Showing posts with label Mumblings. Show all posts
Showing posts with label Mumblings. Show all posts

Friday 8 January 2016

2016 sudah..

Dah seminggu 2016..kejap je kan. Alhamdulillah..Nur Fayyadh Humaira dah 3 bulan, sihat dan ceria..Tapi sebab baby pernah admit nicu,appointment dengan pakar masih on.

Selalu tengah main2 dengan humaira,tak dapat tidak ada masanya aku merindui arwah kakaknya..Semoga arwah Nur Fayyadh Husna sejahtera sentiasa disisiNya..Semoga kami dipertemukan dalam suasana yang riang gembira di alam sana..Amin..

Dari 2012 hingga 2015 aku struggle dengan IVF, FET,Mengandung ektopik,bersalin normal tak lepas and akhirnya emergency ceaser,jahit atas bawah orang kata,diuji anak pertama meninggal selepas 32 jam dilahirkan..dan akhirnya 2.10.2015 aku melahirkan anak kedua juga secara ceaser.

Kukira segalanya manis setelah berbagai2 ujian Allah ditempuh kerana sebagai hambaNya kita memang layak diuji..Allahu Akhbar!Tiada cadangan sebarang projek IVF yang baru setakat ini.Tak tahulah kalau ditakdirkan sekali lagi melalui nya kan. Tahun ni 39 tahun sudah..huhuhu..

Sunday 6 December 2015

Aku,baby dan line internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Tengok tajuk dah boleh agak kesenyapan aku di alam bloging..
Dok pantang umah mak bersambung sampai Humaira dah 2 bulan..huhu
Tak percaya nak handle baby sendiri.
Yang tak percaya tu mak aku n aku sekali..
Aku pelik nape aku n hubby sama2 pakai line celcom,tapi aku punye lembab,dia punye ok
Yang boleh, fb n wassap
Blog?boleh visit,tak boleh drop apa komen pun walaupun meronta2 nak tinggal komen kat blog kawan2..huhu
Ni kat umah aku sendiri yg dah jadi mcm rumah persinggahan  baru boleh update pasal ada wifi.

Humaira semakin sihat.,Alhamdulillah.,tq atas doa semua

Yang sedang berusaha ttc,teruskan..Aku doakan usaha kalian dimakbulkan Allah..Yang dah selamat hamil dan melahirkan..tahniah aku ucapkan semoga segalanya dipermudahkan Allah..
Yang berdiet,aku nak join korangggg..huwaaaa..
I is menembam sudah..
Till then, nanti ada ruang dan peluang aku update lagi.

Tuesday 12 May 2015

Sambut birthday 9 hari awal

Birthday I is 19hb. Tapi sambut 10hb. Sana sini mother's day punye feeling, aku n hubby feeling birthday. Lagipun hubby jenis yang tak berapa kisah celebration ni. Selalunya sambut birthday ke, anniversary ke belated je semua..Alah, sendiri nak sambut kan. Bukannya nak ajak orang ramai2 sambut, tu yang tak kisah tu.

Husband korang jenis yang bagi bunga tak?
Husband I memang tak la...
Tapi this time kengkonon nak surprise aku, tanya kedai bunga kat mana pun kat aku gak..haha..
Dia g tempah delivery on 19th (dia outstation on 19th tu) suruh aku tunggu kat rumah and siap bagi resit tu kat aku jugak..Kihkihkih
Surprise lah sangat kan

Anywany..kind of sweet gak la (tanak ngaku tu suke..)..After 10 years of marriage u olls..Malu I ngan kapel2 romantik seantero dunia yang bunga, cekelat, hadiah bagai tu biasa je pada diorang..Aku jek la yang pelik.

Happy mother's day to all women out there..Siapa pun kita, telah punya anak ataupun tidak..We are already a mother at heart..really...