Friday 21 February 2014

BIDADARI SYURGA MUMMY DAN AYAH

Dengan kerinduan yang masih menebal,air mata yang mengalir laju, aku menggagahkan diri untuk memaklumkan semua bahawa puteri kesayangan kami Nur Fayyadh Husna telah kembali ke rahmatullah 32 jam selepas dilahirkan kerana masalah pernafasan,agar rakan2 ttc mahupun yang bukan ttc tidak tertanya2 apa khabarnya aku dan baby..lahir pada hari Sabtu 15.2.2014 jam 11 pg dan pulang ke rahmatullah pada hari Ahad 16.2.2014 jam 7.00 mlm..

Terima kasih kepada yg mendoakan.,doakan aku dan suami tabah dan sabar dengan dugaan ini..doakan juga aku cepat sembuh dari luka bersalin..
Maaf tak mampu cerita detail apa yang berlaku namun kami redha kerana yakin arwah puteri kami kini dalam jagaan terbaik di sisi Allah Taala.Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..

Innalillahiwainnailaihirojiun..dari Allah kami datang, kepada Allah jua kami kembali..Buah hati mummy,sejahteralah dikau di sana di bawah asuhan Nabi Ibrahim A.S Insha Allah..Semoga kita berjumpa lagi dengan izin Allah wahai anakku..Ya Allah Ya Tuhanku,semoga besar hikmah kehilangan ini,gantikanlah kepada kami dengan sesuatu yang lebih baik..Amin ya rabbal alamin..



Friday 7 February 2014

SALAM JUMAAT

Syukur pada Allah atas kurniaanNya kepada kami..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..dipermudahkan Allah dalam perjalanan menuju hari nak bersalin.,Syukur sangat..

Jumaat depan aku akan menyerah diri secara paksa rela..masih berdoa sungguh2 agar tak perlu diinduce tapi tiap kali buat CTG kadang2 ada contraction tapi lemah.CTG hari ni pulak contraction hampir tiada padahal aku dah sakit kat ari ari ni dah 3 hari tapi mungkin sebab baby dah kat bawah,bukannya contraction.Jantung baby ok,itu yang penting.Masih ada 2 appointment CTG iaitu 9hb dan 11hb.13 tak pasti sebab 14 dah admit.Mungkin tak perlu kot.

Perut ni adakala rasa berat dan sakit,adakala tak sakit dan boleh jalan laju.Aku tak ambik cuti awal pun,bertahan sampai 13hb masih kerja.Rasa rugi ambil cuti awal..biarlah cuti panjang dengan baby nanti.Till next entry hanya satu doaku agar dipermudahkan Allah dalam urusanku bersalin nanti..Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahiim..

Tuesday 4 February 2014

CTG LAGI DAN LAGI...

Sabtu 1hb dan Isnin 3hb buat CTG lagi,dua2 hari dr kata ok,tapi tetap kena datang selang sehari..before ni selang 2 hari kan..so esok CTG lagi..tapi demi kesihatan baby kenalah gagahkan diri..

Bills?No bills for CTG.Imagine kena datang selang sehari..let say bill kena Rm50 pun,dah lebih 5 kali dah berapa kan..nasib baik dapat gynea yang bertimbangrasa..thank you doc!

Kesan selalu sangat buat CTG ni adalah aku akan sangat saspen kalau baby tak gerak lebih 2 jam,padahal aku tau baby kan ada masa dia tidur bagai.nanti mulalah aku haruk hubby cakap baby tak gerak..jadik keje hubby lah nak kena menenangkan aku..huhu..

Another 10 days to go before my scheduled induction of labour..kalau boleh nak natural tak payah induce2 sebab induce sangat sakit berbanding natural..huhu dapatkah?Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..Permudahkankanlah urusanku bersalin Ya Allah..Amin..