Showing posts with label my 2nd baby. Show all posts
Showing posts with label my 2nd baby. Show all posts

Monday 18 April 2016

Entry bersihkan sawang..:-)

Asssalamualaikum dan salam sejahtera..apa khabar kawan-kawan semua.
Dah bersawang dah blog ni.
Alhamdulillah..Baby Humaira dah 6 bulan..sihat dan ceria.
Temujanji pakar masih on mungkin sampai setahun.
Perjuangan IVF aku sambung pulak dengan perjuangan yang sama mencabar iaitu breastfeeding.

Masa baby kat Nicu, nurse mintak bekalkan breast milk pada baby.
So, aku memang low yield masa mula-mula baby lahir terpaksa pam dan pam dan pam.
Disebabkan masalah baby ialah crit birit so aku takut dia tak boleh tolerate susu formula.
Kenalah mummy gigih mengepam.

One thing aku nak cakap tentang kita yang TTC, the struggle of TTC tu sangat berguna dalam struggle tentang benda lain seperti breastfeed.hihi.
In Sha Allah sayang sayang TTC semua boleh survive sebab dah biasa gigih, down, tersungkur, besemangat balik, jatuh, bangun, just name it!

Aku doakan semua rakan-rakan TTC sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..In Shaa Allah..Amin.Ya Rabbal a'lamin..

Monday 5 October 2015

Alhamdulillah,saya telah selamat bersalin..

Syukur ke hadrat Allah Taala..
Penantian 10 tahun 3 bulan permata hati kedua ayah dan mummy dipermudahkan Allah..
Tepat 11.02 pagi Jumaat,2 hb Oktober..penghulu segala hari lahir lah puteri kami Nur Fayyadh Humaira melalui pembedahan ceaserean..Alhamdulillah Humaira sihat sempurna dan menceriakan kami sekeluarga..

Segala doa yang rakan2 titipkan buat kami,hanya Allah yang mampu membalasnya,.terima kasih semua..Alhamdulillah..

Wednesday 30 September 2015

38 weeks check up

Semalam cek up 38 week..entah kenapa dekat gambar scan ukur lilit kepala baby baru 37 week.bila aku belek gambo scan 37 week,pun serupa.lilit kepala tu baru 36 week.

Mcm biasa ctg sama gak macam minggu2 sudah.dr da tetapkan Jumaat 7.30 pagi admit, ceaser dalam pukul 10 atau 11 depends pada keadaan.aku kena puasa khamis malam. Tapi dr kata jumaat 2.00 pagi pun boleh start puasa.perlu 6 jam puasa b4 operation.

Balik je hospital aku kena selsema sampai sekarang.tapi takde demam.siap msg dr pagi tadi tanya selsema tu efek baby atau operation tak.dr kata in sha Allah tak.Then dr call balik suh aku makan vit c 3000mg 3 kali sehari dan minum air masak banyak.

So..thats it!Jumaat, 2hb, in sha Allah lahirnya seorang lagi khalifah Allah di dunia ini..semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan sihat serta selamat semuanya...Amin...doakan kami ya!

Sunday 27 September 2015

Check up 37 weeks

Trobek 15.9.2015,aku cek up 37 weeks.rutin biasa timbang,amek tekanan darah.tetiba berat aku turun 68.7kg.aik!entah camana leh jadik gitu aku pun tak pasti.last week 69.1kg.tapi dr tak cakap apa2 takpe je kot.

Then g wat ctg kat labour room.baby hb 110-190 sama cam minggu lepas.tak ada bacaan contraction apa pun padahal malam semalam punya la memulas perut.baby pun mengeras,aku pun cam sakit2 manja gitu.entahla...

Then cek up ngan dr,baby kepala nya dah kat bawah, dr tanya anak gerak kuat tak,aku cakap malam semalam paling aktif.then dr tanya suka bulan 9 ke bulan 10.aku jawab mestilah bulan 9,saya dah tak larat ni.hihi.tapi dr kata kalau bln 9 baby baru nak matang,bulan 10 dia dah betul2 matang.

Maka,bulan 10 la aku bersalin jawabnya.tapi 29.9 last cek up la.ok doktor.Doakan kami sihat dan selamat ya kawan2..tq dear2 semua...

Tuesday 15 September 2015

Check up 36 weeks

Sampai je klinik tadi terus timbang...hamboiii..69.1kg dah berat aku.kecoh sangat berat tak berapa naik last week..hah,sekarang?amekaw!hihi.last week 67.7 kalo tak salah.2 weeks earlier 67.3.

Next macam biasa buat ctg.nadi baby 110-190.tachy kata nurse.uterus contraction dah ada bacaan 40 tapi tak rasa sakit pe pun.baby mengeras la kot.aku ni kalo dah tachy ni ,mula la risau, gugel sana sini.then jumpa dr,dia kata ok.so ok lah kan.salah 1 sbb tachy tu adalah baby terlalu aktif.mungkin jugak kot.

Jumpa next check up 37 minggu 22.9. Macam mana pun, dr mcm nak 2hb tu jugak untuk ceaser.tapi lom sure lg.asalnye 28.9.tengok nanti mcm mana.dr ada tunjuk, placenta dah aging,dah matang.then kira air ketuban lagi.ada 8++ lagi.baby sihat kata dr.siap tunjuk baby tarik n hembus nafas.tp dia nafas dalam air la..Mudah2an dipermudahkan segala urusan kami..Amin..

Wednesday 9 September 2015

Cek up 35 weeks

Secara ringkas,ctg menunjukkanjantung baby antara 110-190..aku rasa mcm tak ok tapi dr kata nadi baby ok.then berat aku naik sikit jek.0.4kg.last cek up 67.3, now 67.7. Aku rasa makan macam2 jugak cumanya memang makan kena sikit2 sebab perut cepat penuh.Mungkin tu sebabnya tak naik banyak.

Then dr scan air ketuban ada 11.so,tak apa nak tunggu lama sikit daripada 38 minggu.dia jangan 5 kata dr.tu kena tepat2 38 minggu.then dr suruh datang seminggu sekali.so,next cek up 15.9.

Bila review tarikh ceaser ada 2 tarikh,28.9 dengan 2.10.yang 28 tu sebab dah 38 minggu. 2.10 tu pulak jumaat,memang operation day bagi dr.aku?mestilah nak yang 28 tu sebab sebenarnya dah tak larat dah. Tetiap pagi, malas n tak larat nak g keje tapi gagahkan jugak..huhu..semoga aku n baby sihat2 walafiat sentiasa..Amin..

Wednesday 24 June 2015

Cek up 24/25 weeks

Kenapa lak 24/25 weeks..sebabnya,ikut kalendar 24,ikut scan 25..dr gerak sikit lagi cursor nak ukur kepala baby jadi 23 weeks pulak..alahai anak..aktif gerak sana sini,nak ukur susah sikit

Alhamdulillah..air ketuban ok,uri ok,baby sihat.masa dr cakap tu aku tenung je gambo scan tu dengan langsung tak paham tang mana yg dr bolah buat conclusion semua ok.yg aku nampak hanya baby je yg aktif bergerak2 tangan kakinye..hihi

Supplemen diteruskan macam biasa.dr tanya puasa tak.aku kata setakat hari ni masih boleh lagi..walaupun sebenarnye letih lain macam.tapi baby ok je..so mummy bolehlah teruskan puasa.chaiyok baby!!next cek up lepas raya 28.7.Till then,selamat berpuasa semua..Mudah2an berkat bulan penuh barakah ini segala dosa2 kita diampunkan dan dimakbulkan Allah segala doa2..Amin..

Tuesday 2 June 2015

Check up 21 weeks

Hari ni kena inject tetanus booster dose..dia punye sengal..mak aiiii..
Baby in very good condition - kata dr
Confirm kan lagi sekali gender - still tak nampak bibird, that means baby girl..Alhamdulillah..

Last 3 days baru kena cirit birit pakej dengan muntah, so berat badan turun sikit.
Last cek up berat 64.3, sekarang 65.8. Memang terasa keberatan badan ni.Cuma belum sakit kaki je.,sikit hari lagi tak tau lah..

Lagi 16 hari puasa..ingat tak yang aku kata ada 5 hari lagi nak kena ganti tu.tak gerak lagi nombornye.,still 5 jugak..ngee...cadangnye nak start esok, doakan aku berjaya mula balik..haish..tinggal tak berapa hari dah..

SALAM NISFU SYAABAN BUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
SEMOGA ALLAH KURNIAKAN KEJAYAAN DAN KESELAMATAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT..AMIN..

Tuesday 5 May 2015

Check up 17 weeks

Appointment 4.5 adik bongsu aku yang teman, sempat dia snap gambo scan bagai..hai lah itu budak..

Alhamdulillah,baby sihat2 sejahtera.Aktif tak dok diam kata doktor..tetiba dr fokus kat celah kangkang baby untuk intai2 gender..tapi yelah..kecik sangat lagi..tapi mcm tak nampak bibird, so maybe burger lagi lah..Allah bagi ganti - kata dr..hmm.. sedih la pulak rasa,.terus terbayang arwah kakaknya..sob..sob..

Balik cek up baru clear rasa movement baby..macam fluttering yg dah start rasa masa 15 weeks tapi kali ni lebih kuat sikit..cek blood pressure agak rendah sikit..then dr bagi iron tablet tapi macam coklat je rasanya.first time makan ubat ni.then, dalam urin ada gula...lagi...hmm..

Next cek up 1.6..kena inject lagi tetanus..nanti aku update lagi..
P/s: tengah pulun ganti posa,.huhu..lagi 5 hari..u olls?

Saturday 11 April 2015

End Of 1st Trimester

Alhamdulillah.,berakhirnya trimester pertama adalah kelegaan bagi mommy2 seantero dunia.,sickness dah kurang atau dah gone terus, tapi ada sesetengah orang yang masih ongoing sickness, rezeki masing2..Aku sama je, evening sickness..pagi segar dan ceria.,start pukul 4 lebih sampai 10 malam mabuk, pening, loya..kata orang lain anak lain ragam, aku dua2 sama jugak.mabuk petang, malam..sekarang dah kurang dah..

Once nampak baby n heartbeat hari tu, aku oficially 6 minggu..then aku kena check up weekly 7,8,9,10 dan 11 minggu. Everytime check up ubat ubatan yang sama dikekalkan iaitu:
1. Crinone - progesterone gel untuk insert kat vagina.6 pg dan 6 oetang. Ok, aku masa minggu 7 dan minggu 8 tiap kali keluarkan crinone waste tu sentiasa ada darah, maroon colour.panic dibuatnya.tapi scan baby everyweek dr bagitau rahim clear, tak ada darah pun.so, darah tu dari pintu rahim je.
2.Duphaston - makan 2 biji, 3 kali sehari.pukul 8 pagi, 2 petang dan 10 malam. Actually masa arwah baby dulu aku cuma makan sebiji je tiap kali,tapi kali ni dr double kan dosnya.
3.Folic asid 5mg. Ala...yang kecik cenonet tu makan sekali sehari.
Masuk minggu ke 9, dr dah mula bagi calcium dan neuro gain s. Kalsium makan 3 bji sehari, dan neuro gain s makan 1 biji sehari. Actually neuro gain s tu soft gel minyak ikan. Yang ni pun dr bagi awal, dulu aku makan masa dah lepas 12 minggu..

Lepas check up 11 minggu patutnya dr lepaskan aku check up sebulan sekali tapi dia suruh datang 2 minggu lagi iaitu week 13.So, masa week 13, crinone je yang dah stop ubat lain sambung macam biasa. Duphaston dah reduce 2 biji sehari untuk diteruskan sampai week 16.then dr tambah obimin makan sehari sekali.

Check up 13 minggu ni dr buatkan 3d maka nampaklah apa si tecit ni buat..ya Allah..macam2 dibuatnya..tendang2, raba2 muka dia, letak dua2 tangan kat telinga - dr kata tengah azan...hihihi..Alhamdulillah, baby sihat maka aku pun dilepaskan lah untuk check up sebulan sekali..lega!

Ya Allah.,sihatkanlah anakku sepanjang dia di dalam kandunganku,sembuhkanlah dia dengan tiada meninggalkan kesan buruk,permudahkanlah kelahirannya,fasihkan lidahnya membaca al Quran dan hadis, jadikanlah dia anak yang soleh...Amin..

Kepada kawan2 yang sedang ongoing iui,ivf dan icsi, semoga tenang dan sihat, sematkan dalam minda, jika kita dah dilorongkan Allah untuk buat rawatan, inshaAllah segala usaha kita akan diperkenankan..Amin..Aku doakan semuanya berjaya mendapat hasil yang positif.Chaiyokkk!!