Daisypath - Anniversary

Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Monday, 18 April 2016

Entry bersihkan sawang..:-)

Asssalamualaikum dan salam sejahtera..apa khabar kawan-kawan semua.
Dah bersawang dah blog ni.
Alhamdulillah..Baby Humaira dah 6 bulan..sihat dan ceria.
Temujanji pakar masih on mungkin sampai setahun.
Perjuangan IVF aku sambung pulak dengan perjuangan yang sama mencabar iaitu breastfeeding.

Masa baby kat Nicu, nurse mintak bekalkan breast milk pada baby.
So, aku memang low yield masa mula-mula baby lahir terpaksa pam dan pam dan pam.
Disebabkan masalah baby ialah crit birit so aku takut dia tak boleh tolerate susu formula.
Kenalah mummy gigih mengepam.

One thing aku nak cakap tentang kita yang TTC, the struggle of TTC tu sangat berguna dalam struggle tentang benda lain seperti breastfeed.hihi.
In Sha Allah sayang sayang TTC semua boleh survive sebab dah biasa gigih, down, tersungkur, besemangat balik, jatuh, bangun, just name it!

Aku doakan semua rakan-rakan TTC sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..In Shaa Allah..Amin.Ya Rabbal a'lamin..