Tuesday 12 August 2014

Post Appointment

Doktor tanya period dah ok ke tak. Aku katalah ok dan takde berpanjangan macam masa ada lebihan daging tu, so doktor kata tak perlu cek sebab simptom dah tak ada. Lega.

Perbincangan terus pada FET. Nak buat transfer bulan Disember so period bulan November kena behave. Kalau bulan Oktober period tak datang, doktor suruh datang cek untuk tengok dinding rahim tebal ke tak. Kalau tebal, maknanya dah nak turun darah so ubat turun darah bagi jugak tapi tak perlu lama. Kalau dinding rahim nipis lagi macam tak ada tanda nak period, kena makan ubat turun darah lama sikit. Pendek kata period Oktober dan November sangat penting. Mudah-mudahan Allah permudahkan....Amin...

Next appointment kalau period ok adalah day14 lepas period. Asid folik perlu diteruskan. Progynova makan day 2 period November 2 biji, 3 kali sehari...Kali ni taknak salah makan lagi macam dulu..Lepas tu topik kurus pulak. Doktor kata nak suruh turunkan sikit lagi berat badan before proceed FET. Tapi aku dah kurus.hehe.( tak tau lah bertahan berapa lama..) Saya diet doktor. Diet atkins yang glamer tu. : )


Sunday 10 August 2014

What To Expect?

Esok appointment dengan doktor....what to expect? Tak tau sebab appointment ni cuma review tentang lebihan daging pada miss V yang doktor dah 'cubit' buang tu....sama ada ada tumbuh lagi atau dah takde.Aku macam rasa dah tak ada sebab masa ada tu, period jadi berpanjangan....ni period macam elok je.Bulan Julai 2hb, bulan ni 4hb...ni dah CD7. Esok inshaAllah dah solat..

Tapi, rasanya perlu juga bincang tentang FET sebab sebenarnya macam dah tak lama lagi. Pejam celik pejam celik dah bulan 8, period bulan 11 dah start segala ubat-ubatan, bulan 12 inshaAllah transfer 3 little cutie embies..Semoga Allah permudahan segalanya untuk kami....Amin....

Buat kawan kawan yang sedang treatment bulan ni, aku doakan semoga dipermudahkan treatment yang dilalui dan seterusnya diizinkan Allah untuk dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..Amin..Buat kawan kawan yang tak buat apa-apa treatment bulan ni, semoga kerehatan daripada treatment dikurniakan rezeki yang tidak di sangka-sangka hendaknya..Amin..Sesungguhnya kita semua telah berusaha sedaya upaya, kan? : )