ais.

AMALAN : Banyak baca Ya Khaliq, Ya Bari', Ya Musowwir. In fact masa rest 1 jam selepas transfer dalam lab, inilah zikir yang aku baca selain doa dipermudahkan segala urusan. Banyak baca surah Al-fatihah dan hadiahkan pada embryo, baca surah amalan wanita hamil. Solat sunat Dhuha. Banyak berdoa dengan doa Nabi Zakaria. Semampu aku lah aku buat semua ni.

SIMPTOM : Rasa cramp sikit-sikit, tak ada spotting pada panty tapi pada crinone waste yang aku keluarkan ada darah maroon hari ke 11 dan 12. Selain daripada dua hari tu biasanya ada warna pinkish pada crinone waste. Sekali sekala rasa loya. Ada 2-3 hari macam nak demam especially lepas maghrib.

APPOINTMENT : Hari ke-3 (10/6), Dr kata ok. Rahim tebal. Hari ke-6 (13/6) pun ok Dr kata rahim tebal. Hari ke-10  (17/6). Masa ni aku dah naik kerja. Dah mula lasak ke hulu ke hilir. Alhamdulillah ada faint line pada UPT.  Hari ke-17 (24/6) UPT dah makin terang. Aku tanya Dr tak ambil darah untuk beta ke Dr. Dr kata kalau tak terang dia ambil, tapi kalau dah terang tak payah.

Setakat ini Alhamdulillah..keputusannya positif, berkat rezeki Allah Taala serta doa daripada semua. Semoga semua kawan-kawan TTC dikurniakan rezeki zuriat pada tahun ini. Amin...Esok, 1/7/2013 adalah hari penentuan nak tengok sac (sarung baby). Aku sangat berdebar sebab masa IVF fresh Januari lalu stage yang ni pun aku tak lepas. 2-3 minggu mencari sac rupanya kandungan ektopik. Jadi, perasaan aku tak menentu untuk appointment esok.

Namun, perjuangan ini tetap aku teruskan. Aku yakin perancangan Allah adalah yang terbaik. Semoga rezeki berpihak pada kami suami isteri. Jika sungguh murah rezeki kami esok, maka inilah hadiah anniversary paling bermakna sepanjang perkahwinan kami.( Anniversary 2/7- anniversary ke 8 ) Aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal pada Allah. Semoga dikurniakan kepada kami zuriat yang soleh dan solehah. Amin.....(habis ayat ni aku g toilet nak mssukkan crinone,ada darah!maroon in colour pada crinone waste,aku rasa deja vu sebab dulu pon macam ni jugak)

Ini post lepas scan ngan dr..
Lepas spotting,aku terus call dr.dr suruh datang klinik pukul 12.then dia scan.patutnya appointment esok sah jadi hari ni.hasil scan dah nampak satu sac beserta budak tecit kat dalam sac.Alhamdulillah...dr cuba dengarkan kat aku heartbeat tapi tak dengar apa pun..perasaan aku?happy tapi tetap saspen.appointment 8/7 depan.permudahkanlah ya Allah..tq pada yg mendoakan..i really appreciate it.u guys are really very nice person..mudah2an dipermudahkan urusan kita semua..amin..

Thursday 20 June 2013

TWO WEEKS WAIT FET - 2

APA EMBRYO TENGAH BUAT YA?

Aku google on 'embryo development after IVF' dapat satu jadual 'what happens after an embryo transfer'.
Dalam ni ada 2 jenis development. Ada 3 day past transfer dan 5 day past transfer. Aku punya embryo ialah 3 day past transfer. Here it is....

Day Past Transfer (DPT)
Embryo Development (ED)


DPT 1  - ED : The embryo continues to grow and develop, turning from a 6-8 cell embryo into a morula
DPT 2  - ED : The cells of morula continue to devide, developing into a blastocyst
DPT 3  - ED : The blastocyst begins to hatch out of its shell
DPT 4  - ED : The blastocyst continues to hatch out of its shell and begins to attach itself to the uterus
DPT 5  - ED : The blastocyst attaches deeper into the uterus lining, beginning implantation
DPT 6  - ED : Implantation continues
DPT 7  - ED : Implantation complete, cells that will eventually become the placenta and fetus have begun to develop
DPT 8  - ED : Human chorionic gonadotropin (hCG) starts to enter the blood stream
DPT 9  - ED : Fetal development continues and hCG continues to be secreted
DPT 10- ED : Fetal development continues and hCG continues to be secreted
DPT 11- ED : Levels of hCG are now high enough to detect a pregnancy

Selepas melihat ini, terasa alangkah sempurna ciptaan Ilahi....SUBHANALLAH....

Wednesday 19 June 2013

TWO WEEKS WAIT FET - 1

FET DAY
7.30 pagi kami tiba di makmal. This time around aku bawa sendiri air (bacaan surah yassin) dari rumah.

7.35 pagi embryologist informed that 3 embryos survived 100% the thawing process.
Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah semata mata.. Aku ada bacakan surah Al-Fatihah beberapa hari sebelum prosedur dan tujukan pada emrbryoku kerana aku yakin bahawa embryo adalah sel yang hidup yang turut bezikir kepada Allah. Walaupun pada dasarnya ia belum mempunyai jiwa tetapi ia tetap makhluk Allah seperti kita semua. Akupun mula minum air. Kali ni aku berazam tak mahu bangun kencing, aku nak bertahan jugak. 

8.00 pagi, nurse mula scan rahim dan hasilnya pundi kencing belum penuh lagi. Aku sendiri tengok dalam skrin rahim masih pada kedudukan yang tinggi. Pundi kencing belum berjaya push down rahim. Rahim perlu turun sikit untuk memudahkan prosedur. Aku diarahkan minum air lagi.

8.30 pagi, Dr sampai dan buat scan. Bladder dah penuh, rahim dah turun sikit. Dr still nak tunggu lagi. Masa ni aku memang tak tertahan nak kencing tapi aku gagahkan diri bertahan.

8.45 pagi. Aku dah tak dapat tahan lagi. Aku sendiri tekan button loceng panggil Dr masuk. Dr scan dan dia kata dah ok. Boleh mulakan prosedur. Step by step Dr sebutkan apa dia lakukan sepanjang prosedur.
1 st - ' (nama aku), dr sekarang nak bersihkan vagina ya'
2nd - '(nama aku), dr nak masukkan catherer untuk masuk embryo ya'. Masa ni nurse scan atas perut untuk cari spot pada rahim nak pastikan tempat embryo diletakkan adalah tepat. Bila dah dapat spot yang tepat, embryologist panggil nama aku dan aku kena jawab 'ya'. Ini untuk memastikan akulah 'emak' embryo yang dimasukkan. After 5 minutes, aku nampak pada skrin ada 3 bintik putih yang keluar dari bayangan muncung chaterer. Bintik putih itulah embryo aku. Nurse pun kata 'ok, dah siap'
3rd - '(nama aku), sekarang dr nak keluarkan urin'. Then nurse masukkan salur pada lubang kencing dan keluarkan air kencing. After that dr ingatkan aku tarikh appointment dan ubat-ubatan yang mesti dipatuhi. Aku diarahkan baring selama satu jam baru boleh bangun semula. Semua proses ni siap dalam masa 15 minit sahaja. Jam masa ni pukul 9.05 pagi. Sepanjang prosedur, yang aku tak tahan ialah rasa nak terkencing yang amat sampai tak rasa sakit ke tak proses masuk embryo tu. Alhamdulillah selesai. Lepas satu jam aku pun bangun dan ready nak balik. 

Nurse bagi satu borang. Dalam borang tu tulis aku masukkan 3 embryo dan baki embryo yang tinggal ada lagi 3. Bayaran untuk embryo yang tinggal adalah RM1000 tapi makmal akan hantar surat barulah buat bayaran. Kos FET adalah RM3000. 

Do's and don't sama je masa fresh dulu. No sex during 2WW,no shopping (berdiri atau berjalan kot) more than one hour, boleh naik tangga, jangan angkat benda berat, jangan makan ubat-ubatan selain yang Dr syorkan termasuklah ubat sapu ke, minyak angin ke dan mesti datang appoinment Dr. Appoinment 3 kali iaitu 10/6, 13/6 dan 17/6. Bemulalah 2WW aku.(today dah 12dptfet) Panjang entry ni. Nanti aku sambung lagi. Till then, have a nice day friends!




Saturday 8 June 2013

FET DONE short update

It was yesterday that I done the FET. The embryologist thawed 1 straw (3 embryos in it) and they are all survived. Alhamdulillah. I still have 3 more embryos to be frozen. Today I am 1dptfet and 'enjoying' my two weeks wait. Too early to know the result, hope the result will be positive for us. Thank you for all the wishes. Pray for me dear friends..:-) I always pray for U all too. Insha Allah...

Thursday 6 June 2013

FET CD 17

Esok hari FET. Masa jumpa doktor hari tu, tak sure lagi FET 7 hb atau 8 hb. Dr kata kena tengok umur embryo tu dibekukan bila. Kalau dibekukan umur 2 hari (2dt) kena tambah satu hari lagi bagi dia develop jadi 3 hari (3dt) baru boleh lakukan transfer. Macam tu lah yang aku paham, ke salah. Eh! Tak apalah. Then esoknya nurse call confirmkan FET day hari Jumaat, 7 hb.

Hari ni kena lah buat persiapan berpindah. Eh, bukan pindah rumah. Pindah bilik je. Dari bilik atas ke bilik bawah. Senang masa 2 WW tak payah nak naik turun tangga macam fresh IVF bulan Januari dulu. Masa tu tak terpikir pulak nak buat bilik bawah tu tempat 2 WW, macam-macam benda dalam tu. Dah macam stor.
Perasaan takut takut tu ada juga rupanya. Ingatkan dah second time dah master dah perasaan tu. Cuma kurang sikit dari dulu. Memori tentang rasa sakit masa transfer pun samar-samar je. Yang boleh ingat ialah sakitnya boleh ditahan lah.

Syukur pada Mu Ya Allah mengizinkan aku sekali lagi untuk mencuba. Sesungguhnya semua yang baik datang daripada Mu, yang buruk itu datang dari kelemahan hamba Mu ini. Permudahkanlah urusanku esok hari Ya Allah..Amin..

Monday 3 June 2013

FET CD 14

Alhamdulillah..uterus lining menunjukkan ketebalan 0.79cm. Walaupun tak sampai 10cm Dr kata untuk FET 0.75cm is good enough. Lagipun hari ni baru CD 14. Dr tetapkan 7/6/2013 hari transfer (CD18). Meanwhile adalah lagi 4 hari untuk tambah ketebalan uterus.

Untuk esok pagi aku dah start kena insert Crinone, makan Duphaston, Progynova, Aspirin dan Asid Folik. Duphaston dan Progynova 3 kali sehari. Walaupun this time around bebas dari cucuk mencucuk, 'kesihatan' embryo yang membimbangkan. Aku ada enam frozen embryo. Dr kata lab akan thaw 1 straw. 1 straw ada 3 embryo. Dr kata lagi harap-harap 1 straw dah cukup. Maknanya 2 atau 3 kena survive. kalau hanya 1 survive, Dr kata terpaksa thaw straw terakhir, huhuhu...kalau boleh tak mau lah sampai kena thaw semua. Mana lah tau kan kalau this cycle tak menjadi at least ada satu straw lagi. Kalau tidak, nak kena start over again fresh IVF? Hadoi...satu hal mahal, satu hal lagi sakit lebih daripada FET.

Lain orang lain cabarannya, ini dah bahagian kita masing-masing. Saling doa-mendoakan antara kengkawan TTC atau bukan TTC pun salah satu sebab kita berjaya hamil..Insha Allah. Bukankah doa kita pada orang lain akan berganda-ganda berbalik doa itu pada diri kita. Sweet kan.

Tiba-tiba teringat words Dr masa aku ektopik dulu. 'I nak sambut first baby u, I juga akan sambut second baby u'. Syahdu tul. Terngiang ngiang lagi sampai sekarang. Amin Dr..hehe.
Kos hari ni RM1097.

Sunday 2 June 2013

FET CD 13

Esok check up uterus lining ,tebal ke nipis ke. Belum tau lagi. Makin dekat makin suspen. Rasanya normal lah suspen tu. Ni dah nak start over again fasa suspen nak pegi spital, fasa sampai ngantuk-ngantuk tunggu turn jumpa doktor, walaupun biasanya yang ngantuk tu en hubby (penah sekali snap gambo dia tidoq while waiting)..

But most of all, ramai kata FET lagi relax dari fresh IVF. Mungkin sebab tak de cucuk cucuk sendiri ubat tu. Makanan yang masih diamalkan hingga sekarang sejak decide nak buat FET ialah susu (no specific brand, aku belasah je asalkan susu untuk bakal ibu..) dan prune. Makanan yang dielakkan ialah ais, kopi dan teh serta beberapa sayuran dan buah-buahan kategori sejuk.

Itu je! Vitamin tak makan, supplement apa pun tak makan. Tapi makanan lain aku assume ada dah segala tok nenek vitamin tu. Mungkin psikologi aku kata tak nak stress nampak banyak ubat. Sedangkan nak ingat makan ubat sebijik ke dua bijik pun aku ala ala fail, lagi nak telan berbagai bagai. Tu tak masuk time makan ubat lagi tu. Kadang-kadang lari sejam dua, ntah apa-apalah aku ni.

Maka, aku simpulkan persediaan aku untuk FET adalah sederhana dan tak terlalu berdisiplin macam masa fresh dulu. Aku nak diri aku cool sebenarnya. Good luck untuk aku esok, hanya kepada Allah aku bertawakkal. Amin...

Friday 31 May 2013

FET CD 11

Rutin harian aku makan asid folik dan progynova. Progynova tu 1 papan ada 28 biji kena makan 3 kali sehari. So hari ni dah habis sepapan aku telan dan nak start dengan papan yang baru.(dah macam kilang papan).Sebenarnya ubat ni kena letak dalam fridge tapi aku ni kan bukannya sentiasa tiap kali pukul 7pagi, 3 petang dan 11 malam ada kat sebelah fridge.Jadi aku dengan selambanya kadang-kadang tu masuk handbag bila jalan-jalan,letak kat bilik time aku layan korea dan di mana-mana sahaja asalkan tak kena cahaya matahari. Mungkin sebab benda tu ubat, bukan injection macam dulu dulu so aku tak berapa menjaga lah.

Maka pagi ni aku pun ambil papan yang baru (dari kotaknya,yang aku bawak ke hulu ke hilir tu kotaknya ntah mana ntah) dari fridge baru lah perasan tulisan nurse 2 biji, Ya puan puan, 2 bijik! Maknanya sepanjang 10 hari yang lalu aku dah salah dose lah kan. Nggeeeeeee....Cepat cepat message dr tentang hal ni. End of message perkataan aku ....Tak apa ke Dr? Shortly after 5 minutes Dr balas...tak apa...ngeh3...so start hari ni makan lah 2 bijik. Tu lah cerita buduh aku kerana tidak mengikut kempen kerajaan iaitu rajin-rajinlah membaca.

Day 14 iaitu Isnin ni 3/6 dah appointment Dr. Harap-harap beza sebijik ubat tak effect proses penebalan dinding rahim aku. Kalau effect gak, salah siapa tu?hehe...

Tuesday 21 May 2013

FET - CD 1

Jangkaan aku meleset.
Aku target period 25 hb tapi...
Aku period tadi..
Ya, pukul 10 malam tadi..
Maknanya bermula lah CD 1 hari ini..masalahnya nak mula makan ubat pukul 11 malam ni atau esok 7 pagi.
Kalau esok dah CD 2. (Ubat ni kena makan macam shift aku keje kilang pas spm dulu dulu..pukul 7, pukul 3 dan pukul 11)
Dr kata hari tu makan progynova tu CD 1, jadi aku putuskan untuk makan ubat tu malam ni pukul 11. Moga-moga permulaan hari ini membawa sejuta rahmat untuk menemukan aku dengan rezeki zuriat. Amin Ya Allah...doakan aku berjaya mengharungi treatment kali ini ya! :-)
Rabbi laa tazarni fardawwaanta khoirul warithin..
Rabbi habli min ladunka dzurriatan thoiyyibah Innaka sami'uddu'a..
Amin Ya rabbal 'alamin..

Saturday 18 May 2013

IN 3 WEEKS TIME

In 3 weeks time...
I'm going to proceed FET, insha Allah..
Supposedly, period should come on 25th this month...
Gonna see doctor on day 14..
Frozen Embryo Transfer on day 18...
Am I ready?
The roller coaster feelings..
The cramp...
The negative whisper..
The mental torture..
The nervous...
The drugs...
The result..
The boss.....erkkk!! The boss??

Ya. Boss. Boss sapa? Boss hang lah! Boss sapa lagi.
Yang ni belum kira lagi! Bulan Januari aku dah cuti 14 hari @ 2 minggu ye kawan2...
Bulan Februari yang aku buat D n C tu dah cuti lagi 10 hari..
Dan bulan March yang aku bedah ektopic pregnancy tu cuti 30 hari @ sebulan..
Tepat 1/4/2013 aku naik kerja lepas cuti bedah, maknanya aku full kerja sebulan..
Bulan Mei pun aku full kerja sebulan..
Bulan Jun (lebih kurang mula FET 6/6/2013) aku cuti lagi seminggu..
Rasanya apa patut bagitau boss???
Adakah boss akan memahami atau tidak?
Patutkah aku medical leave begitu saja then naik kerja baru bagitau boss?
Atau patutkah aku kata pada boss begini
"saya cuma cuti seminggu, boss ada berlambak staf, saya anak seorang pun belum ada!"
 :-) :-)
*hamboii..cakap belakang buleh la..

Tuesday 7 May 2013

MADE OF GLASS

Made of glass - sesuai for those endergone Fresh IVF or Frozen Embryo Transfer and IUIs..sebab? kita taknak buat apa apa saja yang dipercayai akan menyebabkan risiko terhadap penempelan embryo dan seterusnya membesar menjadi baby yang sihat. Paling ditakuti adalah miscarriage disebabkan risiko yang kita elakkan itu.(hati pun jadi made of glass juga,kalau once broken consider sold senang,ini takkkk)

Today,I realize yang hidup kita sebenarnya saling melengkapi.Sebab tengok betapa susahnya I nak dapat zuriat,my closest friend yang tengah lelah pregnant anak kelima dalam keadaan tak berapa larat kata tengok I yang struggle nak zuriat bagi dia kekuatan untuk carry the baby..membuatkan dia bersyukur dan redha setelah melihat kita yang ttc ni berhadapan macam macam dugaan untuk dapat permata hati.Kita pulak bersemangat nak ada zuriat tengok mereka.Bukankah ini saling melengkapi.

So guys, cheer up!Rupa rupanya kita dipilih Allah untuk jadi inspirasi pada yang lain. Mudah mudahan giliran kita akan tiba juga. Bila dan bagaimana?Kita tawakkal pada Allah.

Sunday 28 April 2013

FET TIPS

Since I will go for FET this June, I started searching for tips to increase the success rates of FET. Here are some of them :
1. Do acupuncture - aku tak buat pun yang ni masa Fresh IVF and rasanya tak sempat jugak untuk FET
2. Eat pineapple core - pun aku takde buat ni masa Fresh IVF and i ask around to closest friend rasanya dalam masyarakat kita nanas ni tajam. Tapi pineapple core ni yang dok ditengah-tengah nanas tu. Tajam jugak ke..entah tak tau.Yang ni boleh cuba untuk FET. (in fact, omputeh yang makan ni makan masa 2WW! bukan b4 FET pun)
3. Eat walnuts and pure grape juice during 2WW - sama macam pineapple core tapi yang ni macam less risk,so bolehlah aku amalkan masa  2WW FET nanti
4. Stop caffeine and ice or overly cold water - ais aku tak minum, cold water ada sikit-sikit so harus dihentikan mulai hari ni. Kafein lak alahai,,,,susahnya, aku dah lah peminum tegar kopi. Kadang tu, terminum sikit masa wat untuk hubby. Dengar kata teh ngan milo pun ada kafein sikit. Sudahnya aku dah jarang order air sebab tak banyak choice. Takkan nak minum horlick je setiap kali.
5. Kept socks on and wear blanket or sweat shirt over the belly - yang ni aku tak buat pun masa 2WW Fresh IVF, insha Allah boleh diamalkan masa FET.
6. Stay cheerful and watch a lot of comedies while 2WW - tak buat gak dulu. Risau lebih dari cheerful. Try buat masa FET
7. Eat warm food and warm water or room temperature food and water - yang panas sangat pun jangan apatahlagi yang sejuk sangat. Cuba buat nanti. Insha Allah..

Dan puan omputeh ni kata diorang pun tak tau tips mana yang berkesan, tapi diorang berjaya conceive. Yang pasti, Kun Faya Kun....apabila dikatakan Jadilah! Maka Jadilah ia - surah Yaassin. Semuanya kuasa Allah semata-mata. Amin Ya Allah..permudahkanlah Ya Allah..

FASA PRA-FET 4

Semalam message Dr perlu ke jumpa Dr kat klinik kalau progynova Dr dah bagi. Then tanya dia pasal asid folik sebab dia cakap masa bulan plan nak mengandung baru start makan. Maknanya makan sekali dengan progynova. Tapi masa buat Fresh IVF dulu rasanya awal lagi dah makan asid folik tu.

Then Dr kata makan asid folik sekarang dan makan progynova start 1st day period bulan 5. FET pada CD17 atau CD18. Mak aih, dah makin ke depan tarikhnya (awal 2-3 hari jek pun. hahah).Before this dia kata makan progynova 2nd day period bulan 5, FET CD 21. Makin berdebar la kalau macam ni..It's up to us actually..nak berdebar ke, nak cool ke..mind set yang penting.. Doa, tawakkal dan jangan putus asa berusaha. Itu yang penting.

Bak kata Sochiro Honda (betul ke camni ejaan nya).Ala...yang wat keta Honda yang anggun tu, motor honda cup terasuklah jugak kot. "Anda hanya melihat 1% kejayaan saya, tetapi anda tidak melihat 99% kegagalan saya"..So..sesapa yang nak go through IVF ni perlulah menjadi seorang yang Berani Gagal!....
*tak cukup berani gagal..cakap je tau..hukhuk

Wednesday 24 April 2013

FASA PRA - FET 3

Hari Ahad message dr tanya boleh tak proceed 2nd cyle. The answer is yes. Tiba-tiba rasa macam on  off perasaan sebabnya masanya yang patut bulan July dah jadi bulan Jun (beza sebulan je pun..emo lebih..)
Dr suruh jumpa dia before second cycle bermula. Bermula sekali lagi perasaan yang 'dulu' tu. Bezanya dulu tak tau apa-apa sangat just follow with the flow. This time, more reading, more sharing (baru je) tiba-tiba macam banyak sikit pengetahuan tentang FET. Apa-apapun doaku hanya satu. Semoga Allah menggantikan kehilanganku dulu dengan yang lebih baik. Amin Ya Allah...

For the time being, aku just beli prune and susu enfamama semalam. Asid folik belum start makan lagi sebab after operation pernah tanya doktor katanya bulan plan nak mengandung baru makan. So, next moth lah kan.  Makin buat diri ready sebenarnya makin suspen. Nak buat biasa macam dah tak boleh sebab dah kena ready. Ha...berbelit-belit aku cakap. Tarik nafas, lepas..tarik nafas, lepas...tarik nafas, lepas...cool sikit. :-)


Monday 22 April 2013

FASA PRA - FET 2

Message Dr tanya boleh tak buat frozen ET 2nd cycle instead of 3rd cycle. Sebab taknak sampai bulan puasa. Dia kata boleh. Jumpa Dr sebelum period cycle kedua. Berdoa sangat-sangat agar FET ni membuahkan hasil. Amin Ya Allah..hamba-Mu hanya mampu berusaha dengan izinMu. Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.

Sebenarnya tak mudah juga FET ni walaupun tak involve dah segala injection kat perut setiap hari nak rangsang ovari keluarkan telur. Tak perlu berdepan dengan OPU (Ovum Pick Up) tapi ada risiko lain seperti embryo yang disimpan sejak 31/12/2012 tu perlu lalui dan survive dalam proses thawing (cairkan ke kot) after dibekukan sekian lama. Ada juga embryo yang tak survive dan end up tak dapat dibuat transfer. Semuanya bergantung pada rezeki Allah semata-mata.

Itu satu bab. Bab diri si 'ibu' pulak, sepanjang proses nak FET kena makan ubat nak tebalkan dinding rahim at least 10 mm, kalau tak cukup tebal lining uterus ni pun tak boleh buat juga.Tangguh next cycle pulak. Sekali lagi, rezeki Allah semata-mata. Usaha, Doa dan Tawakkal. Mudah-mudahan dengan izin Allah kita semua beroleh rezeki zuriat tahun ini. Insha Allah..Amin...

* My dear embies, hanging tough okay...mmuaaahhh!

Sunday 21 April 2013

FASA PRA - FET

Semalam ada message Dr bagitau " I get my first period today".Then pagi bangun tido Dr reply "ada berapa embryo lagi tersimpan". Errkkk! Dia saja tanya ke atau dia ingat aku dah nak buat FET. Salah aku ialah tak masukkan ayat 1st cycle dalam message tu. Aku jawab " ada 6.tp kena tunggu 3rd cycle kan. Ini baru first cycle dr. tapi kalau 3rd cycle mcm kena bulan puasa je dr. mcm mana ya. 2nd cycle bulan 5 tak boleh ke dr. tq" - Biasalah message kemusykilan aku haruslah panjang berjela.hahaha. Still waiting for reply.

Suka suki aku jek kan nak buat 2nd cycle. helooooo..dah baik ke operate hang tu?Memandai jek

Aku dah mula berkira-kira. Period aku selama ni cycle nya sesuka hati tapi range between 30 - 40 days. Maknanya kalau bulan ni 20 hb, bulan depan 25, bulan lagi satu 30. Macam tulah. Yang 30 tu maknaya 30 Jun. 1 Julai kira CD2 dah satart makan progynova 3 kali sehari. Kul 7 pagi, 3 ptg and 11 malam.10 Julai dah 1 Ramadan aku baru terkedek-kedek  CD9. Ada lagi 12 hari to go until CD21. Takkan tak puasa 12 hari. Fengsan makcik nak menggantinya. Pastu nanti bed rest pulak sepanjang puasa, tak meriahlah ramadan aku tahun ni..Huhuhu.

Kalau Dr kata 2nd cycle boleh, aku on. Kalau tak lepaskan ramadan, lepas raya kang la baru proceed. Meantime, keje aku menggoogle do's and don't during FET. banyak yang omputeh punya lah. Nanti dah lapang-lapang aku update.

Saturday 20 April 2013

HARI YANG DINANTIKAN TELAH TIBA

Ulang balik je tajuk nya - hari yang dinantikan telah tiba. Alhamdulillah, I get my first period today as I wish. No pain for the time being. I read a lot about getting period after ectopic operation. Some had pain, some were not. As for me, everything seems okay.

Tengah berkira-kira tarikh FET next 3rd cycle.Macam kena bulan puasa je. Boleh ke buat bulan puasa ni. Confuse sekejap. Kena minta pendapat Dr nanti. Anyway, sangat-sangat happy period hari ni. So, siapa kata TTCian hanya akan rasa sedih bila period datang, ada juga period yang menggembirakan terutama for those yang undergoing treatment sebab ia seperti penentu pelbagai perkara dalam sesuatu jenis rawatan.

Thursday 18 April 2013

FASA PEMULIHAN

Fisrt time start entry tanpa back dated date (betoi ke). From this entry and next semuanya cerita sebenar bukannya flashback macam entry sebelum ni.

Sama macam tajuk, aku sekarang dalam fasa pemulihan-semualah-fizikal, mental, emosi. Menyediakan diri untuk treatment seterusnya - sepatutnya 3rd cycle adalah lebih kurang 15 Jun. Kalau ikut tarikh ni, day 2 pada 16 Jun dah start kena makan progynova yang Dr bekalkan masa tarik benang jahit operation hari tu. Dan kena message Dr gtau dah start makan progynova. Day 14 jumpa Dr untuk tgk lining uterus dah tebal seperti yang sepatutnya atau tak untuk proceed Frozen Embryo Transfer (FET). Kalau ok Day 21 around 6/7 dah boleh proceed FET.....

Itu perancangannya tapi now dah jadi berangan sebab since operation 1/3/2013 belum ada tanda-tanda period nak datang. Jadinya, jadual yang dirancang ni agak lari sikit la nanti. Hope for the best! Kadang-kadang rasa lawak pun ada. Masa peknen dulu punya gelabah keluar darah, sekarang dah tertunggu-tunggu pulak. "Sesuatu yang kamu suka mungkin tidak baik untuk kamu, sesuatu yang kamu benci mungkin baik untuk kamu..." Ingat tuh!

Tuesday 16 April 2013

POST - OPERATION 2

14/3/2013 Appointment Dr. Few days before app ada gtau closet friend pasal diri aku yang fobia tiap kali jumpa Dr. Bayangkan sepanjang peknen, tiap kali jumpa Dr ada je mende pelik2 yang jadik pada kandungan aku. Even masa before D n C punye takut sebab terbaca kat blog Dr Zubaidi sesapa yang buat D n C tapi darah still berpanjangan kemungkinan ada sisa-sisa D n C yang still tak habis keluar so kena D n C lagi sekali. Seram baca masa tu. Rupanya aku punye kes bukan seram lagi.. Mengerikan. Terus detect ectopic! Tapi kalau pikir-pikir balik kan tiub pun dah takde, apa masalah lagi kan. Mesti la dah clear zahir batin.

Sampai klinik kul 12 lebih. Lunch dulu kat cafe. Around pukul 2.30 petang lepas naik lunch aku yang first dipanggil. Al maklumlah orang bayak kes. Inform Dr bleeding lagi. Dr kata memang lama sikit sebab tu trauma operation. Then dia cek tempat operation (First time masuk sini takyah TVS - faham2 lah kan..heaven jek rasa) dia kata ok. Dah baik! Itu je dia kata dah tu dengan selamba rocknya tarik benang (actually macam tali tangsi mungkin untuk water proof).Aduh.Terjerit kecik aku. Ngilu tapi sekejap je.

Sambung perbincangan Dr bagitau rahim ok. Boleh dah proceed FET tapi kena tunggu 3 cycle period. Aku cam ye tak ya je masa ni. Yalah! Trauma lagi..Dr bagi siap-siap progynova nama ubat tu, makan 2 biji tiga kali sehari kul 7 pagi, 3 petang dan 11 malam. Makan ni hari kedua period cycle ketiga. Baik Dr.

And guess what? Keje aku sekarang menggoogle berapa lama baru dapat period balik lepas ectopic operation. Huhuhu. Kepada kawan-kawan yang melawat sepanjang aku 'sakit', yang call dan message tanya keadaan aku juga ramai. Yang tanya khabar dan sampaikan salam masing2 juga sangat aku hargai. U all really make my day! Terima kasih tak terhingga diucapkan. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Sayangggg korang semua....

Special for hubby I like to say this :

Some where over the rainbow
Skies are blue
And the dreams that u dare
to dream really do come true


Monday 15 April 2013

POST-OPERATION

3/3/2013 Ahad - Home Sweet Home. Sampai rumah pukul 6 petang. Luckily bilik bawah memang dah kemas time D n C hari tu so takde masalah nak kena naik tangga.
4/3/2013 Isnin - Akhirnya aku tak tido bilik pun. Tidur kat ruang tamu sebab senang nak tengok tv.heheh. Buat masa ni kalau dah baring flat, memang tak boleh nak bangun walaupun berpaut pada sesuatu, kena lah orang tolong bagunkan. Nak bongkok tak boleh. Aku just duduk, baring, jalan pelan-pelan pegi toilet. Mandi still mandi air panas lagi..
7/3/2013 Khamis - Dah seminggu, aku dah boleh bangun sendiri. Darah kat pad masa ni macam spotting je.
9/3/2013 Sabtu - Darah banyak balik. So dua hari pakai panty liner hari ni kena pakai pad balik.
12/1/2013 Sabtu - Hari ni dah rasa sihat sikit. Recovery stage one kot. Haha memandai je aku.

Nampak entry ni macam aku concentrate kesihatan fizikal aku jek kan. Tapi kesihatan emosi tu yang statik dari mula operation. Kejap2 teringat. Time teringat tu hubby lah jadi mangsa. Kadang-kadang aku rasa dia kuatkan diri sangat-sangat masa ni untuk aku. Thanx hubby. Can't help it. Always see my little 2 inch white bean in my mind....:-(

Hingga satu malam before appointment dr, kesedihan memuncak dan all out! After tu, lega sikit dan tak rasa sangat dah pilu yang mencucuk-cucuk tu. Lagipun during hubby pujuk tu dia terkeluar perkataan : "kalau awak (hilang dah honey nya) nak terus-terus menangis macam ni saya tak bagi dah teruskan treatment ni,kalau next treatment even worse ke, macam mana awak nak kuat lagi,takut masa tu saya pun dah tak kuat dah nak bagi awk semangat.

 Hubby sedih sama saja macam honey walaupun bukan hubby yang sakit..tapi hubby kena kuat untuk kuatkan honey..."

Boleh gitu? Part kata tak bagi teruskan treatment tu yang aku zip mulut aku tu..zzziiiiippppp! tak mo nangis-nangis dah...huhuhu

Sunday 14 April 2013

PEMBEDAHAN EKTOPIK - DAY 3 - FINALLY

3/3/2013 Since petang semalam dah mula pegi toilet pelan-pelan dan mula mandi air panas. Tapi nak angkat-angkat tangan lebih-lebih tak boleh la..Terpaksa lah mama mandikan anak mama yang dah besar gedabak ni. Thanks mama...

Hari ni hari Ahad jadi the whole family ada. Patient yang katil sebelah malam petang semalam dah keluar jadi malam tadi mama tak perlu tidur kat kerusi malas lagi. Tidur je atas katil. Cuma tengah-tengah malam aku nyusahkan mama gak bangun nak kencing bagai. Masa ni water drip dah ditanggalkan. So senang sikit nak gerak ke sana sini.

Tengah hari Dr datang bagi ubat magnesium/zink makan 3 kali sehari dan plasenta biri-biri (ni memang trademark dia sebab semua patient yang bersalin or operate memang disuruh makan mende ni). Tujuannya untuk memulihkan luka bedah. Mama tanya boleh tak nak makan pati ikan haruan atau gamat. Dr say tak boleh.Okkkk...

Dr : Anak berapa?
Mama : 4. semua perempuan. Ini yang sulung.
Dr : Dah ada cucu?
Mama : Belum. Yang lain belum kawin.
Dr : Nanti dapatlah cucu daripada yang ni (sambil tunjuk kat aku dengan confidentnya...hehe). Makan semua makanan, jangan pantang-pantang. kalau sebelum bedah boleh makan, kenapa pulak lepas bedah tak boleh makan. Kalau betul tak boleh makan, diri sendiri akan tau dan tak akan makan pun makanan yang dia allergic. So tak payah pantang-pantang ok.
Aku : Dr nak tanya, ovari ada ke lagi?
Dr : (sambil gelak) ada...U boleh keluar petang ni dan rest. I bagi MC sebulan. U get well fast ok.
Aku : Ok. Insya Allah.

Tapi aku makan pantang-pantang juga. Cuma taklah keterlaluan. yang aku tak makan seafood, ais, sayur yang sejuk-sejuk. Yang lain aku belasah.haha. Petang pukul 5 discharge. Alhamdulillah..di sebalik semua musibah ini, yang hikmahnya ialah aku selamat. Itu yang penting.
KOS - RM6428.00




Saturday 13 April 2013

PEMBEDAHAN EKTOPIK - DAY 2

2/3/2013 Dalam pada tidur atas katil wad ada jugak masa tersedar bila nurse masuk ubat dan ambik BP bagai. Yang tak laratnya rasa nak kencing tapi tak boleh kencing. Tapi tengok saluran tiub kencing ada air kencing sikit. Agaknya kencing dalam keadaan tak sedar. Sebab kalau sedar nak kencing tak mampu macam otot pundi kencing taknak berfungsi.

Pagi dalam pukul 6 nurse bersihkan badan - baru tau nama aktiviti itu, ia adalah - SPONGING, tapi tak pakai span pun. Lebih kepada pakai wet tissue tapi besar. Masa ni tekak rasa perit haus sangat-sangat. Dah mula rasa lapar sikit-sikit. Tempat operation tak sakit. Nama operation ni lepas ulangkaji surat-surat hospital ialah laparotomy. Tak sakit mungkin sebab ubat painkiller berjalan dengan baik. Teringat terjerit-jerit sakit malam tadi.hihi...malunya..

Pucuk dicita ulam mendatang, dapat minum air masa nurse bagi ubat makan jam 8 pagi. Sikit je, setakat buat telan ubat. Jadik la..hilang dahaga. Tapi perit tekak masih terasa. Sebenarnya bukan sakit tekak pun. Cuma kesan salur oksigen yang dimasukkan melalui tekak tu yang buat sakit. Dr bius ada bagitau " saya masukkan salur oksigen, nanti masa u dah sedar lepas kami kejut, jangan gigit tiub ni ya " Then nurse pekup kat mulut benda oksigen tu. Tak tau pulak masa bila diorang masuk tiub. Dah tak sedar pun masa tu. Bila sedar lepas operation pun rasanya tiub tu dah dicabut dah. Maka tak berlaku aksi gigit tu. Nasib baik.

Lepas makan ubat tidur lagi. Masa ni adik dah balik. Sorang-sorang. Tidur je pun. Pukul 11 lebih kawan-kawan datang melawat. 5 of them. Masa ni sorang pergi tanya Dr aku dah boleh makan ke belum. Diorang la yang suap sebab belum boleh gerak sangat. Then nurse datang tunjukkan bahagian yang dipotong. Suddenly antara dengar dengan tidak nurse cakap dengan my friend ayat ini " Dr ada sebab dia potong dua-dua tiub, nanti Dr datang dia explain " Apa????Dua-dua tiub??Kenapa?? Tapi sebab masih lemah. terkejut tu cuma dalam hati sahaja. Sedih sekejap dalam 2 minit, lepas tu magically aku dapat adapt dengan keadaan ini. Semuanya dari Allah. Dia beri kita ujian pakej dengan kekuatan sekali. Allah Maha Adil kepada hamba-hambaNya.

Then Dr datang, ada dua bekas depan aku. Satu besar macam saiz baldi kecik (tupperware bulat bertutup) satu lagi bekas kecil-bekas spesimen air kencing. Dalam bekas besar ada 'benda' warna putih berupa seperti salutan daging -dalamnya ada baby jika salutan itu dibuka lah. Yang bekas kecil ada gumpalan daging merah besar ibu jari.

Dr : Yang dalam bekas besar (sambil angkat tunjuk pada aku) ni dari tiub kiri yang sakit tu. Tiub ni besar dia macam tali kasut aje, tapi tiub u dah bengkak macam besar hot dog. Tak tau macam mana u boleh tahan sakit jalan ke sana sini. Sepatutnya kalau dah besar tu, sakitnya dah boleh pengsan. Mungkin u jenis yang tahan sakit agaknya. Kat tiub belah kiri ni lah baby duduk. (Memang rupanya macam kacang besar warna putih saiz dua inci). Yang bekas kecil ni bahagian tersumbat pada tiub kanan tapi betul-betul hujung pada jejari fimbria. kalau nak buang agak remeh sebab dia melekat-lekat pada jejari fimbria tu.Jejari fimbria yang normal dalam keadaan terbuka, u punya dia sentiasa tertutup. Kalau terbuka pun dia tertutup balik.(Dr masa ni genggam bukak genggam bukak tangan dia nak bayangkan jejari fimbria tu) Nanti dia akan jadi balik so untuk u hamil ektopik kali kedua agak tinggi. Bahagian ni lah yang mengalirkan air beracun pada rahim menyebabkan embryo tak dapat survive. tapi masa scan tak nampak sebab kat hujung tu ada macam-macam seperti lemak dan usus.  So saya buang dua-dua so next FET u boleh mengandung tanpa ektopik. U rest...

And.... That's it! I'm tubeless now. Am I technically still a woman? One of my friend yang turut ada kat situ menangis pegang aku, tapi aku macam relax je. Takkan aku nak nangis jugak kan..Entah kenapa, walaupun dengan kekurangan ini, aku semacam lega kerana selama ini aku tertanya-tanya kenapa susah sangat nak mengandung. Rupanya inilah sebabnya. (now baru tau namanya hydrosalphinge)

Hingga ke hari ini masih terbayang-bayang my big size kacang yang besar dua inci tu. Agaknya dia nak selamatkan diri dari musnah sebab air beracun tiub kanan tu yang larik pegi duk dalam tiub kiri. Sebenarnya duk kat situ pun tak selamat anak oiiii...Ujian yang baru ini memberi perasaan macam roller coaster dalam diri. Hubby call di kejauhan dengan suara yang syahdu....Tapi dia macam aku jugak redha dengan ujian Allah kerana kita insan terpilih untuk menempuh ujian yang berat ini. Ada orang lain yang lagi berat ujian mereka. Ini dah bahagian kita masing-masing. Ampunkan ksegala dosa-dosa kami Ya Allah..


Friday 12 April 2013

PEMBEDAHAN EKTOPIK - DAY 1

1/3/2013 Persediaan pembedahan kali ni sangat berbeza daripada D n C hari tu. Mungkin hari tu cukup syarat2 sah puasa sebelum operation jadi tak ada masalah nak kena masukkan ubat ikut dubur untuk buang semua mende dalam perut. lagipun ari tu tak open pun. D n C je.(ceh, bleh pulak cakap 'je..) padahal masa D n C tu takut giler. Ubat dubur ni musti sebab syarat posa aku tak mencukupi. padan muka. sibuk nak makan la apa la.then aktiviti cukur mencukur pun dilakukan oleh nurse bertugas. Cukuran adalah sekitar peha dan perut. apa kaitan peha aku tak tau lah. Yang kat 'tu' aku wat sendirik hokayyy..malu la saya.

Lepas masuk ubat terus rasa nak g toilet. berkesan tul ubat tu. Kiranya sekarang dah kosong la perut aku ni. Dalam pukul 8 malam aku ditolak ke OT. Perasaan tak setakut masa D n C sebab ni kali kedua tengok OT yang scary ni. Masuk je tunggu tak lama macam masa D n C. tak sempat rasa sejuk pun. Terus ke bilik OT. Kat dalam Dr bius dah tunggu. Berbual-bual bagi aku leka then terus tertidur. sedar-sedar aku tengah on the way disorong ke wad. Sampai je kat wad tiba-tiba aku rasa sakit teramat sangat kat tempat bedah. Tiba-tiba aku terjerit-jerit sakit. Selalu tak macam ni (ni pengalaman ketiga operate after appendix dan D n C).

Maka kelam kabut lah nurse dan mama menenangkan aku. I can't help it, sakit sangat-sangat. Nurse kata " sabar kak, Dr tengah tulis ubat, kejap lagi masuk ubat akak tak sakit lagi. sabar ye" Kenalah aku bersabar. Dalam 10 minit nurse pun masukkan ubat then aku tak rasa sakit tapi lemah dan tertidur. Malam ni adik bongsu yang tunggu tapi dia tak perlu buat apa lah sebab aku tido je malam ni..Selesai sudah episod duka dalam hidupku..Tapi hidupku bukan hakku..Hak Allah semata-mata. sebagai hamba aku mesti redha walau bagaimana sedihpun ketentuan yang diujiNya..Mungkin ini adalah kaffarah terhadap segala dosa-dosaku selama ini.. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberi ujian beserta kekuatan bersama-sama.. Engkaulah Tuhan Yang Maha Adil atas segala musibah hamba-hambaMu..

Thursday 11 April 2013

PEMBEDAHAN EKTOPIK

Masih tercari-cari kata yang sesuai untuk buka entry ini. Sebab setelah sekian lama nak menaip, pasti hati jadi sedih. Tapi demi untuk kongsikan pengalaman disamping dapat dijadikan catatan pengalaman dalam hidup akan digagahkan jua.

1/3/2013 Jam 8 pagi dah sedia menunggu di hospital. Start 11 malam semalam dah mula puasa in case benar  bagai dikata akan dibedah hari ini. Puasa tu start pukul 11 sebab tido awal malam ni. Tapi pukul 3 pagi terbangun dan tak dapat tidur. Perasaan risau, sedih dan bingung bercampur baur. Tido balik pukul 5 then bangun balik subuh dan terus tak tidur lagi. Ya Allah..permudahkanlah.

Jam 9 pagi nurse ambil darah untuk cek lagi sekali beta HcG. Dalam hati masih berdoa agar tidak dibedah. Lebih kurang 10 pagi nurse call bagi tahu " Dr tak dapat tengokkan akak pagi ni sebab ada emergency operation Tapi Dr dah tau keputusan ujian darah akak"Macam mana resultnya ya"Aku nak kepochi."Tak pastilah kak. Nanti akak datang Dr bagitau semua. Akak datang balik petang pukul 3 tapi akak sambung puasa ya". Alamak. Dah la dari malam tadi tak makan apa. Buatnya jadi operate tak tau pukul berapa. " Boleh tak akak nak makan" "Nanti saya tanyakan Dr." Then nurse call balik dan inform aku boleh makan. Tapi lepas tu sambung puasa balik. Ok la tu. Masa  ni tak pikir langsung kesan pada pembedahan nanti,. Yang penting dapat makan.

Datang balik pukul 2.30 petang then Dr sampai pukul 3. Dr pegang dua helai kertas yang stated bacaan Beta HcG then bagitau ini memang ektopik. Sempat dia bagitahu aku dia tak sihat,lepas sembahyang Jumaat tadi rest sekejap katanya. Aku tanya, bacaan Beta HcG meningkat ke. Dia kata tak meningkat, statik. Statik sebenarnya lagi lah kuat membuktikan aku ektopik. Masa ni suara dah keluar tak keluar masa cakap dengan Dr. Sebenarnya tengah memikirkan nasib diri kena bedah tanpa hubby di sisi. So uruskan admission then duk kat wad sampai waktu operation. Jangkanya pukul 8 malam nanti. Dalam hati, nasib baik makan sikit tadi. Memang datang hospital tadi dah bawak kain baju semua siap-siap bila mengenangkan nurse kata Dr suruh puasa balik kan. nampaknya macam betul confirm dah akan kena operate menurut statement ni...

Tuesday 2 April 2013

PELIK TAPI BENAR

Sepanjang berpantang lepas D n C bleeding berlarutan samapai hari ke sepuluh. Message Dr bagi tau nak beli Gamogen boleh tak. Dia balas tak boleh. Tapi masa tu aku dah terbeli pun. Nasib baik beli yang starter pack. Hubby la yang makan nampaknya. Ingat nak cepatkan baik bleeding tu.

4 hari lagi jumpa Dr after D n C. Check-up biasa I suppose. Tapi debaran tetap ada. Sebabnya? Untill hari check-up pun masih bleeding lagi. Is there something wrong with me. survey2 rata-rata orang yang buat D n C semua seminggu paling lama bleeding. Aku dah dua minggu dah. Risau betul.

27/2/2013 Appointment Dr after D n C. Mintak pegi petang. Masuk bilik Dr dia tanya ada loya-loya atau muntah tak. Dr ni buat lawak ke.Inform Dr darah tak kering lagi dan macam darah baru. Dia buat TVS scan dan bagitau darah lama. Dia suruh buat urin test dan tiba-tiba double line jugak. Aku tak rasa apa yang pelik sebab ada terbaca dalam internet yang hormon Beta HcG tu masih ada walaupun kita gugur. Siap cakap pada Dr memang ada kan saki baki Beta Hcg. Dia cakap memang ada tapi line dia tak terang macam ni. Line ni menunjukkan U still mengandung. Tapi di luar rahim. Macam ada batu besar terhempap atas kepala ni. Bingung, takut, bimbang, kecewa semua ada.

Memang ada sakit sebelah kiri perut sepanjang 'pantang' hari tu. Tapi tak sangka pulak masih mengandung. Dr bagitau lagi kalau betul baby ada di sebelah kiri tiub, tiub sebelah kiri terpaksa dipotong. Ya Allah....beginikah berakhirnya usaha TTC ku...Dr ambil darah untuk tengok perbezaan Beta HcG selang dua hari. 1/3/2013 kena datang lagi untuk ambil darah. Kalau confirm Beta HcG menunjukkan aku masih mengandung, aku mesti dibedah segera. Kalau tidak dikhuatiri tiub pecah boleh menyebabkan pendarahan dalaman dan boleh membawa maut. Ya Allah... selamatkanlah aku.

Perasaan bercampur-baur. Yang nyata sangat sedih. Rasanya sedih D n C tak berakhir lagi. Rasa kehilangan baby dan terpaksa D n C belum reda ditambah dengan rasa lost nak kena buang baby dan tiub. Sedih dan pilu bertimpa-timpa. Ampunkan dosaku Ya Allah. Andainya rezekiku hamil berakhir di sini, aku redha. Namun aku memohon perlindungan dan keselamatan dariMu serta mudah-mudahan Kau gantikan kehilanganku ini dengan sesuatu yang kebih baik. Amin....

Saturday 30 March 2013

D n C JUA AKHIRNYA....

13/2/2013 Sampai hospital pukul 8.30, terus beritahu nurse hari ni nak D n C. Dah siap dokumen, beratur then nurse kata Dr nak scan dulu. At 10.00 Dr buat TVS dan sah tak ada lagi baby sac. Dr arahkan buat admission, nurse bawak masuk wad 2 katil (even masa daftar minta 4 katil) rehat dulu sementara tunggu prosedur pukul 1. Masa tu baru pukul 11. Boring, berdebar, sedih tapi redha..semua ada. hubby turun then nurse sampai suruh tukar baju. Call hubby. Hubby naik hantar sampai depan OT. Thanks sayang. Love u so much. Before that, kat wad nurse tanya macam-macam makan apa, sejarah kesihatan, ambil tekanan darah, ada allergic ke tak dan sebagainya.

Sampai OT sejuk nya tak tertahan. Tengah tunggu boleh pulak nurse dengan Dr bius cerita pasal post mortem pasal 'one lost patient'. Eeeee...seram pulak dengar. Then nurse selimutkan dengan selimut panas. Best. Tunggu tak sampai setengah jam Dr sampai. Terus disorong ke bilik OT Bilik A. Tawakkal pada Allah. Macam-macam baca. Istighfar, selawat segala lah. Dr kata nak bius bagi tidur ni, mengucap ya. haha. Lepas tu tido tak sedar apa. Sedar-sedar dah kat wad dalam pukul 3 petang. Makan minum, muntah. Sampai nurse kena tukar cadar.

Dekat maghrib mama n family datang. Baru boleh makan roti jagung yang 70 sen tu separuh dan minum air masak. Pukul 7.00 discharge. Dalam kereta muntah lagi. Kesian hubby kereta kotor. Lebih kurang 10 malam baru boleh makan sup. Kuat betul ubat bius ni. Dr bagi cuti sampai 22/2/2013 Jumaat. 10 hari cuti.
KOS - RM2165.00

Friday 29 March 2013

HARI PENENTUAN

6/2/2013 Rabu. Lepas magrib bertolak ke hospital. Sampai around kul 8 malam. Sampai je, sunyi je klinik Dr. Call Dr then dia kata klinik malam hari Selasa ngan Khamis jek. Oh.. tak tau la pulak. Mungkin penah tau tapi dah lupa. Jadi dia kata kita jumpa esok ya. Aku pun ok lah.

Pergi toilet kejap. then Dr call tanya ubat ada lagi tak. Untuk esok ada. Dia kata ok.

Kami pun nak beredar. Tunggu hubby kat lobi sementara dia ambik kereta kat parking. Then, Dr call lagi. Dia kata tunggu dalam 20 minit dia sampai. Aku kata takpe lah, esok kami boleh datang lagi. He said, kesian u dah sampai. Takpe, nanti I datang. Tunggu saja.

Dr sampai, then masuk buat TVS. Dengan sedihnya dia kata sarung baby memang tak nampak. Ni dah terlalu lama. sepatutnya dah nampak. Ada 3 ruang tapi tak bulat. Tak sempurna atau mungkin dah rosak. He simply told hubby 'dah ada, tapi tak jadi'. Dia kata kalau test urin mesti dah samar2. Tapi bila test urin, mula-mula memang samar tapi after two minutes, strong positif. Kami pun confuse. Cadangan Dr hari Jumaat ni DnC. tapi disebabkan strong positif tangguh minggu depan 13/2/2013. Dr suruh teruskan ubat macam biasa dengan anggap baby ada lagi. Sedihnya....

Sejak hari itu, tak ada satu hari pun yang berlalu tanpa air mata. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kepiluan hati aku. KOS-takde........ubat hari ni pun percuma Thanx Doc.

12/2/2013 Petang ni test lagi sendiri urin, still strong positif juga. Ya Allah, serba salah betul. Ya Allah, jika masih belum rezeki kami, kami redha dengan ketentuanMu. Aku yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hanya Engkau Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Namun, jika ada tunjukkanlah pada esok hari agar kami tidak melakukan kezaliman ke atas makhlukMu. Amin...

Jauh di sudut hati aku masih mengharapkan keajaiban walaupun sakit setiap hari. Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah... Amin......

LOSING HOPE....

30/1/2013 Rabu. Sampai hospital kul 6 petang. Solat magbrib di hospital. Surau dia berdepan dgn Operation Theatre and ICU. Scary... Check up kali ni patut dah boleh sangat nak nampak baby sac tapi tak nampak apa. Ada la dot hitam kecik2 je. Cek urin lagi. Strong positif jugak. Hai baby, mana kau  menyorok nak...Dr tak puas hati sebab dah terlalu lambat. patut sac dah nampak.

Dr : Embryo yang simpan ada 4 eh?
Aku : Tak, ada 6.

Dia nampak dah give-up kot, apatah lagi aku. Balik, ubat macam biasa. Jumpa balik 6/2/2013. Still bleeding. Dah lama jugak lah. Dah lebih 2 minggu. Lama-lama kering jugak darah aku kang.hmmm.

KOS-RM561.00

THE BLEEDING CONTINUES

27/1/2012 Ahad. Pagi ni antara 6.00 a.m - 6.15 a.m berlaku cramp yang sangat sakit tak terperi. Tak lupa sakitnya sampai hari ni. Sakit sangat-sangat. Sembahyang subuh dengan hanya duduk di birai katil. Masa sakit tu,tangan kanan genggam tangan hubby dengan sekuat hati (tapi bila tanya dia tak sedar pun..huhu) tangan kiri genggam besi kepala katil. Masa tu dalam kepala dah terbayang adakah aku akan sakit macam ni lama. Adakah ini rasanya keguguran. Macam2 lah. At last, lepas 15 minit sakit yang teramat tu hilang.

Pukul 8 pagi sms Dr. Then Dr suruh datang klinik. Baring kat bilik Dr sampai dia datang. Ambil lagi urin. Strong positif jugak. Ya Allah..Aku redha dengan dugaan Mu. Dr bersihkan darah, then suruh guna crinone sehari sekali. KOS-RM313.00

Thursday 28 March 2013

KHAMIS MALAM JUMAAT YANG SANGAT INDAH

17/1/2013 Appoinment hari ni tapi terpaksa pergi malam sebab kerja. But ealier this morning, bagi sampel urin dulu kat hospital. Hubby yang hantar sampel. Tq B. Sampai pukul 8.00, agak ramai patient sebab hari ni memang klinik malam. 10.30 dapat turn. Mr Nice Dr pegang pregnancy test bagi pada kami sorang satu, tapi tak dapat tangkap lagi.Dia kata tengoklah pregnancy test tu. Ada double line yang sangat terang. Tahniah! U pregnant! Ya Allah macam mimpi tengok double line tu sebab last appointment macam 50-50. Syukur Ya Allah. Gembira tak terucap. On the way balik terus call mama to tell the good news. And closest friend too. Hubby and me were very happy. Next appointment nak tengok berapa sac yang ada. Alhamdulillah..Syukur Ya Allah atas kurniaanMu ini. Hamba sangat bersyukur. KOS-RM634.00

18/1/2013 Macam ada blood pada crinone waste yang dikeluarkan dari vagina. Tapi tak suspect apa-apa.

19/1/2013 Sabtu. Agak lasak hari ni. Dalam 11.00 pagi tengok ada setitik darah pada panty. Dah mula cemas. Spotting berterusan sampai 22/1/2013. Perasaan tak sedap hati tak payah cakaplah..risau sangat.

22/1/2013 Selasa. Dalam pukul 12 midnight tengok panty liner darah agak penuh. Then masa mencangkung kat toilet, tiba-tiba darah keluar agak deras walaupun tak banyak. Warna maroon pekat. Bagitau hubby pegang tangan dia dan mulalah drama air mata. I said sorry if I cannot carry our baby. Syahdu sangat. Hubby kata tak apa. Kita dah cuba dan dah usaha. Hubby sedih.

23/1/2013 Rabu. Hari ni memang appointment tapi boleh je pegi petang atau malam. But disebabkan panik malam tadi turun darah warna maroon masa kat toilet, takde langsung hati nak pegi kerja. Daripada tak dapat buat apa kat tempat kerja akibat sedih dan risau, baik terus ke hospital. Dr cek urin, still positive,in fact very strong positive. So Dr kata darah lama. Dr cuci then arahkan masuk crinone 2 kali supaya darah stop. Starting hari ni, hari-hari bleeding tapi tak penuh pad. Ya lah, tiap kali solat tukar, takkan penuh. Siap bagitau Dr malam tadi tak sembahyang isyak dan subuh tadi sebeb ingat period, Dr marah kenapa tak sembahyang. U pregnant, mana ada period. hehehe. Tapi tak tau takpe kan.... Next appointment is 30/1/2013. KOS-RM765.00





Sunday 17 March 2013

TWO WEEKS WAIT (2WW)


1/1/2013 Happy New Year! Aku sambut atas katil tak bleh wat pe. Bangun untuk ke toilet dan sembahyang sahaja. Solat pun dalam keadaan duduk. Lately aku dok surf blog2 IVF rakan2 lain ada yang solat baring demi jaga embryo yang ada.

2/1/2013 Alhamdulillah. sakit dah kurang. Allah Maha Besar. Agak selesa sikit tapi masih bedrest. Rutin ubat, crinone (vaginal hormone), makan. solat, tidur,TV, Internet.

3/1/2013 Cuma bedrest sepanjang pagi. Rutin pagi seperti biasa insert Crinone, makan Duphaston. 2 p.m jumpa Dr for the first time after ET. Buat TVS scan, by this time Dr says embrio dah gerak naik atas. Atas mana? Tak tau lah. mungkin bahagian atas rahim kot. Dinding rahim cantik kata Dr. (Cantik means tebal seperti yg sepatutnya untuk embrio menempel) Datang lagi 6/1/2013. Injection 1 kali kat punggung. Bills RM244.50. Malamnya sakit pinggang. Esok pagi pukul 5 pagi terbangun pergi toilet macam rasa nak pitam. Pukul 7 bangun pun rasa macam nak pitam. Kenapa ye. Tengah hari bermula sakit belakang. Masih ingat sakitnya samapai hari ni.

4/1/2013 Still sakit  belakang. Yang rasa nak pitam tu dah takde.

5/1/2013 Still sakit belakang lagi. (Siap tanya hubby ada tak dia tertumbuk belakang badan)

6/1/2013 Jumpa Dr. Injection lagi di punggung. Bill RM238.00

7/1/2013 Cramp tengah malam pukul 3 pagi

8/1/2013 Cramp tengah malam pukul 2 pagi

9/1/2013 Cramp tengah malam pukul 1 pagi sampai sengal bahagian peha

10/1/2013 Urine test tapi negatif. Dr cuma bagitau ada garisan sangat samar. Jadi itu tak confirm pregnant.Dr ambil darah untuk test Beta HCG. DR kata kalau lebih 7 maknanya pregnant. Jumpa lagi
17/1/2013. Masa ni hanya ada rasa pasrah je. Kalau still negatif 17hb ni, maknanya end of the cycle and cuba lagi. BILL RM600.00 (sebab ada crinone)

11/1/2012 Rest. Bila agak lasak sikit akan rasa sakit di perut. Akibat pembengkakan ovari lah ni.

12/1/2013 Cuba nak jalan2 sekitar giant tapi tak berjaya. Duduk sorang2 di Marrybrown while family bershopping. Mama tepuk perut, keras katanya. Ada nii.Amin makk..

13/1/2013 Rest day

14/1/2013 Lepak day. dah hampir merdeka of my 2WW.

15/1//2013 Dah naik kerja. Perut kadang2 rasa kembung. Jumpa kawan-kawan and all of them pray for me even the non muslim.Thanks friend for your support. Still jalan perlahan-lahan sebab perut memang agak sakit.Menurut Dr saiz ovari kita akibat stimulation dah besar 5 kali ganda. Sebab tu sakit.


EMBRYO TRANSFER

31/12/2012 Pagi ni embryo transfer. Pagi-pagi bangun sarapan roti canai separuh (dalam kereta) je. Minum milo. Pukul 7.30 pagi sampai then terus salin baju bedah. Hari ni tenang sedikit. Tak suspen macam masa OPU sebab dah 2nd time masuk sini kot. Kalau masa OPU hari tu tak boleh pakai bedak, perfume, make up sebab takut bau-bauan atau chemical daripada benda-benda tu masuk dan menjejaskan ovum. Untuk hari ni walaupun Dr tak pesan apa-apa tapi still tak pakai bedak perfume bagai tu. Punya lah nak jaga.heheh

Lepas tukar baju bedah, nurse suruh minum satu gelas air untuk penuhkan pundi kencing. Aku takk boleh tahan kencing langsung. Pundi kencing yang penuh akan memudahkan Dr untuk nampak rahim dengan jelas dan mudah nak masukkan embro. Dua kali nurse bagi air, dua kali kencing. Last2 nurse kata tak apa kak, nanti kita masuk air pakai tiub ke pundi kencing. Baru lega sikit.

Proses Embryo Transfer (ET) ni tak bius dan dijanjikan berlaku dalam 10-15 minit sahaja. After ET barulah rest selama 1 jam baru boleh bangun. Dan proses ini tak dibius ya puan-puan. Agak sakit juga tapi dengan izin Allah dapat bertahan sampai selesai. The longest 10 minutes in my life. Then urin dikeluarkan. Lepas tu baring selama 1 jam. Boring. Tak tau nak wat pe. Sepanjang proses tak putus berdoa dan berzikir.

Before ET tadi, embryologist gtau daripada 16 telur, 11 embryo develop. 8 gred A dan 3 gred B. Hari ni masukkan 5, 2 gred A dan 3 Gred B. Macam terkejut gak napa masuk banyak. Embryologist kata yang gred B kalau biar kat luar pun dia takkan develop lagi tapi kalau masuk dalam rahim ada peluang develop.Lagipun umur dah 35 tahun, lebih banyak embryo chances pregnant lagi tinggi katanya. Ikut je la walaupun dalam hati suspen gak.Kot jadik 5 tak ke kembar 5.Takkan kot.hehe.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Balik rumah bedrest. Sebenarnya tak selesa sangat nak bergerak. Perut masih sakit kesan OPU hari tu. Dapat MC dua minggu untuk rest kat rumah. DON'T :
1. No sex while Two Weeks Wait.
2. No kafein.
3. Tak boleh buat kerja berat.
4. Naik tangga dibenarkan (tapi aku langsung tak buat ni kecuali turun untuk appointment Dr)
KOS - NO KOS sebab dah bayo seploh riban masa OPU..dah termasuklah

Saturday 16 March 2013

OVUM PICK-UP DAY (OPU)

29/12/2012 Dari malam tadi pukul 1 dah start puasa. Operation start 8.00 pagi. Masa bertolak terfikir-fikir juga macam mana lah agaknya prosedur tu nanti. Sakit ke,tak ke. Dr kata u tidur tak sakit. Sampai kat lab kol 7.30 pagi. Nurse arahkan salin baju khas. Hubby boleh pergi mana-mana lah sementara prosedur dalam sejam. Hubby kata dia nak pergi minum. (Dah abis prosedur rupanya hubby tak pergi mana pun..tunggu jugak. Tq dear hubby kerana sabar tunggu honey)

Siap salin baju, terus masuk bilik OT dan baring dulu. Kaedahnya supaya kita relax. Makin suspen adalah! Pukul 8.00 pagi Dr bius masuk. Tanya umur, tanya sejarah operation dulu (aku penah operation apppendiks tahun 2003). Siap cakap ada patient tu umur 42 tahun buat IVF tak dapat hasilkan telur,kesian. Aku pun sedih dengar. Kenapa lah masa ni Dr cite. Yang pastinya dia nak berbual taknak bagi aku nerbes. Dia kata aku akan tidur tapi bius ni tak sekuat masa aku appendiks dulu. Okay.....

Dah bius tu nampak Mr Nice Dr masuk sempat tanya aku sakit tak perut. Then sempat dengar diorang berbual pasal ada nurse bleeding masuk hospital, dah ada yang pegi lawat ke belum dan sedar ada sesuatu dimasukkan dalam vagina. Lepas tu aku terus tertidur. Lebih kurang 30 minit Dr kejut. Aku dalam mamai siap tanya Dr. Bila Dr buat.Haahaahaa..teruk tul mamai. Rest kejap, rasa nak kencing, nurse bagi bangun pastu terus pegi toilet. Sakitnya perut dan ari-ari. Tak dapat nak teran pun kencing. Kesan bius tak habis lagi.Then hubby tolong pakaikan baju sebab terhuyung hayang sangat.

Keluar ke kaunter depan dalam keadaan dah stabil, nurse bagitau ada 16 telur yang dipungut. Then terus balik rumah, Nurse pesan suruh minum air kosong dulu. Kalau tak muntah baru boleh makan. Lebih kurang pukul 11.00 pagi baru dapat minum air

Rasa mual dan nak muntah sampai Asar. Perut masih sakit sangat.Sabar.Dugaan ini aku tempuh dengan tabah kerana tahu Allah bersama hamba-hambanya yang sabar. KOS - RM10 000.00

30/12/2012

Perut masih sakit lagi. Dah start makan ubat-ubatan yang dibekalkan. At this point, solat dalam keadaan duduk atas kerusi. Tunggu esok untuk Embryo Transfer. Dalam pada itu, aku tak putus-putus bersoa agar embryo kami sihat dan berkualiti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

BIG ENOUGH

27/12/2012 Kebanyakan telur dah mencapai saiz antara 1.92 - 2.8 cm. tapi menurut Dr saiz tu mesti dalam keadaan telur berbentuk bulat bukan lonjong. Yelah, dah banyak telur yang berhimpit satu sama lain memanglah ada yang bulat ada yang lonjong. Anyway lupa nak tulis bahawasanya at this point, perut rasa kembung (bloated), senak dan kalau orang tengok macam dah pregnant 3, 4 bulan.hehehe. Padahal sebenarnya ovari yang membengkak. Like Dr said, ovari selama ni kecik je. Akibat rangsangan ubat, ovari sekarang dah besar 5 kali ganda.

Dr bagi 1 injection mesti dilakukan tepat jam 8.00 malam. Injection terakhir before ovum pick-up. Injection ni untuk matangkan telur and last lonhg for 36 hours only. Kalau ovum pick-up tak dapat dilakukan dalam 36 hours, telur akan pecah dan segala aktiviti cucuk mencucuk akan jadi sia2. Gulp!

So, Dr siap pesan after inject 8.00 malam ni terus sms dia bagi tau dah injct. Dia takut kita lupa. Seterusnya, sehari before ovum pick-up (OPU) adalah hari merdeka tanpa injection dan uba-ubatan. Today Dr bagi Injection matangkan telur untuk inject 8.00 malam ni, aspirin, Duphaston, Progynova and Crinone (yang ni perlu masuk di vagina .... ohh..). Ubat-ubatan ini hanya bermula selepas OPU. Tujuan - menguatkan rahim untuk tampung baby.  KOS- RM1337.00

BIG SIZE

25/12/2012 Cuti krismas. The hospital is so quiet. Mr Nice Dr had to work because of IVF patient like me. Scan shows several eggs (3 eggs) sized more than 1.8cm. Dr puas hati. Dr inject sekali lagi Gonal-F kali ni daripada simpanan Dr. Tak perlu beli satu lagi pen. Teruskan pen yang satu lagi di rumah untuk 225 ml sebanyak 2 kali lagi. Will see dr on 27/12/2012. Harap2 next visit telur semua cukup besar so that dah boleh proceed untuk ovum pick-up (OPU). KOS - RM679.00

Friday 15 March 2013

SELEPAS SEMINGGU DENGAN GONAL-F

22/12/2012 Dah seminggu aktiviti inject diri sendiri dengan Gonal-F (bertujuan memperbanyakkan serta membesarkan saiz telur dalam ovari). Suppose hari ni Dr akan bagi satu lagi pen Gonal-F dan 1 lagi Injection untuk elakkan telur daripada pecah (Orgulatron kot namanya). Doaku tak putus-putus sepanjang treatment ni agar diberi peluang oleh Allah untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Patut dapat satu lagi Gonal-F tapi dah jadi 2 pen Gonal-F serta 4 pen Orgulatron. Ini kerana telur yang sepatutnya membesar tak jadi besar seperti yang diharapkan selepas 7 hari. Masa scan nampak ada lebih kurang 10 telur tapi saiz baru 1.2 cm. Telur yang diperlukan mesti at least lebih daripada 1.8 cm.

Bermulalah injection Gonal-F lagi 4 kali. This time 225ml each. So bunyi 'tick' pada pen dah jadi 7 kali. Harap2 dengan bertambahnya isipadu Gonal-F akan membantu memperbesar saiz telur dengan jayanya. KOS - RM 3081.00

2ND DAY PERIOD

16/12/2012 Rupanya sehari lepas visit untuk sperm analysis, Cik P pun datang, so kena visit dr hari ni, hari kedua. Dr buat scan - TVS scan nama dia then tengok telur belum ada.Mr Nice Dr bagi pen injection Gonal-F 475 ml sebanyak 2 pen untuk inject pada perut every morning. He did the first injection to show us how to do :

- Pastikan letak pen pada no 150, letak jarum, bunyi 'tick', pusingkan sampai ketat, cabut mincung penutup jarum, tarik tempat tekan pen Gonal-F sampai bunyi 4 kali.
- Cucuk pada mana2 bahagian perut, tekan ubat, kira sampai 10 saat baru cabut injection.
-Jangan lupa b4 inject,lapkan dengan alkohol pada hujung pen tanpa jarum dan tempat nak cucuk. 
-Lap lagi sekali tempat sama after inject and jangan goyang2.

Injection ni berlangsung untuk 7 hari. 1 pen 450 + 75 ml (75 ni dah kat hujung pen). 2 pen jadi 900 + 150 ml. Kana inject 7 hari. Hari ke-7 kena guna dua kali bagi baki 75 + 75. Meaning.....inject 2 kali. Nasib baik jarum injection tu pendek dan halus. Dr also show cara nak cucuk tu mesti selamba jangan teragak-agak. Cucuk aje dengan lajunya. Baru lah tak sakit. Iyo lah tu..hari ni dia yg buatkan,boleh la. Esok2 kena buat sendiri tak tau macam mana rasanya..Good luck to me! KOS-RM 2237.00

MENERUSKAN PERJALANAN....

14/12/2012 Hari Jumaat..Penghulu segala hari. Hari ni ke IVF lab to check sperm quality. Pergi pagi kol 8 lebih, result diberi dalam satu jam. Pergi sarapan dulu sementara tunggu result. Makan laksa penang. Oh, ada rupanya orang jual laksa pagi-pagi. Lepas makan pegi lab balik dan dapat result. Tak paham apa pun pada kertas result tu. Tanya nurse, dia suruh jumpa Dr and the Dr will explain. Aik!

Maka bergeraklah kami ke Hospital.Sampai nurse ingat dah second day period. Eh, taklah. Nak anta sperm analysis je. Jumpa Dr kejap then dia kata mobility sperm agak slow tapi untuk IVF tak ada masalah. Sperm count is excellent. So...may proceed for treatment. Tunggu 2nd day period untuk meneruskan perjalanan ini. KOS-RM100.00

PERJALANAN BERIBU BATU BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA..

17/11/2012 First visit, first check-up.Mr Nice Dr scan, everything look okay, "telur ada, cuma tak dapat senyawa secara natural" katanya. Mr Nice Dr just gimme folic acid utk kesihatan baby. Dia pesan untuk visit 2nd day period. Dia juga pesan minta kami ke IVF Clinic untuk check sperm quality b4 datang visit to make sure that sperm is not a problem so he can concentrate on me.It end here untill 2nd day period. Perasaan? Mcm belum ada perasaan sangat. Beberapa penerangan yang tak paham tapi tak tanya. Nanti lah, dah confirm masa next visit baru tanya kot. KOS- RM255.50