Daisypath - Anniversary

Tuesday, 27 October 2015

Dah discaj

Assalamualaikum.
Update ringkas dari aku
Baby Humaira dah boleh discaj 22hb lalu
Alhamdulillah,tq kepada yang mendoakan
Semoga segala urusan kita dunia akhirat dipermudahkan Allah..
Terima kasih sekali lagi.,.

Sunday, 18 October 2015

Perkembangan positif

Sehingga entry ini ditulis,dah 8 hari baby Humaira di Nicu, rutin aku n ayahnya setiap pagi dan setiap petang tengok dia, mula2 dia masuk hari tu walaupun sedih,kami tetap bisikkan kata2 semangat untuk dia.Aku bisik,mummy sayang Humaira, mummy rindu Humaira, Mummy nak Humaira cepat sihat dan cepat balik..sedihnya..

Alhamdulillah,bermula hari Khamis Humaira dah boleh feeding susu ibu tapi tak banyak, 5cc je dulu. Sebab takut perut dia terganggu.Then, day by day dr akan naikkan 3cc sehinggalah petang tadi dah 14cc iaitu hampir setengah oz..Dan poo poo dia pun dah ok takde cirit birit lagi dah. Rutin aku sekarang ni mengepam susu untuk feeding dia.

Terima kasih pada semua mama2,ibu2,mummy2 yang mendoakan..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..Semoga Humaira cepat sihat dan cepat dapat balik rumah sebab mummy rindu sangat2 pada sayang...Amin..

P/s:mama yani batik pink..waalaikumsalam..
Mama nina sweet tooth,tq selalu tolong akak..

Wednesday, 14 October 2015

Terima Kasih Mendoakan Baby Humaira

Assalamualaikum dan salam sejahtera..terima kasih kepada sweet tooth - dessert of life kerana menyiarkan permintaan saya memohon doakan baby saya yang sakit di nicu.,thanx nina..jasamu dikenang.

Berkat doa semua,baby humaira kini dah stabil cuma masih terus berpuasa.Esok  baru doktor decide sama ada baby dah boleh mula menyusu. Mohon doa kawan2 agar dipermudahkan buat baby seterusnya kembali sihat menceriakan keluarga.Terima kasih semua..

Mudah2an esok baby humaira dah boleh menyusu seterusnya kembali sihat seperti sedia kala..in Shaa Allah..Amin..

Monday, 5 October 2015

Alhamdulillah,saya telah selamat bersalin..

Syukur ke hadrat Allah Taala..
Penantian 10 tahun 3 bulan permata hati kedua ayah dan mummy dipermudahkan Allah..
Tepat 11.02 pagi Jumaat,2 hb Oktober..penghulu segala hari lahir lah puteri kami Nur Fayyadh Humaira melalui pembedahan ceaserean..Alhamdulillah Humaira sihat sempurna dan menceriakan kami sekeluarga..

Segala doa yang rakan2 titipkan buat kami,hanya Allah yang mampu membalasnya,.terima kasih semua..Alhamdulillah..