Saturday 22 March 2014

POSTPONE ZIARAH ISTANA KECIL

Hari Khamis dah boleh solat jadi semangat berkobar2 nak ziarah istana kecil arwah Nur Fayyadh Husna tapi tiba tiba hari ni ada stain fresh blood kat panty,
pakai panty liner lagi jelas fresh blood nya.Kalau saki baki nifas warnanya mesti brown atau kuning keruh.Yang aku ingat,hari ke 30 takde stain coklat dah.warna kuning keruh berlarutan 4 hari pastu baru aku mandi.

Hari ke 30 tu hari Ahad,hari ni Sabtu.Tanya my bff dia kata memang macam tu. Itu darah period!Aku macam oh..ye ke.So bermula lah CD1 lepas bersalin, patutlah masa bukak jahitan ceaser hari tu doktor kata you akan dapat period sangat cepat. Tak sangka pulak secepat ni..musykil gak,apa2 pun yang penting bila tanya mama, mama pun kata normal.

Tadi hubby call tanya barang arwah anak yang bawak pegi hospital simpan kat mana.Aku kata lah ada kat rumah mama.Dia kata, honey bagi tak, kalau nak sedekah kat orang.Wife kawan hubby emergency nak bersalin hari ni,dia tak ready apapun untuk baby sebab baru 7 bulan.Aku pun kata ok lah, dalam tu ada pampers newborn, lampin, kain bedung, barut baby, baju dua pasang, selimut dan bedak baby.Mudah mudahan dapat lah membantu walaupun tak banyak.

NUR - CAHAYA
FAYYADH -MURAH HATI
HUSNA -INDAH, CANTIK

Sayang mummy yang murah hati, mummy sedekahkan sedikit barang2 sayang pada yang memerlukan ya nak..Selebihnya masih tersimpan rapi..mungkin untuk adik2 sayang nanti..Insha Allah..Amin...

8 comments:

  1. Indahnya maksud nama arwah... InshaAllah, semoga Allah murahkan rezeki akak untuk memiliki cahya mata lagi...Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Nina,selain doa dan kasih sayang,nama juga dibawa bersama arwah ke alam sana,mudah2an mudah mencarinya dengan nama ini..Amin..Sama2 kita berdoa dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah..insha Allah..

      Delete
  2. nama adik saya Fayyadhah..lebih kurang sama.

    Insya Allah ada rezeki lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq CPT,mudah2an Allah beri peluang sekali lagi..Sedap nama Fayyadah..berkenan dengar..

      Delete
  3. kak.. L keluar saki baki darah cuma 3 hari dan skrg xde pape. Maksudnya kalau tiba2 dtg fresh blood tu period lah ye? atau masih darah lama. L xda pengalaman benda2 ni. Cantik nama anak akak. Semoga rezeki untuk kita selepas ni kak.

    ReplyDelete
  4. Ya,akak siap msg doktor,doktor kata period.darah lama warna maroon atau coklat then biasanya tak banyak.Kakau merah cerah diikuti kuantiti banyak tu memang period.Insha Allah ada rezeki kita lagi lepas ni.Kita jangan putus asa ya L.Doa banyak2 semoga diperkenankan hajat kita..Amin..

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah, mana tahu lepas ni Nur Fayyadh Husna akan dapat adik-adik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin Amin Su,.Doa untuk Su juga..

      Delete