Sunday 6 December 2015

Aku,baby dan line internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Tengok tajuk dah boleh agak kesenyapan aku di alam bloging..
Dok pantang umah mak bersambung sampai Humaira dah 2 bulan..huhu
Tak percaya nak handle baby sendiri.
Yang tak percaya tu mak aku n aku sekali..
Aku pelik nape aku n hubby sama2 pakai line celcom,tapi aku punye lembab,dia punye ok
Yang boleh, fb n wassap
Blog?boleh visit,tak boleh drop apa komen pun walaupun meronta2 nak tinggal komen kat blog kawan2..huhu
Ni kat umah aku sendiri yg dah jadi mcm rumah persinggahan  baru boleh update pasal ada wifi.

Humaira semakin sihat.,Alhamdulillah.,tq atas doa semua

Yang sedang berusaha ttc,teruskan..Aku doakan usaha kalian dimakbulkan Allah..Yang dah selamat hamil dan melahirkan..tahniah aku ucapkan semoga segalanya dipermudahkan Allah..
Yang berdiet,aku nak join korangggg..huwaaaa..
I is menembam sudah..
Till then, nanti ada ruang dan peluang aku update lagi.

Tuesday 27 October 2015

Dah discaj

Assalamualaikum.
Update ringkas dari aku
Baby Humaira dah boleh discaj 22hb lalu
Alhamdulillah,tq kepada yang mendoakan
Semoga segala urusan kita dunia akhirat dipermudahkan Allah..
Terima kasih sekali lagi.,.

Sunday 18 October 2015

Perkembangan positif

Sehingga entry ini ditulis,dah 8 hari baby Humaira di Nicu, rutin aku n ayahnya setiap pagi dan setiap petang tengok dia, mula2 dia masuk hari tu walaupun sedih,kami tetap bisikkan kata2 semangat untuk dia.Aku bisik,mummy sayang Humaira, mummy rindu Humaira, Mummy nak Humaira cepat sihat dan cepat balik..sedihnya..

Alhamdulillah,bermula hari Khamis Humaira dah boleh feeding susu ibu tapi tak banyak, 5cc je dulu. Sebab takut perut dia terganggu.Then, day by day dr akan naikkan 3cc sehinggalah petang tadi dah 14cc iaitu hampir setengah oz..Dan poo poo dia pun dah ok takde cirit birit lagi dah. Rutin aku sekarang ni mengepam susu untuk feeding dia.

Terima kasih pada semua mama2,ibu2,mummy2 yang mendoakan..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..Semoga Humaira cepat sihat dan cepat dapat balik rumah sebab mummy rindu sangat2 pada sayang...Amin..

P/s:mama yani batik pink..waalaikumsalam..
Mama nina sweet tooth,tq selalu tolong akak..

Wednesday 14 October 2015

Terima Kasih Mendoakan Baby Humaira

Assalamualaikum dan salam sejahtera..terima kasih kepada sweet tooth - dessert of life kerana menyiarkan permintaan saya memohon doakan baby saya yang sakit di nicu.,thanx nina..jasamu dikenang.

Berkat doa semua,baby humaira kini dah stabil cuma masih terus berpuasa.Esok  baru doktor decide sama ada baby dah boleh mula menyusu. Mohon doa kawan2 agar dipermudahkan buat baby seterusnya kembali sihat menceriakan keluarga.Terima kasih semua..

Mudah2an esok baby humaira dah boleh menyusu seterusnya kembali sihat seperti sedia kala..in Shaa Allah..Amin..

Monday 5 October 2015

Alhamdulillah,saya telah selamat bersalin..

Syukur ke hadrat Allah Taala..
Penantian 10 tahun 3 bulan permata hati kedua ayah dan mummy dipermudahkan Allah..
Tepat 11.02 pagi Jumaat,2 hb Oktober..penghulu segala hari lahir lah puteri kami Nur Fayyadh Humaira melalui pembedahan ceaserean..Alhamdulillah Humaira sihat sempurna dan menceriakan kami sekeluarga..

Segala doa yang rakan2 titipkan buat kami,hanya Allah yang mampu membalasnya,.terima kasih semua..Alhamdulillah..

Wednesday 30 September 2015

38 weeks check up

Semalam cek up 38 week..entah kenapa dekat gambar scan ukur lilit kepala baby baru 37 week.bila aku belek gambo scan 37 week,pun serupa.lilit kepala tu baru 36 week.

Mcm biasa ctg sama gak macam minggu2 sudah.dr da tetapkan Jumaat 7.30 pagi admit, ceaser dalam pukul 10 atau 11 depends pada keadaan.aku kena puasa khamis malam. Tapi dr kata jumaat 2.00 pagi pun boleh start puasa.perlu 6 jam puasa b4 operation.

Balik je hospital aku kena selsema sampai sekarang.tapi takde demam.siap msg dr pagi tadi tanya selsema tu efek baby atau operation tak.dr kata in sha Allah tak.Then dr call balik suh aku makan vit c 3000mg 3 kali sehari dan minum air masak banyak.

So..thats it!Jumaat, 2hb, in sha Allah lahirnya seorang lagi khalifah Allah di dunia ini..semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan sihat serta selamat semuanya...Amin...doakan kami ya!

Sunday 27 September 2015

Check up 37 weeks

Trobek 15.9.2015,aku cek up 37 weeks.rutin biasa timbang,amek tekanan darah.tetiba berat aku turun 68.7kg.aik!entah camana leh jadik gitu aku pun tak pasti.last week 69.1kg.tapi dr tak cakap apa2 takpe je kot.

Then g wat ctg kat labour room.baby hb 110-190 sama cam minggu lepas.tak ada bacaan contraction apa pun padahal malam semalam punya la memulas perut.baby pun mengeras,aku pun cam sakit2 manja gitu.entahla...

Then cek up ngan dr,baby kepala nya dah kat bawah, dr tanya anak gerak kuat tak,aku cakap malam semalam paling aktif.then dr tanya suka bulan 9 ke bulan 10.aku jawab mestilah bulan 9,saya dah tak larat ni.hihi.tapi dr kata kalau bln 9 baby baru nak matang,bulan 10 dia dah betul2 matang.

Maka,bulan 10 la aku bersalin jawabnya.tapi 29.9 last cek up la.ok doktor.Doakan kami sihat dan selamat ya kawan2..tq dear2 semua...

Tuesday 15 September 2015

Check up 36 weeks

Sampai je klinik tadi terus timbang...hamboiii..69.1kg dah berat aku.kecoh sangat berat tak berapa naik last week..hah,sekarang?amekaw!hihi.last week 67.7 kalo tak salah.2 weeks earlier 67.3.

Next macam biasa buat ctg.nadi baby 110-190.tachy kata nurse.uterus contraction dah ada bacaan 40 tapi tak rasa sakit pe pun.baby mengeras la kot.aku ni kalo dah tachy ni ,mula la risau, gugel sana sini.then jumpa dr,dia kata ok.so ok lah kan.salah 1 sbb tachy tu adalah baby terlalu aktif.mungkin jugak kot.

Jumpa next check up 37 minggu 22.9. Macam mana pun, dr mcm nak 2hb tu jugak untuk ceaser.tapi lom sure lg.asalnye 28.9.tengok nanti mcm mana.dr ada tunjuk, placenta dah aging,dah matang.then kira air ketuban lagi.ada 8++ lagi.baby sihat kata dr.siap tunjuk baby tarik n hembus nafas.tp dia nafas dalam air la..Mudah2an dipermudahkan segala urusan kami..Amin..

Wednesday 9 September 2015

Cek up 35 weeks

Secara ringkas,ctg menunjukkanjantung baby antara 110-190..aku rasa mcm tak ok tapi dr kata nadi baby ok.then berat aku naik sikit jek.0.4kg.last cek up 67.3, now 67.7. Aku rasa makan macam2 jugak cumanya memang makan kena sikit2 sebab perut cepat penuh.Mungkin tu sebabnya tak naik banyak.

Then dr scan air ketuban ada 11.so,tak apa nak tunggu lama sikit daripada 38 minggu.dia jangan 5 kata dr.tu kena tepat2 38 minggu.then dr suruh datang seminggu sekali.so,next cek up 15.9.

Bila review tarikh ceaser ada 2 tarikh,28.9 dengan 2.10.yang 28 tu sebab dah 38 minggu. 2.10 tu pulak jumaat,memang operation day bagi dr.aku?mestilah nak yang 28 tu sebab sebenarnya dah tak larat dah. Tetiap pagi, malas n tak larat nak g keje tapi gagahkan jugak..huhu..semoga aku n baby sihat2 walafiat sentiasa..Amin..

Sunday 30 August 2015

Check up 33 weeks

Check up pada 25 Ogos..Alhamdulillah telah sampai ke 33 weeks dalam keadaan sihat.Adalah sakit sikit2 kat pinggang, kat ari2,kadang2 sesak nafas,adatlah.tak ada yang terlalu sakit.

Cuma yg tak tahannya asyik la nak terkucil,baru pee pee keluar toilet dah rasa nak terkucil lagi. Baby? Ya Allah, senget2 perut dibuatnye kalo time aktif. Biasanye malam. Siang kurang sikit.

Check up kali ni dah kena wat CTG, bacaan jantung baby antara 140-160.Marah kena ikat perut mummy bukan main aktif dia menendang2,tak selesa agaknya.Abis ctg jumpa dr then cek berat dia baru 1.7kg,aku naik mencanak gak dah 67.3 kg, masa 29 weeks 66kg.then confirmkan gender lagi sbb aku ckp kat dr 2 org kawan sy scan girl kuar lelaki,dr siap tanya,cek ngan saya ke.taklah,kat kpj.

Then,dr tanya nak normal ke ceaser,aku macam aik.bkn dr memang da tak kasi saya normal ke.dr kata ye.then tarikh ceaser ditetapkan pada 28.9. Berdebar nye..then result gula aku 7.3.dah hampir nak gdm la tu.7.8 start gdm punye reading.aku mmg belasah mende2 manis je dr mula ngandung.

Next check up 8.9 masa 35 minggu,then 37 minggu n admit 38 minggu.Melalui sejarah anak pertama meninggal dunia tak banyak sedikit kebimbangan melanda hati aku setiap kali cek up,setiap kali baby kurang gerak,namun aku sentiasa berdoa agar Allah memberi kesihatan dan keselamatan kepada aku dan
baby.Mudah2an segalanya selamat dan sejahtera..Amin..

Buat rakan2 seperjuangan,aku doakan agar semuanya dimurahkan rezeki zuriat pada tahun ini.Doa,doa,doa.,itu lah senjata kita seiring usaha yang dilakukan..in shaa Allah dimakbulkan segala doa2 kita.,Amin...

Friday 31 July 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015 & check up 29 weeks

Hari raya tahun ni tak meriah sangat sebab kami sekeluarga dah kurang sebuah rumah untuk beraya iaitu rumah arwah kakak mama. Arwah dah tak ada, rumah tu anak bongsu arwah duduk dan dia raya rumah mertuanya.

Pagi raya ziarah kubur arwah anak. Aku siap tepuk perut kejut adiknya di dalam dan cakap kita nak ziarah kakak..sedih..kawasan perkuburan hari raya pertama ni jem jalannya. Hubby kata ada satu kawasan kubur besar kat tempat lain  siap ada orang jual bunga.

28.7.2015 cek up 29 weeks.Minum air gula.Tapi result belum dapat.Aku pun tak call hospital tanya. Ok kot. Kalau tak ok musti nurse dah call.Hb aku 13.6. Aku memang consume iron dalam bentuk coklat. Rasa dia memang rasa coklat. Tapi siaplah, poo poo pun jadik kaler gelap..euuuwww..hahah

Buat jugak scan 4d, adik baby tutup muka ngan tangan tecit dia. Dr kena tepuk2 perot mummy baru dia alih tangan. Tak clear sangat tapi boleh la..muka is masam ok,marah sebab ngusik dia nak bersantai.

Next cek up 25.8 dah 33 weeks masa tu. Semoga Allah kurniakan kesihatan dan keselamatan kepada kami..Amin Ya Rabb.,

Selamat hari raya untuk semua muslim,maaf zahir dan batin..

Friday 3 July 2015

Anniversary ke Sepuluh Tahun

Alhamdulillah.semalam 2.7 genap 10 tahun usia pernikahan kami.,Syukur pada Allah atas nikmat yang tidak terkira banyaknya.Hubby kena outstation Khamis,so on the anniv day tu dia takde sini,so celebrate la malam Khamis tu.Kan kitorang memang camtu.,adalah sekali dua je yang sambut tepat2 harinya.

Nak dijadikan cerita,pagi Khamis tu aku kena sakit macam kena kencing kotor hari tu.,ahh,.sudah.,nak jadi balik ke.Teringat dr cakap hari tu..kalau jadi lagi,warded lagi masuk air..oh,tidak...tak mo saya.Maka aku pun berbuka lah..isk3.,hubby tak bagi puasa dulu 3 hari.,esok in shaa Allah nak puasa balik.

Ada kawan2 maya yang emel aku tentang treatment masing2 lepas raya nanti..rasanya mostly memang akan continue lepas raya kan..aku doakan semua berjaya conceive,doa banyak2 bulan ramadhan ini,in shaa Allah dimakbulkan Allah..Amin..

Wednesday 24 June 2015

Cek up 24/25 weeks

Kenapa lak 24/25 weeks..sebabnya,ikut kalendar 24,ikut scan 25..dr gerak sikit lagi cursor nak ukur kepala baby jadi 23 weeks pulak..alahai anak..aktif gerak sana sini,nak ukur susah sikit

Alhamdulillah..air ketuban ok,uri ok,baby sihat.masa dr cakap tu aku tenung je gambo scan tu dengan langsung tak paham tang mana yg dr bolah buat conclusion semua ok.yg aku nampak hanya baby je yg aktif bergerak2 tangan kakinye..hihi

Supplemen diteruskan macam biasa.dr tanya puasa tak.aku kata setakat hari ni masih boleh lagi..walaupun sebenarnye letih lain macam.tapi baby ok je..so mummy bolehlah teruskan puasa.chaiyok baby!!next cek up lepas raya 28.7.Till then,selamat berpuasa semua..Mudah2an berkat bulan penuh barakah ini segala dosa2 kita diampunkan dan dimakbulkan Allah segala doa2..Amin..

Friday 12 June 2015

Kena warded

Ahad 7.6 aku dari malam memang plan nak jenjalan hari Ahad dengan family.Husband outstation Melaka.3 hari sebelum tu, Khamis,Jumaat,Sabtu aku pulun marathon posa ganti.Ada 5 hari lagi.Mau tak marathon. Tapi aku decide Ahad stop nanti nak sambung balik Isnin ngan Selasa.

Nak dijadikan cerita,maghrib tu aku still kat bandar lagi.Dah rasa sikit perut sakit.Masuk je kereta perut makin sakit.Ajak adik singgah solat maghrib kat petronas,then masa nak solat tu langsung takleh berdiri.kena solat duduk guna kerusi,aku macam eh! Kenapa pulak ni.

Then otw balik sakit makin kuat,aku genggam seatbelt kuat2,kalo adik aku terlanggar lubang sikit pun aku jadi sgt sakit.Aku dah makin takut,jgn lah jadi apa2 kat baby.Sampai rumah mak terus call Dr. Then Dr kata, mungkin kencing kotor,dia suruh minum air 3 liter then kencing banyak kali,lama2 sakit akan hilang.

Aku pun buat start 8.30 mlm minum dengan banyak n kencing banyak jugak.Pastu dalam 11.30 mula reda dan boleh sembahyang isyak cam biasa.Lega.Then aku tidur.Sedar2 pagi pukul 5 sakit balik macam mula2 tu.5.40 aku call Dr. Dr pun tengah mamai2 lagi suruh aku g hospital nak cek bukaan takut rahim terbukak,bahaya.  Takutnye aku masa ni..Ya Allah..selamatkan lah aku dan baby.,tak putus2 aku berdoa.Satu je yang buat aku tenang iaitu baby gerak macam biasa..good girl baby!

Sampai hospital dr cek baby ok,bukaan rahim pun takde.Ya Allah..lega rasa hati.Tapi kena warded 1 malam untuk masuk air dan antibiotik.So Isnin aku cek in, Selasa malam dah discaj.Sekarang still on ubat sampai 5 hari.So,apa jadik ngan puasa ganti aku lagi 2 hari tu.Mak aku dah tak bagi ganti dulu sebab takut kurang air lagi nanti kencing kotor.Tapi kalau aku puasa selang sehari takpe kot.Jangan straight macam hari tu..hihi

Moral:bersegeralah ganti puasa wahai diriku..,huhu
Moral 2:jgn kurang minum air nanti kena UTI

Tuesday 2 June 2015

Check up 21 weeks

Hari ni kena inject tetanus booster dose..dia punye sengal..mak aiiii..
Baby in very good condition - kata dr
Confirm kan lagi sekali gender - still tak nampak bibird, that means baby girl..Alhamdulillah..

Last 3 days baru kena cirit birit pakej dengan muntah, so berat badan turun sikit.
Last cek up berat 64.3, sekarang 65.8. Memang terasa keberatan badan ni.Cuma belum sakit kaki je.,sikit hari lagi tak tau lah..

Lagi 16 hari puasa..ingat tak yang aku kata ada 5 hari lagi nak kena ganti tu.tak gerak lagi nombornye.,still 5 jugak..ngee...cadangnye nak start esok, doakan aku berjaya mula balik..haish..tinggal tak berapa hari dah..

SALAM NISFU SYAABAN BUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
SEMOGA ALLAH KURNIAKAN KEJAYAAN DAN KESELAMATAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT..AMIN..

Tuesday 12 May 2015

Sambut birthday 9 hari awal

Birthday I is 19hb. Tapi sambut 10hb. Sana sini mother's day punye feeling, aku n hubby feeling birthday. Lagipun hubby jenis yang tak berapa kisah celebration ni. Selalunya sambut birthday ke, anniversary ke belated je semua..Alah, sendiri nak sambut kan. Bukannya nak ajak orang ramai2 sambut, tu yang tak kisah tu.

Husband korang jenis yang bagi bunga tak?
Husband I memang tak la...
Tapi this time kengkonon nak surprise aku, tanya kedai bunga kat mana pun kat aku gak..haha..
Dia g tempah delivery on 19th (dia outstation on 19th tu) suruh aku tunggu kat rumah and siap bagi resit tu kat aku jugak..Kihkihkih
Surprise lah sangat kan

Anywany..kind of sweet gak la (tanak ngaku tu suke..)..After 10 years of marriage u olls..Malu I ngan kapel2 romantik seantero dunia yang bunga, cekelat, hadiah bagai tu biasa je pada diorang..Aku jek la yang pelik.

Happy mother's day to all women out there..Siapa pun kita, telah punya anak ataupun tidak..We are already a mother at heart..really...

Tuesday 5 May 2015

Check up 17 weeks

Appointment 4.5 adik bongsu aku yang teman, sempat dia snap gambo scan bagai..hai lah itu budak..

Alhamdulillah,baby sihat2 sejahtera.Aktif tak dok diam kata doktor..tetiba dr fokus kat celah kangkang baby untuk intai2 gender..tapi yelah..kecik sangat lagi..tapi mcm tak nampak bibird, so maybe burger lagi lah..Allah bagi ganti - kata dr..hmm.. sedih la pulak rasa,.terus terbayang arwah kakaknya..sob..sob..

Balik cek up baru clear rasa movement baby..macam fluttering yg dah start rasa masa 15 weeks tapi kali ni lebih kuat sikit..cek blood pressure agak rendah sikit..then dr bagi iron tablet tapi macam coklat je rasanya.first time makan ubat ni.then, dalam urin ada gula...lagi...hmm..

Next cek up 1.6..kena inject lagi tetanus..nanti aku update lagi..
P/s: tengah pulun ganti posa,.huhu..lagi 5 hari..u olls?

Saturday 11 April 2015

End Of 1st Trimester

Alhamdulillah.,berakhirnya trimester pertama adalah kelegaan bagi mommy2 seantero dunia.,sickness dah kurang atau dah gone terus, tapi ada sesetengah orang yang masih ongoing sickness, rezeki masing2..Aku sama je, evening sickness..pagi segar dan ceria.,start pukul 4 lebih sampai 10 malam mabuk, pening, loya..kata orang lain anak lain ragam, aku dua2 sama jugak.mabuk petang, malam..sekarang dah kurang dah..

Once nampak baby n heartbeat hari tu, aku oficially 6 minggu..then aku kena check up weekly 7,8,9,10 dan 11 minggu. Everytime check up ubat ubatan yang sama dikekalkan iaitu:
1. Crinone - progesterone gel untuk insert kat vagina.6 pg dan 6 oetang. Ok, aku masa minggu 7 dan minggu 8 tiap kali keluarkan crinone waste tu sentiasa ada darah, maroon colour.panic dibuatnya.tapi scan baby everyweek dr bagitau rahim clear, tak ada darah pun.so, darah tu dari pintu rahim je.
2.Duphaston - makan 2 biji, 3 kali sehari.pukul 8 pagi, 2 petang dan 10 malam. Actually masa arwah baby dulu aku cuma makan sebiji je tiap kali,tapi kali ni dr double kan dosnya.
3.Folic asid 5mg. Ala...yang kecik cenonet tu makan sekali sehari.
Masuk minggu ke 9, dr dah mula bagi calcium dan neuro gain s. Kalsium makan 3 bji sehari, dan neuro gain s makan 1 biji sehari. Actually neuro gain s tu soft gel minyak ikan. Yang ni pun dr bagi awal, dulu aku makan masa dah lepas 12 minggu..

Lepas check up 11 minggu patutnya dr lepaskan aku check up sebulan sekali tapi dia suruh datang 2 minggu lagi iaitu week 13.So, masa week 13, crinone je yang dah stop ubat lain sambung macam biasa. Duphaston dah reduce 2 biji sehari untuk diteruskan sampai week 16.then dr tambah obimin makan sehari sekali.

Check up 13 minggu ni dr buatkan 3d maka nampaklah apa si tecit ni buat..ya Allah..macam2 dibuatnya..tendang2, raba2 muka dia, letak dua2 tangan kat telinga - dr kata tengah azan...hihihi..Alhamdulillah, baby sihat maka aku pun dilepaskan lah untuk check up sebulan sekali..lega!

Ya Allah.,sihatkanlah anakku sepanjang dia di dalam kandunganku,sembuhkanlah dia dengan tiada meninggalkan kesan buruk,permudahkanlah kelahirannya,fasihkan lidahnya membaca al Quran dan hadis, jadikanlah dia anak yang soleh...Amin..

Kepada kawan2 yang sedang ongoing iui,ivf dan icsi, semoga tenang dan sihat, sematkan dalam minda, jika kita dah dilorongkan Allah untuk buat rawatan, inshaAllah segala usaha kita akan diperkenankan..Amin..Aku doakan semuanya berjaya mendapat hasil yang positif.Chaiyokkk!!

Wednesday 18 February 2015

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Terlebih dulu, jutaan terima kasih atas doa2 yang baik dan positif untuk aku, aku doakan segala urusan ttc kawan2 sekalian dipermudahkan..Amin..

15.02.2015 - genap setahun usia puteri syurga kami seandainya si kecil masih bersama di dunia ini..pada 15.02.2014 si comel dilahirkan jam 11 pagi dan aku bergelar 'ibu'..

16.02.2015 - genap setahun pemergiannya..kerana sesungguhnya janji dengan Maha Pencipta perjalanan hidupnya di dunia hanya 32 jam sahaja dan si kecil terus dijemput ke syurga Allah pada jam 7 malam dan selamat dikebumikan pada malam itu juga..

17.02.2015 - Allah yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menganugerahkan arwah Nur Fayyadh Husna seorang adik dalam kandungan mummy..Ya kawan2, aku mengandung 6 minggu..Alhamdulillah..

Appointment hari ini memang nak tentukan heartbeat baby sebab seminggu sebelumnya masa 5 minggu dah nampak 1 kantung baby tapi belum nampak apa2 di dalamnya..Syukur hari ni dah nampak baby dan heartbeatnya sekali.

23.1.2015 - Frozen Embryo Trasfer , 3 embryo 3dt gred 1 (1), gred 1,2 (2)
2.2.2015 - 1st upt - faint line
9.2.2015 - 2nd upt - semakin terang, nampak 1 baby sac
17.2.2015 - nampak baby dan heart beat baby usia 6 minggu

Maaf kerana lambat update sebab masuk je bulan Februari segala kenangan dan ingatanku kuat kepada arwah..ambil masa untuk aku menyusun bicara.,
Kawan2, begitulah aku..hanya berdoa,berdoa,dan berdoa agar segala perancangan Allah adalah yang terbaik buat kami suami isteri..semoga aku dan kandunganku dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan urusan kehamilan, kelahiran dan mendidik nya menjadi zuriat yang soleh dan solehah..Amin ya rabbal 'alamin...

Friday 23 January 2015

FET done!

Alhamdulillah FET done today.
Sampai lab 7.30 pagi,sign borang bagai then duk wad.Alhamdulillah..ketiga2 embryo survive 100% the thawing process..1 gred 1, 2 gred 1,2. This time je dah 3 kali kencing sampai 8.10.Then 8.15 masuk OT,scan memang sah urin sikit sangat. 8.30 doc masuk. Then nak pasang saluran ke pundi kencing,dah guna yang saiz kecik pun still tak muat tapi kena gak muat2kan..sakit dan pedih sampai sekarang..huhu..

Pundi kencing dah penuh,then dengar diorang kata ok,maknanya rahim dah nampak clear lah tu, prosedur bermula.Embriologist panggil nama, then aku jawab ya. The longest 15 minutes to all who gone through ET and FET..kan,.dengan menahan kencingnye..dah siap doc keluarkan urin..lega rasanye..

Doc ingatkan tarikh2 appointment then nurse sorong masuk wad balik.Masa ni 9.20 then kena baring sejam..tapi aku fail.10.15 dah bangun kencing..tak tahan sungguh,sakitnya masa kencing tu..

Then bila bangun rasa sakit sangat,teringat sakitnya macam fresh IVF.cramp sana sini.FET patutnya tak sakit macam ni.Balik tu singgah makan,jalan pelan giler.Sampai rumah, tukar baju then tido. Kul 2 bangun solat duduk kat lantai,tak guna kerusi kali ni.Still cramp tapi tak kuat macam pagi tadi.Lepas zohor tido balik sampai pukul 4.Pastu aku dah mula bangun jalan ke dapur,ruang tamu dah tak terbaring je macam tadi.

Mudah2an segala doa2 kami dimakbulkan Allah untuk memperoleh zuriat yg soleh dan solehah..inshaAllah,.Amn..

Monday 19 January 2015

Alhamdulillah,boleh proceed FET

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni cek up day 14 nak tengok uterus lining..alhamdulillah mencapai jugak minimum requirement Mr Doctor..0.7 ++..so esok dah start gugusan ubat ubatan..inshaAllah 23 hb pagi Jumaat proceed..nervous tetap ada u ollss..semoga murah rezeki kami suami isteri..mohon doakan ya kawan2..tq sangat2...Rabbi yassir wala tuassir..inshaAllah..Amin..

Tuesday 6 January 2015

CD1 after 56 days!

Alhamdulillah..AF muncul hari ni selepas 3 hari aku makan ubat sunolut sebanyak 2 biji 3 kali sehari selama 3 hari..31/12.1/1 dan 2/1 then hari ni period pun muncul..56 hari cycle kali ni..adoyai..

Then terus mulakan progynova dengan pertambahan dos, 2 biji 4 kali sehari..Will see Dr on day 14 iaitu 19/1..mudah mudahan uterus lining perfect this time untuk proceed FET..Doakan aku ye..

Friday 2 January 2015

Kasihku dibawa pergi 2014, salam harapan 2015

2014 berlalu untuk aku dengan 1001 kenangan yang terpateri di dalam hati..
Mengandungkan dan melahirkan puteri syurga kami, anugerah terindah dari Yang Maha Esa..
Semoga puteri syurga kami berbahagia di alam sana bersama teman-teman yang kukira apabila pergi meziarah istana kecilnya, semakin bertambah barisan istana-istana kecil putera dan puteri syurga milik ibu bapa yang lain..yang sama dugaannya seperti kami..Dialah Allah Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan..Suatu hari nanti kita semua pasti akan kembali kepada-Nya..

2015 masih menanti seperti berkata-kata agar janganlah aku berputus asa..Aku masih mempunyai 3 embrio lagi yang menanti untuk dimasukkan ke dalam rahim ini..namun..sehingga hari ini aku masih menunggu period datang dan telah terpaksa makan ubat turun darah untuk merangsang period dan meneruskan perjuangan FET yang masih belum diizinkan lagi..Bila Allah mengizinkan, Insha Allah dapatlah aku proceed nanti..Amin..

Buat semua sahabat sahabat maya, dan sesiapa yang mengikuti blog ini, sejuta kemaafan sepanjang tahun 2014 sekiranya ada tersalah silap, terguris dengan tulisan aku, mohon dimaafkan..Segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri..