Sunday 14 July 2013

STILL 6 WEEKS UPDATE?

Begitulah tajuknya..Appointment demi appointment akhirnya Jumaat lepas (12 Julai ) barulah Dr benarkan appointment seminggu sekali. Tak seminggu sangat lah. 6 hari sebenarnya. Next appointment adalah 18 Julai hari Khamis. Kenapa masih 6 weeks update? Sebabnya masa aku perasan aku dah 7 weeks, scan baby menunjukkan baru 6w1d saiznya. Maka, kalendar IVF dengan scan dr adalah tidak sama langsung. Tapi tak lah bermakna kalendar tu tak boleh digunakan.

Sepanjang minggu lepas macam-macam hal jadi. Lepas yang sarung baby tak bulat then kena ambil injection pregnyl 4 hari sekali tu, next visit tu sarung baby dah bulat dah. Tapi jantung baby pulak perlahan..alahai...saspen lagi. Aku tanya dr. masa yang sarung baby tu tak bulat bukan ke kita dah dengar heartbeat baby laju. Dr kata, ohh... masa tu saya tak asingkan bunyi bloodflow. Sebab tu bunyi laju je. Kali ni dah asingkan bunyi bloodflow then baru dengar heartbeat yang betul and its a little bit slow. Aku dah sedih lah. Termonyok sekejap muka.

Then dr kata kadang-kadang awal awal memang slow nanti few days dia catch up balik. Then, the next four days ( last Friday ), heartbeat baby dah ok. Alhamdulillah..Tu yang dapat appointment ada jarak sikit tu. Apa yang boleh aku simpulkan ialah, setiap check-up ada saspen yang tersendiri, tapi aku berkali-kali ingatkan diri aku, semuanya rezeki Allah..Aku berdoa semoga dipermudahkan segala urusan..Amin.. 

14 comments:

  1. Dear Nuriz, moga dipermudahkan perjalan you and you will have a happy and healthy pregnancy. Smooth sailing all the way. Take care and I will be keeping you and your baby in my prayers.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan urusan nuriz spjg pregnancy dan semoga baby membesar dgn sihat. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..thanks Sizuka.Doa yang terbaik untuk Sizuka juga..

      Delete
  3. Alhamdulillah..Tahniah sis..Smoga semuanya selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an sis..amin..Doa yang terbaik untuk Umie juga..

      Delete
  4. Tahniah Nuriz dah nmpak sac baby n heartbeat
    rose scan sabtu lepas on 22dpt, still xnmpak apa2 n smpai skrg still bleeding,.. kejap sikit, kejap byk, kdg2 stop ..
    Duphaston n crinone still on sehari 2 kali n dpt inject pregnyl seminggu sekali.
    Doakan rose utk next appointment dh nmpak sac baby ya,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuriz doakan Rose nampak sac baby next appointment ok..Doa banyak2 ya Ros and try not to stress yourself..crinone 2 kali selalunya dr bagi supaya membantu darah stop. I feel u dear sis..*hugs*

      Delete
  5. Alhamdullilah..semoga selamat semuanya..

    ReplyDelete
  6. So happy for u kak! InshaAllah, berkat bulan Ramadhan ni, semua selamat...amin... :-)

    ReplyDelete
  7. smooth sailing dear! happy for u!

    ReplyDelete