Showing posts with label Bidadari Syurga. Show all posts
Showing posts with label Bidadari Syurga. Show all posts

Sunday 27 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

Allahu Akhbar
Allahu Akhbar
Allahu Akhbar
Walillahil hamd

Alhamdulillah masih diberikan peluang bernafas di bumi Allah untuk menyambut hari terakhir Ramadhan hari ini..Esok syawal menjelang dengan penuh warna warni dan riang gembira..

Seawal dua hari sebelum raya kami suami isteri pergi menziarah istana kecil arwah anak...inshaAllah pagi raya nanti pergi sekeluarga nanti..

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat.maafkan andai terdapat kata-kata dalam blog ini juga tulisan e-mel aku yang menyinggung perasaan atau terkasar bahasa..kososng-kosong ya..: )..
Semoga kita beroleh keampunan Allah Taala dan mendapat rezeki bertemu Ramadhan sekali lagi..Amin..

Pada kesempatan ini aku turut berasa sedih dengan situasi saudara saudara kita di Palestin..marilah kita doakan mereka beroleh keamanan...Amin...


Monday 14 July 2014

Monday Blues

Hari ni hari penat..tu yang tajuk Monday blues..mula dengan malam semalam tak boleh tidur walaupun dah pukul 2 pagi..kerja yang banyak berlambak lambak..lusa dah start kursus 2 hari which is aku anggap sebagai agak mengganggu rutin harian..di tambah lagi dengan keputusan cek up sugar level dan kolesterol secara 'saja saja je' mendapat result kolesterol aku tinggi..gulp!!

Hari ni dah 16 Ramadhan..Ya Allah..sekejapnya masa berlalu..semalam temankan mama sopping barang dan baju raya..meriah sangat..nak raya lah katakan..tapi aku,,dalam hati, dalam minda, dalam jiwa raga..
Apa pun aku tak beli
Apa pun tak menarik perhatian

Sesungguhnya, aku redha dengan Qada' dan Qadar Allah..Permudahkanlah Ya Allah..Allah sedang menguji kerana sebagai hamba sesiapa sahaja layak diuji..
Si Dia? My other half? Aku tak dapat meneka apa yang bersarang di mindanya..Semoga dia pun tabah..

Kini, bila soalan tentang anak diajukan..
Aku hanya jawab, ada seorang..tapi dah simpan..
Agak janggal dibibir aku..
Tapi aku berdaya melakukannya..
Sedaya upaya..
Biasanya yang tanya yang baru sekali jumpa..
Di klinik..
Di tempat kerja..
Yang dah tahu..
Tak sedikitpun menyebut dan mengungkit..
Kerana mereka mengerti barangkali..
Sepi..
Sunyi..
Tak teruja nak raya..
Sedih puasa dah lebih separuh bulan..
Ya Allah..tabahkanlah hati hambamu ini..
Tentu kalian faham rasa hatiku..
Terima kasih kerana memahaminya..
Lebih terima kasih lagi kerana bersama-sama membantu aku mengharunginya.
Aku doakan segala sokongan yang diberikan kepada aku, selagi aku berjaya harungi kesepian hati ini dengan tabah bertemankan kata-kata semangat dari kalian semua, selagi itulah aku doakan ianya menjadi pahala sedekah jariah buat kalian semua...Insha Allah..
Amin ya Rabbal 'Alamin..

Next FET? First appointment adalah 11 Ogos iaitu lepas raya. Bermula semula perjalanan treatment yang penuh roller coaster..Ada yang TTC saing-saing buat FET atau IVF atau IUI bulan 11 atau 12 ni tak? Nanti boleh share2 tips dan cerita ok.Semoga dimurahkan rezeki kita semua..Amin..

Thursday 12 June 2014

I have it all

Masalah kesuburan kami - my side. Husband - No, he's perfect.

Aku kahwin pada usia 28 tahun. 2 tahun PJJ dengan suami so jumpa kadang-kadang seminggu sekali. Selalunya 2 minggu sekali. TTC? Tak fikir pun sebab mungkin masa tu aku ingat aku PJJ sebab tu aku belum pregnant. Padahal umur dah 30 tahun. Tak sedar diri lagi tu. :-)

Tahun ke tiga dan ke empat, tahun yang budget tight sangat. Masa ni dah duduk sama. Baru pindah, baru beli rumah. Husband baru tukar kerja. Masa ni merangkak-rangkak memperbaiki tahap ekonomi jadi tak adalah ke klinik bagai. Just usaha berurut , makan apa saja yang dicadangkan yang di bawah kemampuan kami. Result? No, nothing.

Mula- mula, experience ke klinik kesihatan untuk mintak refer ke gynea hospital. Sangat sedih. Dah tunggu dari pagi buta sampai turn tengah hari, masuk bilik doktor dia boleh kata datang next week boleh tak. Dia banyak kerja untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi. Lagipun kena cek betul betul baru boleh rujuk aku ke hospital. That time aku dah kahwin 5 tahun, tak ada anak lagi dan banyak sangat ke pengesahan lain yang dia perlu? Terus down di situ. Ini aku pergi lepas ke LPPKN. LPPKN suruh pergi hospital but before that kena mintak surat rujukan dari klinik kesihatan. Then dapat cerita dari kawan yang buat IUI di hospital tersebut, dia tak tengok sangat telur besar ke tidak terus je proceed. Mungkin inilah hikmahnya..Zaman tu lah kot. Zaman sekarang mungkin dah improve. Rezeki masing-masing. Mungkin orang lain ok je experience mereka kan.

Bila aku refer hospital swasta, aku dah 35 tahun dah. Kenapa dah 35 tahun baru ke swasta? Jawapannya pastilah faktor kewangan. Doktor tak suggest dah IUI untuk aku, that's why aku proceed IVF. And IVF works for me..Alhamdulillah..tapi masih belum rezeki lagi untuk memelihara anak dan membesarkannya penuh kasih sayang..InshaAllah Allah akan beri tepat pada masanya, jadi aku tak perlu risau.

Fresh IVF, aku positif pregnant, tapi tak nampak sac (karung baby) walaupun strong positif pada UPT dan beta HCG doubling dengan elok. So..aku buat D n C.

After D n C, still strong positif, then rupanya ektopik pada tiub kiri therefore kena remove both tubes sebab yang kanan ada fymbrial cyst dan tutup terus tiub. Gynea bimbang next FET akan ektopik lagi sekali. Ada sebab lain, takut tak jadi pregnant sebab ada air beracun dari tiub kanan yang akan effect pada embryo yang sedang cuba menempel kat dinding uterus. So, aku menjalani prosedur laparotomy. Sedih sangat masa ni.

Then, Alhamdulillah..FET yang kedua berjaya pregnant tapi arwah baby meninggal sehari selepas lahir. Aku tak lepas bersalin normal dan terus emergency ceaser. Therefore, orang kata jahit atas bawah which is aku rasa bersalin baru sekali dan dah rasa kedua-duanya..iaitu bagaimana bersalin normal dan bersalin ceaser.

I have it all..
- berurut
- makan macam macam ubat dan makanan yang boleh bantu pregnant
- IVF (IUI tak pernah buat)
- D n C
- Laparotomy
- Bersalin

Allah Maha Berkuasa...Hasil semua ini, kami dikurniakan Allah seorang bidadari syurga yang sangat kami kasihi selama-lamanya..Kini, kami berdoa agar segala yang kami lalui ini diredhai Allah dan berdoa agar diberi peluang sekali lagi untuk memperoleh zuriat yang soleh dan solehah serta sihat agar dapat menjadi penyejuk mata kepada kami sekeluarga..

Al-fatihah untuk Nur Fayyadh Husna kesayangan mummy dan ayah..Tiada sehari pun yang berlalu tanpa kami berdua berbicara tentang dirinya yang kini riang gembira bersama anak-anak syurga yang ibu bapanya sama seperti kami, diduga dengan pemergian anak mendahului kami ibu bapanya. Aku pasti, kami yang tergolong dalam golongan ini Allah kurniakan ketabahan dan ketenangan kena sesungguhnya Dia Maha Adil. Siapalah yang tidak sedih, tetapi Allah telah memberi kita hadiah yang tak akan dapat ditukar ganti dengan sesuatu pun di dunia ini. Semoga kita semua akan dapat bersama-sama arwah anak di syurga kelak..Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Thursday 5 June 2014

Again..dengan izin Allah

Dalam pada aku kata taknak risau period tak datang, 2 kali gak aku sms doktor tanya pasal hal aku tak period..haha..taknak risau konon..kali pertama aku sms 29 Mei.Selalunya, lambat macam manapun doktor akan balas.Kali ni tak.Sampai hari ni dia tak balas.Lagipun apalah urgentnya setakat tak period kan..lainlah bleeding ke, sakit kuat ke..

Hari ni dah seminggu doktor tak reply, aku sms lagi bagitahu aku miss period bulan Mei. Today dah 5 Jun. Aku takut November nanti period tak datang.Macam mana nak proceed FET Disember nanti. Dalam 10 minit doktor call.Rupanya dia nampak message aku yang first tapi tak sempat nak balas, message kedua ni dia terus call lagi senang. Di pihak aku pulak memang taknak call dia sebab tak urgent macam mengganggu pulak nanti kan..

Jawapan dia, biar je kalau bulan Jun pun tak ada.3 bulan before FET jumpa doktor nanti doktor betulkan period. Aku cakapla aku memang kena jumpa dia 11.8 untuk cek lebihan daging vagina tu ada lagi ke tak.So, ok. Jawapannya biar je. Legalah sikit aku rasa.

Tup tup nak solat maghrib ada secalit darah period kat panty. Hehe..kebetulan sungguh..agaknya takut kena  'betulkan', period pun keluar..Alhamdulillah..Allah izinkan..

*dalam lega period, tetiba sedih tak dapat baca yassin malam ni..nanti mummy dah bersih, mummy baca yassin lagi ye sayang..kita baca sama2.:'(

Wednesday 28 May 2014

Dengan Izin Allah

Aku ada satu tugasan yang memerlukan aku hubungi pegawai peringkat daerah. Dah call, tak angkat. Dah sms, tak balas. Dua hari lamanya. Akhirnya aku terus call pegawai peringkat negeri. Dengan izin Allah, pegawai tersebut angkat telefon walaupun dia dah nak berangkat pergi umrah. Kat airport time aku call tu dan menjawab segala kemusykilan aku. Alhamdulillah...Tau tak selama dua hari tu betapa risaunya aku, aku seakan terlupa bahawa jika ada izin dariNya, pasti dipermudahkan. Petang yang sama, pegawai peringkat daerah call aku balik dan minta maaf tak respon sebab agak sibuk dengan mesyuarat. :-)

Aku dah lama nak ziarah kubur arwah anak, hubby sebelum ni outstation jadi tak berpeluang pergi. Aku belum ada kekuatan untuk pergi sendiri. Balik sini, hubby tetap sibuk tapi hari ni appointment dia tangguh pukul 6.00 jadi sempat dia balik rumah sekejap ambil aku dan pergi ziarah..Alhamdulillah..dengan izinNya, aku dapat kesempatan yang dah ditunggu agak lama dari ziarah pertama dulu. Kepok dan nisan dah dipasang dengan elok dan kukuh. Tapi macam biasa, pergi rindu...balik pun rindu..:'(

Selepas period bulan April aku ada spotting sikit sikit lepas 15 hari period bersih. Tanya doktor, itu bukan period tapi istihadah. Jadi, boleh solat. Lepas seminggu, spotting pun tak ada. Tunggu pulak period bulan Mei sepatutnya ikut kitaran 32 hari aku akan period 25 hb tapi sampai hari ni tak ada. Aku punya risau tiga hari ni...

Tapi sekarang ni aku macam dah tak nak risau lagi kerana aku pasti dengan izin Allah aku period, kalau Allah belum izinkan lagi..aku tak perlu risau.. Begitu juga apa-apa pun yang berlaku dalam hidup aku, aku cuba untuk sentiasa ingat segalanya hanya akan berlaku DENGAN IZIN ALLAH...


Sunday 18 May 2014

Blur

Aku dah naik keje rabu 14.5, bila kawan2 tanya dah sihat,aku akan kata dah ok,.Alhamdulillah..dalam hati pun ok je..tapi ada masa2 tertentu yang aku macam blur,.fikiran aku melayang2,aku dengar keriuhan di sekeliling,tapi aku sunyi..sepi..senyap..
Fikiran aku masa blur tu tertumpu pada arwah baby Nur Fayyadh Husna..aku sentiasa rasa dia ada bersamaku,dalam hatiku,dalam fikiranku,dalam doa2ku..

Ya Allah..Allahu Akhbar! Yang nyata, semua perkara dah tak sama,aku masih aku tapi dalam versi berbeza..entahlah,susah aku nak terangkan..mungkin masa akan menyembuhkan lara di hati..doakan aku kuat ye kawan2..terima kasih atas doa2 kalian semua.,mungkin doa2 kalianlah menjadi asbab aku mampu bertatih perlahan2 kini.,terima kasih tidak terhingga..love you all..

Sunday 11 May 2014

Mummy in my own way

Air mata tumpah lagi..
Sana sini bicara tentang hari ibu..
Tv,blog,fb,iklan,pasaraya..
Sambutan hari Ibu di kalangan masyarakat dengan pelbagai cara..
Di mana2 sahaja..
Aku? I am a mummy in my own way..
Masih terasa saat hati berbahagia mengandungkan dan melahirkan arwah Nur Fayyadh Husna ke dunia ini..
Hanya 32 jam hayatnya di dunia ini..
Kemudian dia pergi ke pangkuan yang Maha Pencipta..
Selamanya sayang anak mummy dan ayah,walaupun kini dikau tiada..
Syukur padaMu Ya Allah kerana hanya memberikan yang terbaik untuk kami..
Mudah2an kami diizinkan sekali lagi dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..
Sesungguhnya Allah sebaik2 yang mewarisi..

Tuesday 6 May 2014

Result Pap Smear

Actually aku patut jumpa Dr 24.4. Tapi aku period 23.4 so Dr suruh datang lepas habis period. Alhamdulillah tak ada masalah apa-apa. Pada report tu tertulis 'negative for intraepithelial lesion or malignancy'. Yang penting, pada sampel yang diambil mesti kena ada dua2 sel iaitu sel luar dan sel dalam serviks. Nama sel dalam serviks tu ialah 'endocervical cell'.

Dr ada mention kalau sel servik bahagian luar saja yang dianalisis pastu ok takde apa2, rupanya sel dalam tak dapat ambil dan ada sel kanser tapi dilaporkan sebagai normal, itu bahaya. Padahal sel dalam serviks tak diambil. Patient ingatkan ok, rupanya ada kanser kan haru tu..Maka, penting untuk Dr ambil kedua2 sel ini,pastikan pada report ada tulis 'endocervical cell presented' tu. Macam aku kena repeat pap smear setahun dari sekarang.Bagi yang ada abnormalities mungkin kena ulang 6 bulan ke, aku tak sure.

Apapun, masa tunggu result ni agak berdebar jugak lah..tak tipu.huhuhu...
Ada yang tak syok appointment kali ni,aku didapati ada lebihan daging dalam vagina di samping fungus yang masih ada tapi kali ni dah tak banyak macam dulu dan agak cair sikit (TMI..hihihi).Daging tu sikit je,Dr gunakan istilah 'cubit' masa dia remove daging tu,mungkin besar biji halba je kot.Ini kesan jahitan episiotomi masa bersalin hari tu.So, Dr suruh datang kalau ada bleeding atau spotting pelik2 lepas ni. Tu yang period aku jadi panjang tu.Bukan bleeding pun tapi spotting sikit2 je.Mende ni lah sebabnya.Kalau takde bleeding pun tetap kena datang 11.8 nanti.

Then, Dr cek rahim dan ovari. Appointment lepas ada cyst pada ovary kiri size 3.26 cm. Alhamdulillah, dah takde dah. Aku cuba berjalan 30 minit dekat taman hampir setiap hari, jaga makan tak ambil karbo banyak sangat dan lebihkan sayur-sayuran. Ini aku baca kat fb dr hamid arshat cara2 elakkan cyst atau apa sahaja ketumbuhan. Fast food dia suruh avoid jugak, tapi aku fail yang ni.

Aku datang dengan bff aku.Rupanya masa aku kat katil rawatan, Dr ada tanya bff aku, ,"macam mana dia,dah ok tak",bff aku kata "dah ok, next week dah naik kerja"..ye..minggu depan dah naik kerja..aku kena kuatkan hati.,terlalu banyak kenangan bersama arwah baby Nur Fayyadh Husna semasa mengandung di situ.Doakan aku tabah melaluinya....T.T....

Tuesday 29 April 2014

Sentiasa rindu

Walau ke mana pun aku membawa diri ini pergi, kenangan bersama arwah Nur Fayyadh Husna tetap bersamaku..today dah CD7, hanya spotting, mungkin esok dah boleh mandi dan inshaAllah dah boleh hadiah bacaan yassin seperti biasa..

Aku belum jumpa doktor lagi untuk result pap smear.Mungkin next week baru pergi. Tak urgent sangat.Just tvs untuk tengok still ada fungus atau tak,dan cyst kat ovary kiri ada lagi atau tidak.

FET lambat lagi..another 7 months to go..tapi selalu jugak terfikir2 pasal ni..padahal lama lagi. Agaknya orang yang undergo IVF memang macam ni eh.. :-). Ada orang post kat fb :

FAIL = First Attempt In Learning
END  = Effort Never Dies
NO   = Next Opportunity

Ini bermakna usaha yang kita rasa fail, sebenarnya baru first attempt in learning, yang kita rasa takde harapan lagi..its the end sepatutnya menjadikan effort never dies and bila the answer is no kita tukarkan kepada next opportunity.Semoga jatuh bangun kita dalam usaha memerangi infertility tidak berakhir..Semoga semua usaha yang kita lakukan dan akan lakukan diberkati Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..InshaAllah..Amin..

Wednesday 23 April 2014

CD 1 April 2014

Officially CD 1, kitaran 32 hari,bila belek2 post dulu2,aku cuma sempat period sepanjang 2013 sebanyak 2 kali lepas operation ektopik.20.4.2013 dengan 21.5.2013.Lepas tu dah FET.kitaran 32 hari gak.

Actually esok ada appointment ambik result pap smear dengan re check fungus pada vagina tapi sebab dah period doctor suruh datang lepas habis nanti.Sedikit melegakan dan kelapangan di situ.Yang tak best,tengah dok puasa ganti,period pukul 4 petang.Perasaan?Redha jek lah kan.Mesti u olls pernah jadik macam aku gak sepanjang hidup,ke tak.ke lagi sadis dah tinggal setengah jam nak berbuka.hehe...

Bagus ada blog ni,boleh buat rujukan untuk diri sendiri disamping nak share ngan kengkawan lain.ada part tu bila baca balik macam eh,.,ada eh aku buat tu, buat ni.Ni yang aku dok menaip ni pun untuk ditengok bulan2 depan la ni..maklumlah makin lama makin berusia...tik tok tik tok..:-)

Ada kesayuan juga period ni, tak dapat baca yassin untuk arwah anak..sayang mummy...nanti mummy dah bersih mummy hadiahkan bacaan yassin untuk sayang ya..semoga sayang sejahtera,gembira dan berbahagia bersama kawan2 di sana...Amin...

Sunday 13 April 2014

ZIARAH SINGKAT KE ISTANA KECIL

Alhamdulillah..tercapai hajat ziarah ke istana kecil,percaya atau tidak aku n hubby hanya singgah tak lebih 10 minit.Kawasan perkuburan kanak-kanak di sini terasing jauh dari perkuburan orang dewasa.Kepok arwah dah dipasang,nissan saja belum dipacak oleh pembuat kepok.Pada kepok ada nama arwah,tarikh meninggal masihi dan hijrah serta usia.Usia 1 hari.

Aku jeling nissan kubur sebelah kiri,usia 1 hari juga,tarikh 26 Feb,10 hari lepas arwah Fayyadh Husna.Kubur sebelah kanan tak tengok tarikh tapi usia 6 bulan,Ya Allah..dah pandai senyum ketawa meniarap agaknya kan...Ramai betul kawan2 arwah...Comel sangat kubur anak anak di sini umpama taman.Kawasan tanah agak becak tapi tak berair sebab hujan petang lately.

Aku rasa ada terlalu banyak untuk diucapkan tapi sebak tak terluah,dengar hubby menangis kecil aku dengan gagahnya kata b, jangan nangis,kan kita gembira ziarah anak.padahal aku pun nangis jugak.Aku cuma kata "Assalamualaikum anak mummy,mummy datang ni..Fayyadh Husna gembira dah bahagia ya sayang..mummy sayanggggg..."kemudian aku baca al fatihah dan berjanji akan datang lagi..thats it.Perasaan sedih yang penuh ketenangan,hilang sebentar rasa rindu,.Alhamdulillah..

Thursday 10 April 2014

APPOINTMENT TODAY

Aku ada appointment dengan gynea hari ni.Rasanya untuk cek rahim, buat pap smear and discuss next FET(aku still kat umah lagi).Actually seawal 3 months after ceaser rahim dah sembuh tapi kalau google kat mana mana normally the doctor will advise to wait 2 years before conceive again...well..tak seswai untuk ttc person especially me!

Me  -no more fallopian tubes, both removes (IVF is only option)
       -had 3 frozen embryos waiting for me
       - I'm 37 years old this year
       - can't conceive naturally (actually can, ALLAH WILL,KUN FAYA KUN)

Hubby n me sepakat nak buat FET end of this year which means 9 months after ceaser,see...tak dapatlah nak nunggu 2 tahun..huhu..tapi to tell you the truth,deep down inside aku nak buat secepat mungkin.mungkin aku terlalu ikutkan hati yang merindui arwah Nur Fayyadh Husna..mungkin aku fikir dengan hamil lagi akan membantu mengurangkan lara di hati kerana kerinduan padanya...Mungkin.Apa pun serah pada Allah kerana perancangan Allah adalah yang terbaik,..*mummy rindu sayang mummy..Al-fatihah...*


Wednesday 9 April 2014

RINDU BERTANDANG LAGI DAN LAGI DAN LAGI..

Kebanyakan masa yang aku rindu arwah anak,aku biasanya teringat paras wajahnya,dan selalunya yang aku terbayang saat terakhir aku dakap dia..kadang2 macam mimpi..dari proses FET,check up every week sampai 12 weeks,check up monthly after that,proses bersalin sampai lah ke saat2 terakhir bersama..

Apa status aku agaknya sekarang ya..Hubby kata you are a mother..Kalau tak kerana gambar2 masa aku pregnantkan dia,sungguh aku akan rasa ini seperti mimpi.Tapi semuanya adalah real apabila aku menatap gambar arwah..ya..satu2nya gambar yang aku simpan,masa mula2 dulu,tak boleh tengok langsung,then dah lebih 10 hari boleh tengok tapi dengan deraian air mata secara automatik.Lepas tu sampai 30 hari boleh dikatakan sehari mesti sekali tengok dengan linangan air mata.Selepas 30 hari hingga 45 hari tengok dengan air mata bergenang.After that sampai sekarang,tengok dengan senyuman.

SENYUMAN?Tak sedih lagi kah aku.Tak ada perasaan kah aku?Tak,bukan begitu.Aku dah set nak tengok bila,aku akan tengok masa aku tengah stabil.Buah hati ini adalah sesuatu yang indah pernah berlaku dalam hidup aku jadi aku adjust untuk tatap gambarnya pada waktu aku stabil.Apapun keadaannya,tak dapat mengubah apa apa.AKU TETAP RINDU!

Saturday 22 March 2014

POSTPONE ZIARAH ISTANA KECIL

Hari Khamis dah boleh solat jadi semangat berkobar2 nak ziarah istana kecil arwah Nur Fayyadh Husna tapi tiba tiba hari ni ada stain fresh blood kat panty,
pakai panty liner lagi jelas fresh blood nya.Kalau saki baki nifas warnanya mesti brown atau kuning keruh.Yang aku ingat,hari ke 30 takde stain coklat dah.warna kuning keruh berlarutan 4 hari pastu baru aku mandi.

Hari ke 30 tu hari Ahad,hari ni Sabtu.Tanya my bff dia kata memang macam tu. Itu darah period!Aku macam oh..ye ke.So bermula lah CD1 lepas bersalin, patutlah masa bukak jahitan ceaser hari tu doktor kata you akan dapat period sangat cepat. Tak sangka pulak secepat ni..musykil gak,apa2 pun yang penting bila tanya mama, mama pun kata normal.

Tadi hubby call tanya barang arwah anak yang bawak pegi hospital simpan kat mana.Aku kata lah ada kat rumah mama.Dia kata, honey bagi tak, kalau nak sedekah kat orang.Wife kawan hubby emergency nak bersalin hari ni,dia tak ready apapun untuk baby sebab baru 7 bulan.Aku pun kata ok lah, dalam tu ada pampers newborn, lampin, kain bedung, barut baby, baju dua pasang, selimut dan bedak baby.Mudah mudahan dapat lah membantu walaupun tak banyak.

NUR - CAHAYA
FAYYADH -MURAH HATI
HUSNA -INDAH, CANTIK

Sayang mummy yang murah hati, mummy sedekahkan sedikit barang2 sayang pada yang memerlukan ya nak..Selebihnya masih tersimpan rapi..mungkin untuk adik2 sayang nanti..Insha Allah..Amin...

Friday 21 March 2014

SURAH YASSIN BUAT BUAH HATI

Alhamdulillah..aku dah habis nifas subuh semalam..actually malam khamis dah agak clear tapi tak confident nak mandi,maka subuh baru mandi..hah..menggigil gigil mandi air sejuk subuh2..34 hari berpantang dah tak berapa pantang dah.hanya stokin yang masih kekal di kaki.segala rutin2 pantang yang lain dah tak buat dah,mama pun dah balik.hubby yang jaga so..faham2lah..dengan hubby semua mende boleh saja.

Malam semalam lepas maghrib buat bacaan yassin sendirian khas untuk arwah anak..Ingatkan tak berlaku apa2 tetapi penangan surah yassin begitu terkesan di lubuk hati,,yang paling syahdu ialah kalau boleh tiada ibu yang mahu membacakan surah yassin untuk anaknya,kalau boleh semua ibu mahu anaknya yang membacakan surah yassin untuknya apabila ibu meninggal dunia..tetapi semuanya tertakluk kepada qada dan qadar Allah Taala..Akulah ibu yang terpilih itu..Aku pohon padaMu Ya Allah kurniakan kepada kami suami isteri hati yang redha dan ikhlas atas ujian yang Engkau berikan..Amin..

Ngam2 habis Yassin buat buah hati hubby muncul di pintu balik kerja,dengar aku   tersedu2 dengan surah yassin di tangan,terus peluk aku dan aku mula tenang semula kerana yakin tidak sendirian mengharungi kesedihan,hubby juga sama.
Bayi yang meninggal dunia suci dan bersih dari segala dosa..Surah yassin untukmu anakku adalah tanda kasih mummy dan tanda kesyukuran kerana Allah memilihmu untuk berada di tempat terbaik di sisinya,.Insha Allah..Amin Ya Rabb..


Sunday 16 March 2014

TARIKH INI...

Tarikh ini bulan yang lalu adalah tarikh bersejarah antara mummy dan Nur Fayyadh Husna..Setelah 38 minggu kita bersama2, tarikh tersebut kita dipertemukan Allah..Indah sungguh aturan Allah kepada kita sayang..Comel sangat buah hati mummy..Selautan kasih yang mummy ada untukmu adalah anugerah Allah Yang Maha Pengasih jua... kita ditakdirkan berpisah pada hari yang sama kerana Allah lebih menyayangimu sayang..

Airmata masih setia menemani di saat mummy menitipkan doa buatmu..Semoga buah hati mummy bahagia dan gembira di sana..Insha Allah bila dah suci nanti mummy dan ayah akan ke istana kecilmu nak..Sebenarnya ayah dah 2 3 kali ke sana, mummy saja yang belum..

Ayah simpan semua barang barang sayang sebelum mummy balik rumah hari tu..hingga kini mummy baru buka sekali almari untuk tengok barang barang tu tapi belum ada kekuatan untuk mengeluarkannya apatahlagi untuk membeleknya satu persatu..

Syukur kepada Allah kerana dengan izin dan rahmatNya meminjamkan sayang kepada  mummy dan ayah walaupun hanya sementara namun mummy sangat bahagia menjadi ibumu sayang..sayang sangat istimewa kerana terpilih untuk menjadi bidadari kecil di syurga Allah..insha Allah..Bukankah tiap sesuatu yang dipinjam mesti dipulangkan kepada pemiliknya?Lambat atau cepat kita semua juga akan pulang kepada yang Maha Memiliki..Innalillahi wainna ilaihi rojiun..Al-Fatihah..





Friday 21 February 2014

BIDADARI SYURGA MUMMY DAN AYAH

Dengan kerinduan yang masih menebal,air mata yang mengalir laju, aku menggagahkan diri untuk memaklumkan semua bahawa puteri kesayangan kami Nur Fayyadh Husna telah kembali ke rahmatullah 32 jam selepas dilahirkan kerana masalah pernafasan,agar rakan2 ttc mahupun yang bukan ttc tidak tertanya2 apa khabarnya aku dan baby..lahir pada hari Sabtu 15.2.2014 jam 11 pg dan pulang ke rahmatullah pada hari Ahad 16.2.2014 jam 7.00 mlm..

Terima kasih kepada yg mendoakan.,doakan aku dan suami tabah dan sabar dengan dugaan ini..doakan juga aku cepat sembuh dari luka bersalin..
Maaf tak mampu cerita detail apa yang berlaku namun kami redha kerana yakin arwah puteri kami kini dalam jagaan terbaik di sisi Allah Taala.Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..

Innalillahiwainnailaihirojiun..dari Allah kami datang, kepada Allah jua kami kembali..Buah hati mummy,sejahteralah dikau di sana di bawah asuhan Nabi Ibrahim A.S Insha Allah..Semoga kita berjumpa lagi dengan izin Allah wahai anakku..Ya Allah Ya Tuhanku,semoga besar hikmah kehilangan ini,gantikanlah kepada kami dengan sesuatu yang lebih baik..Amin ya rabbal alamin..