Tuesday 23 September 2014

Fasa sebelum FET

Aku lately memang busy giler tak tau nak habaq lah..Nak ikutkan ubat yang aku perlu makan hanya asid folik 5 mg yang kecik dan mudah tu..Itu pun kengkadang aku fail nak istiqamah. Kejap makan pagi, kejap tengah hari,kejap malam..kadang-kadang terskip..Blog ni salah satu cara mengingatkan aku yang aku ni akan buat treatment November ni..Kenapa November? Kan kata dulu Disember?

Sebabnya dulu lepas bersalin, period aku hujung bulan. Tengah bulan 5 macam tu dia adjust jadi awal bulan. Kalau ikut period dulu, aku period 25 November lah katakan, jadilah transfer day tu Disember. Ni sekarang dah around 10 November jangkaan period, maka hujung November lah transfer day aku. Kenapa tak buat Disember? Oh, aku tak nak mengganggu tarikh2 menghampiri 2015.

So..sepatutnya day  2 period November jumpa Dr ambil ubat then cek rahim sekali. Disebabkan ubat dah ambil, tak adalah sesi jumpa Dr pada Day 2, jumpa Dr Day 14 je lah. Tapi aku rasa Day 14 tu macam dah suntuk nak cek rahim sebab Day 17,18 dah transfer kan. Lagipun aku tak ada urut apapun pasal ceaser hari tu. Ok, aku mengaku, this time aku yang nak appointment, bukan Dr yang suruh cek..hehe..What is that call? Inferiority, I guess! Bila nak jumpa? Lepas abis period Oktober lah baru pegi...InshaAllah..Mudah-mudahan Allah perkenankan doa2 kita semua..Amin..

*Nota kaki : aku yang dulu bukanlah yang sekarang,dulu buat atkins berat 54 55 now dah naik 57 58 dengan pantasnya...ayo..bila nak start diet balik ni..huwaaaaaaa!!!

Sunday 14 September 2014

Period pendek

Biasanya aku period 8 hari, suci hari ke 9.Cycle kali ni, period 5 hb, 9 hb dah abis. 10 hb dah solat. Masa 9 hb tu, keje aku kejap2 cek takut kalau2 ada spotting ke apa ke, tapi memang tak ada. Subuh 10hb aku dah mandi.

Keluar biasaan tempoh period ni buat aku terfikir, adakah kerana dinding rahim kita tak berapa tebal maka period punya tempoh jadi pendek ataupun sebab aku ada makan sejenis antibiotik nama zithromax maka tempoh period ni agak terganggu.Zithromax tu untuk rawat keputihan yang aku alami baru2 ni. Actually before consume zithromax tu aku ada ambil zinnat. Antibiotik jugak tapi tak berkesan.Alhamdulillah, zithromax ni ada kesan positif.

Tinggal lagi satu cycle (Oktober) lagi before cycle FET pada November..
Ya Allah..permudahkanlah urusan FET ku ini..Amin..




Monday 8 September 2014

Bila dah tak TTC lagi..

Eh, kenapa? Kenapa?
Kenapa dah tak TTC lagi?
Kenapa ea?
Dah penat, dah bosan, dah give up?
Oh..tak lah..dah dapat baby..Alhamdulillah..
Itu satu situasi..

Situasi kedua? Bukan penat, bukan bosan, bukan give up..
It's just our time to let it go..
Let it go..let it go..ternyanyi pulak.
Time to let it go sebab mungkin umur dah 45..
Ni pun satu persoalan jugak..
Umur berapa patut stop TTC..
Aku siap janji ngan kawan, from real life or from cyber friend supaya sama2 janji, selagi belum 40 tahun selagi tu kami sama2 janji to support each other dan jangan putus asa..yang adik2 jangan ngeri tau..alamak 40 tahun ke, lamanya tunggu..tak, inshaAllah..akak doakan yang adik2 semua tak tunggu lama macam akak..mudah2an dipermudahkan Allah..ni untuk yang 35 tahun ke atas je..(I is 37 suda..ngeeee.,,)

Atau kita naikkan had umur tu pada 42 tahun? Sapa nak join angkat tangan!! :)

Friday 5 September 2014

CD1 September

Dua tiga hari before period sakit pinggang, cramp kat ari-ari, mood swing takyah cakap lah..apa hubby buat semua tak kena,dia buat lawak pun aku tak gelak..padahal aku ni sgt senang nak gelak..muncung aku kategori boleh ikat..hmm..hebat betul penangan bulan 9 ni

Akhirnya,hari ni muncul lah dia..kitaran 33 hari..Alhamdulillah..tinggal lagi 2 cycle untuk FET..Dup dap dup dap..kita semua pun gitu kan menjelang apa2 treatment..

Tahniah pada yang dah diperkenankan doanya oleh Yang Maha Pencipta,sesungguhnya telah tertulis rezeki milik rakan-rakan TTC yang sedang pregnant, semoga rezeki yang lain akan menyusul selepas ini..eh, ke dah ada dah..yang belum period tu, doa banyak2 semoga lambat period tanda dah ada baby duduk dalam rahim..Amin..