Monday 16 October 2017

Humaira turns two and congrats Datuk Siti Nurhaliza!

Double joy?Boleh lah dikatakan begitu. 2/10 birthday Humaira yang ke 2 tahun.Dah 2 tahun pun rasa masih macam mimpi.Ye lah..asalnya impian..pastu doa..pastu usaha..pastu Alhamdulillah Allah makbulkan..In Shaa Allah yang masih usaha akan dapat ganjaran pahala dari Allah..Amin..

Kisah Datuk Siti pula.Dah tentulah semua warga TTC tumpang gembira dengan kehamilan beliau.Through IVF kan?Semoga kisahnya menjadi inspirasi kepada semua yang ttc bahawa usaha lah selagi boleh usaha..berjaya atau tidak serahkan pada Allah..Allah letakkan kita di sini pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita,keluarga kita dan agama kita..Harinya pasti tiba untuk kita memeluk si kecil yang dinantikan..

Nur Fayyadh Humaira...
Tiada kata kata yang mampu mummy ungkapkan..hanyalah kesyukuran yang tidak terhingga atas kehadiranmu sayang..Semoga Humaira sentiasa sihat..menjadi anak yang solehah..dilindungi Allah sentiasa..serta berjaya dan selamat hidupmu dunia dan akhirat...Amin...ayah and mummy love you so much!

P/s : Humaira speech delay..masih dalam rawatan pakar kanak2..doakan perkembangan Humaira meningkat ye ibu2 mama2 and mummy2 sekelian.Thank you..

Wednesday 8 February 2017

Februari muncul kembali....

Bulan Februari 3 tahun lalu..
Kelahiran Nur Fayyadh Husna...
Pemergiannya dalam tangis sendu kami semua..Februari muncul kembali..
Tak pernah tak rindu..
Orang kata Allah beri ganti yang lebih baik..
Benar..
Alhamdulillah..
Humaira menceriakan hari-hari kami..
Tapi mereka dua insan berbeza..
Kami ada dua anak yang sangat dikasihi..
Di syurga dan dunia..
Mudah2an Allah limpahkan rahmatNya kepada kami agar dappat berkumpul kembali bersama-sama dalam keadaan yang riang dan gembira dalam syurgaMu..
Sementara itu..doakan kami bertemu dalam mimpi ya kawan-kawan..
Kerana mummy sangat merinduimu..

WILDAN SYURGA NUR FAYYADH HUSNA DALAM KENANGAN..
15/2/2014 - 16/02/2014