Friday 21 February 2014

BIDADARI SYURGA MUMMY DAN AYAH

Dengan kerinduan yang masih menebal,air mata yang mengalir laju, aku menggagahkan diri untuk memaklumkan semua bahawa puteri kesayangan kami Nur Fayyadh Husna telah kembali ke rahmatullah 32 jam selepas dilahirkan kerana masalah pernafasan,agar rakan2 ttc mahupun yang bukan ttc tidak tertanya2 apa khabarnya aku dan baby..lahir pada hari Sabtu 15.2.2014 jam 11 pg dan pulang ke rahmatullah pada hari Ahad 16.2.2014 jam 7.00 mlm..

Terima kasih kepada yg mendoakan.,doakan aku dan suami tabah dan sabar dengan dugaan ini..doakan juga aku cepat sembuh dari luka bersalin..
Maaf tak mampu cerita detail apa yang berlaku namun kami redha kerana yakin arwah puteri kami kini dalam jagaan terbaik di sisi Allah Taala.Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..

Innalillahiwainnailaihirojiun..dari Allah kami datang, kepada Allah jua kami kembali..Buah hati mummy,sejahteralah dikau di sana di bawah asuhan Nabi Ibrahim A.S Insha Allah..Semoga kita berjumpa lagi dengan izin Allah wahai anakku..Ya Allah Ya Tuhanku,semoga besar hikmah kehilangan ini,gantikanlah kepada kami dengan sesuatu yang lebih baik..Amin ya rabbal alamin..



26 comments:

  1. Ya Allah, sebak L baca entry ni. L xdapat bayangkan mcmana perasaan nuriz sekarang. L harap nuriz banyakkan sabar, jaga diri baik2. L tak tau nk comment ape kt sini menggambarkan perasaan L bila baca entry ni. L sedih. Hugs. Semoga nuriz dan suami tabah hadapi ujian ni.

    ReplyDelete
  2. Innalillah.. Baby kini menjadi bidadari syurga dan semoga baby menjadi syafaat buat ibu dan ayahnya kelak.. semoga akak dan suami tabah dan sabar menghadapi dugaan ini..

    ReplyDelete
  3. Innalillahi wainna ilaihi rajiun... Ya Allah, kurniakan lah kebaikan atas ujian yg Kau berikan pada Kak Nuriz, smg dia beroleh Rahmat dan Kasih Sayang Mu, dan kurniakanlah kebahagiaan dunia dan akhirat buatnya....Amin...

    Kak, Takziah. Smg terus tabah... Take care...

    ReplyDelete
  4. Innalillah....erm...tak terkata dan tak tau nak komen ape...semoga Nuriz dan suami kuatkan semangat menghadapi dugaan ini...Take care yer....Hugs...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..besar dugaan Kak Nuriz....Yani kelu tak tahu nak tulis apa. Moga Allah SWT memberi ketabahan hati kepada Kak Nuriz dan suami..

    ReplyDelete
  6. Innalillah..sebak tak terkata. Moga kak nuriz beri kekuatan untuk hadapi ujian ini. Moga Allah berikan yang lebih baik kepada akak dan family. Salam takziah utk akak dan Al-fatihah untuk bidadari syurga.

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar..... semoga nuriz & suami tabah hadapi dugaan sebesar ini....

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah... takziah dari sha..semoga terus tabah ye..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak nuriz
    Ly rase, ly lah org pertama yg baca entry akak ni sbb sblm tdo, ly saje tgk Dashboard. Malam tu terkejut sgt sampai tak bleh tdo
    Akak, ly doakan akak dan suami tabah dgn dugaan ini. Semoga Allah gantikan dgn cepat rezeki zuriat buat akak n suami selepas ini. Amin ya rabbal alamin

    ReplyDelete
  10. takziah Nuriz..semoga tabah .

    ReplyDelete
  11. alfatihah..takziah kak nuriz n husband..kuatkn semangat ye..

    ReplyDelete
  12. innalillah.inshaaAllah nuriz and family kuat hadapi.salam takziah yerrrr.

    ReplyDelete
  13. takziah nuriz...sy doakan nuriz n suami tabah hadapi semua ni.

    ReplyDelete
  14. I'm sorry to hear that dear. semoga u kuat... Al-fatihah...

    ReplyDelete
  15. Terima kasih semua atas doa yang tak putus2 untuk akak dan suami,seluruh keluarga merasa kehilangan..hari ini genap 14 hari pemergian arwah,belum afa sehari pun yg berlalu tanps linangan air mata kerinduan..akak dah semakin sihat..Alhamdulillah..sekali lg, terima kasih semua..semoga Allah mengampunksn segala dosa2 kita dan sentiasa dalam lindunganNya..Amin..

    ReplyDelete
  16. Takziah Nuriz. My heart breaks for you. There is no words. I pray that you and your husband stay strong and become each others crutches in this difficult times. May Allah protect you both.

    ReplyDelete
  17. Allahuakbar kak nuriz, saya bru terbca berita dukacita akak ni maklum sgt lma tak mnjenguk blog dh skrg..Ya Allah,takziah kak..sesungguhnya perancangan Allah lebih baik aturanNya..pastinya berat yg akak dn suami lalui apb diuji sebegini tp sy percaya Allah pilih insan2 tertentu untuk meraih redhaNya..untungnya di 'sana' nanti telah dijanjikan bidadari syurga menunggu akak dn suami di pintu syurga..semoga akak dn suami redha dn diberikn selalu kekuatan dariNya..ameen..jg diri ye kak.

    ReplyDelete
  18. takziah ye,...semoga kuat hadapi ujian ni... takecare..

    ReplyDelete
  19. TAKZIAH sis .. kte rasa mende yg sama :( twin sy lahir 12 feb 2014.. ALLAH xtergmbar rasa di hati .. insyaALLAH .. ada yg terbaek utk kte lps ni.. ALLAH sdg mengatur sesuatu yg lbh lbh baik ..

    ReplyDelete
  20. takziah,bykkan bersabar...awk insan yang terpilih untuk diuji....semua yang berlaku ada hikmahnya..moga terus tabah yea...

    ReplyDelete
  21. Terima kasih semua..48 hari pemergian arwah,air mata masih mudah mengalir apabila rindu,namun hidup perlu diteruskan..yg penting mohon Allah beri hidayah dan pedoman untuk melalui hari2 mendatang.Semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  22. Hanya takziah yang mampu diucapkan... Besar sungguh ujian Allah pada sis dan suami. Rasa terkesan di hati saya juga... Moga sis terus tabah InsyaAllah.

    ReplyDelete
  23. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. Ya Allah.. sedihnya saya baru dapat tau. Takziah Nuriz... Semoga Nuriz & suami tabah.

    ReplyDelete
  24. Tq Pamela.,insha Allah kami tabah.,Amin.,

    ReplyDelete
  25. mengalir air mata baca entry ni...dan ianya mengingatkan saya dengan bidadari syurga kami yang telah pergi 2 tahun lepas. semoga nuriz iman terus tabah dan kuat dengan ujianNya. InsyaAllah ada ganjaran yang lebih baik di sebalik ujian ini. jemput singgah ke blog saya http://abidami.blogspot.com/2013/03/redha-dengan-ketentuannya.html

    ReplyDelete