Saturday 11 April 2015

End Of 1st Trimester

Alhamdulillah.,berakhirnya trimester pertama adalah kelegaan bagi mommy2 seantero dunia.,sickness dah kurang atau dah gone terus, tapi ada sesetengah orang yang masih ongoing sickness, rezeki masing2..Aku sama je, evening sickness..pagi segar dan ceria.,start pukul 4 lebih sampai 10 malam mabuk, pening, loya..kata orang lain anak lain ragam, aku dua2 sama jugak.mabuk petang, malam..sekarang dah kurang dah..

Once nampak baby n heartbeat hari tu, aku oficially 6 minggu..then aku kena check up weekly 7,8,9,10 dan 11 minggu. Everytime check up ubat ubatan yang sama dikekalkan iaitu:
1. Crinone - progesterone gel untuk insert kat vagina.6 pg dan 6 oetang. Ok, aku masa minggu 7 dan minggu 8 tiap kali keluarkan crinone waste tu sentiasa ada darah, maroon colour.panic dibuatnya.tapi scan baby everyweek dr bagitau rahim clear, tak ada darah pun.so, darah tu dari pintu rahim je.
2.Duphaston - makan 2 biji, 3 kali sehari.pukul 8 pagi, 2 petang dan 10 malam. Actually masa arwah baby dulu aku cuma makan sebiji je tiap kali,tapi kali ni dr double kan dosnya.
3.Folic asid 5mg. Ala...yang kecik cenonet tu makan sekali sehari.
Masuk minggu ke 9, dr dah mula bagi calcium dan neuro gain s. Kalsium makan 3 bji sehari, dan neuro gain s makan 1 biji sehari. Actually neuro gain s tu soft gel minyak ikan. Yang ni pun dr bagi awal, dulu aku makan masa dah lepas 12 minggu..

Lepas check up 11 minggu patutnya dr lepaskan aku check up sebulan sekali tapi dia suruh datang 2 minggu lagi iaitu week 13.So, masa week 13, crinone je yang dah stop ubat lain sambung macam biasa. Duphaston dah reduce 2 biji sehari untuk diteruskan sampai week 16.then dr tambah obimin makan sehari sekali.

Check up 13 minggu ni dr buatkan 3d maka nampaklah apa si tecit ni buat..ya Allah..macam2 dibuatnya..tendang2, raba2 muka dia, letak dua2 tangan kat telinga - dr kata tengah azan...hihihi..Alhamdulillah, baby sihat maka aku pun dilepaskan lah untuk check up sebulan sekali..lega!

Ya Allah.,sihatkanlah anakku sepanjang dia di dalam kandunganku,sembuhkanlah dia dengan tiada meninggalkan kesan buruk,permudahkanlah kelahirannya,fasihkan lidahnya membaca al Quran dan hadis, jadikanlah dia anak yang soleh...Amin..

Kepada kawan2 yang sedang ongoing iui,ivf dan icsi, semoga tenang dan sihat, sematkan dalam minda, jika kita dah dilorongkan Allah untuk buat rawatan, inshaAllah segala usaha kita akan diperkenankan..Amin..Aku doakan semuanya berjaya mendapat hasil yang positif.Chaiyokkk!!