Friday 8 January 2016

2016 sudah..

Dah seminggu 2016..kejap je kan. Alhamdulillah..Nur Fayyadh Humaira dah 3 bulan, sihat dan ceria..Tapi sebab baby pernah admit nicu,appointment dengan pakar masih on.

Selalu tengah main2 dengan humaira,tak dapat tidak ada masanya aku merindui arwah kakaknya..Semoga arwah Nur Fayyadh Husna sejahtera sentiasa disisiNya..Semoga kami dipertemukan dalam suasana yang riang gembira di alam sana..Amin..

Dari 2012 hingga 2015 aku struggle dengan IVF, FET,Mengandung ektopik,bersalin normal tak lepas and akhirnya emergency ceaser,jahit atas bawah orang kata,diuji anak pertama meninggal selepas 32 jam dilahirkan..dan akhirnya 2.10.2015 aku melahirkan anak kedua juga secara ceaser.

Kukira segalanya manis setelah berbagai2 ujian Allah ditempuh kerana sebagai hambaNya kita memang layak diuji..Allahu Akhbar!Tiada cadangan sebarang projek IVF yang baru setakat ini.Tak tahulah kalau ditakdirkan sekali lagi melalui nya kan. Tahun ni 39 tahun sudah..huhuhu..