Wednesday 9 April 2014

RINDU BERTANDANG LAGI DAN LAGI DAN LAGI..

Kebanyakan masa yang aku rindu arwah anak,aku biasanya teringat paras wajahnya,dan selalunya yang aku terbayang saat terakhir aku dakap dia..kadang2 macam mimpi..dari proses FET,check up every week sampai 12 weeks,check up monthly after that,proses bersalin sampai lah ke saat2 terakhir bersama..

Apa status aku agaknya sekarang ya..Hubby kata you are a mother..Kalau tak kerana gambar2 masa aku pregnantkan dia,sungguh aku akan rasa ini seperti mimpi.Tapi semuanya adalah real apabila aku menatap gambar arwah..ya..satu2nya gambar yang aku simpan,masa mula2 dulu,tak boleh tengok langsung,then dah lebih 10 hari boleh tengok tapi dengan deraian air mata secara automatik.Lepas tu sampai 30 hari boleh dikatakan sehari mesti sekali tengok dengan linangan air mata.Selepas 30 hari hingga 45 hari tengok dengan air mata bergenang.After that sampai sekarang,tengok dengan senyuman.

SENYUMAN?Tak sedih lagi kah aku.Tak ada perasaan kah aku?Tak,bukan begitu.Aku dah set nak tengok bila,aku akan tengok masa aku tengah stabil.Buah hati ini adalah sesuatu yang indah pernah berlaku dalam hidup aku jadi aku adjust untuk tatap gambarnya pada waktu aku stabil.Apapun keadaannya,tak dapat mengubah apa apa.AKU TETAP RINDU!

14 comments:

  1. Betul tu kak Nuriz.....Yani sekarang dalam fasa yang sama. Mula-mula aritu, memang mengalir airmata teresak-esak bila tengok gambar dan video arwah mak. Tapi sekarang gambar mak tersenyum ceria jadi tatapan mata bila-bila Yani terlalu rindu atau teringat sesuatu yang related dengan arwah mak. Gambar senyuman mak macam beri semangat kat Yani, terasa mak masih ada lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa Yani..Rindu tu normal apatahlagi kita baru kehilangan,menangis memang melegakan..terasa lepas menangis kita kuat sedikit demi sedikit,mereka hanya berpindah alam,bukannya tiada,sebab tu kita terasa2 mereka ada lagi..Semoga kita tabah ya dik.,Amin..

      Delete
    2. InshaAllah Kak Nuriz.....Yani ni kena ada orang disekeliling baru rasa terisi...kalau berseorangan (drive ke, alone kat rumah ke) memang teringat-ingat, melayan perasaan sampai jadi sebak. Kadang-kadang tu time emosi stabil, fikir balik rasa puas dpt jaga mak lebih sedikit dr adik beradik lain sementara belum ada komitmen anak ni....Allah tu adil kan Kak? Dia belum beri rezeki anak, tapi Dia beri rezeki jaga mak, belai mak dan duduk dengan mak......

      Delete
    3. Alhamdulillah..kami semua yang follow Yani turut merasakan kepuasan Yani jaga arwah..inilah hikmah yang besar pada kita yg ttc,kita ada nikmat masa yang lebih dari orang lain..Alhamdulillah..betul Yani,akak pun masa memula tu kena berteman,lagi parah cepat terkejut kalau dengar bunyi kuat ke,suara orang menjerit ke..masa akan menyembuhkan kita dengan izin Allah...Amin..

      Delete
    4. Amin Kak Nuriz.....terima kasih! InshaAllah....

      Delete
  2. Replies
    1. Sama L apa yg kita rasa,mudah2an diberi peluang sekali lagi untuk dapat anak2 yg sihat dan soleh..Amin..

      Delete
  3. It would take some time kak... hang in there...hugs...

    ReplyDelete
  4. Kak nuriz, ly dpt rase ape yg akak rase. Ly doakan akak cepat2 recover dr semua rase di atas dan Allah bg kegembiraan buat akak suami isteri dgn segera. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Ly.,rasa ni on off,datang datang..Ly jg diri dan kesihatan baik2 tau..

      Delete
  5. salam kak..insyaALLAH baby akak menunggu utk bersama akak di syurga nanti. beruntung akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap ibu bapa mahu anaknya di hadapan mata namun wajib percaya qada dan qadar Allah,..

      Delete