Daisypath - Anniversary

Thursday, 12 June 2014

I have it all

Masalah kesuburan kami - my side. Husband - No, he's perfect.

Aku kahwin pada usia 28 tahun. 2 tahun PJJ dengan suami so jumpa kadang-kadang seminggu sekali. Selalunya 2 minggu sekali. TTC? Tak fikir pun sebab mungkin masa tu aku ingat aku PJJ sebab tu aku belum pregnant. Padahal umur dah 30 tahun. Tak sedar diri lagi tu. :-)

Tahun ke tiga dan ke empat, tahun yang budget tight sangat. Masa ni dah duduk sama. Baru pindah, baru beli rumah. Husband baru tukar kerja. Masa ni merangkak-rangkak memperbaiki tahap ekonomi jadi tak adalah ke klinik bagai. Just usaha berurut , makan apa saja yang dicadangkan yang di bawah kemampuan kami. Result? No, nothing.

Mula- mula, experience ke klinik kesihatan untuk mintak refer ke gynea hospital. Sangat sedih. Dah tunggu dari pagi buta sampai turn tengah hari, masuk bilik doktor dia boleh kata datang next week boleh tak. Dia banyak kerja untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi. Lagipun kena cek betul betul baru boleh rujuk aku ke hospital. That time aku dah kahwin 5 tahun, tak ada anak lagi dan banyak sangat ke pengesahan lain yang dia perlu? Terus down di situ. Ini aku pergi lepas ke LPPKN. LPPKN suruh pergi hospital but before that kena mintak surat rujukan dari klinik kesihatan. Then dapat cerita dari kawan yang buat IUI di hospital tersebut, dia tak tengok sangat telur besar ke tidak terus je proceed. Mungkin inilah hikmahnya..Zaman tu lah kot. Zaman sekarang mungkin dah improve. Rezeki masing-masing. Mungkin orang lain ok je experience mereka kan.

Bila aku refer hospital swasta, aku dah 35 tahun dah. Kenapa dah 35 tahun baru ke swasta? Jawapannya pastilah faktor kewangan. Doktor tak suggest dah IUI untuk aku, that's why aku proceed IVF. And IVF works for me..Alhamdulillah..tapi masih belum rezeki lagi untuk memelihara anak dan membesarkannya penuh kasih sayang..InshaAllah Allah akan beri tepat pada masanya, jadi aku tak perlu risau.

Fresh IVF, aku positif pregnant, tapi tak nampak sac (karung baby) walaupun strong positif pada UPT dan beta HCG doubling dengan elok. So..aku buat D n C.

After D n C, still strong positif, then rupanya ektopik pada tiub kiri therefore kena remove both tubes sebab yang kanan ada fymbrial cyst dan tutup terus tiub. Gynea bimbang next FET akan ektopik lagi sekali. Ada sebab lain, takut tak jadi pregnant sebab ada air beracun dari tiub kanan yang akan effect pada embryo yang sedang cuba menempel kat dinding uterus. So, aku menjalani prosedur laparotomy. Sedih sangat masa ni.

Then, Alhamdulillah..FET yang kedua berjaya pregnant tapi arwah baby meninggal sehari selepas lahir. Aku tak lepas bersalin normal dan terus emergency ceaser. Therefore, orang kata jahit atas bawah which is aku rasa bersalin baru sekali dan dah rasa kedua-duanya..iaitu bagaimana bersalin normal dan bersalin ceaser.

I have it all..
- berurut
- makan macam macam ubat dan makanan yang boleh bantu pregnant
- IVF (IUI tak pernah buat)
- D n C
- Laparotomy
- Bersalin

Allah Maha Berkuasa...Hasil semua ini, kami dikurniakan Allah seorang bidadari syurga yang sangat kami kasihi selama-lamanya..Kini, kami berdoa agar segala yang kami lalui ini diredhai Allah dan berdoa agar diberi peluang sekali lagi untuk memperoleh zuriat yang soleh dan solehah serta sihat agar dapat menjadi penyejuk mata kepada kami sekeluarga..

Al-fatihah untuk Nur Fayyadh Husna kesayangan mummy dan ayah..Tiada sehari pun yang berlalu tanpa kami berdua berbicara tentang dirinya yang kini riang gembira bersama anak-anak syurga yang ibu bapanya sama seperti kami, diduga dengan pemergian anak mendahului kami ibu bapanya. Aku pasti, kami yang tergolong dalam golongan ini Allah kurniakan ketabahan dan ketenangan kena sesungguhnya Dia Maha Adil. Siapalah yang tidak sedih, tetapi Allah telah memberi kita hadiah yang tak akan dapat ditukar ganti dengan sesuatu pun di dunia ini. Semoga kita semua akan dapat bersama-sama arwah anak di syurga kelak..Amin Ya Rabbal 'Alamin..

27 comments:

  1. ;( sabar ye nuriz n suami..alfatihah utk arwah nur fayyadh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Noli..masih membina kekuatan selepas pemergiannya..Noli take care ok..

      Delete
  2. Amin... smg kita semua dapat merasai nikmat menjadi seorang ibu soon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..inshaAllah..yg penting jgn berhenti berusaha dan berdoa..sama2lah kita saling ingat mengingatkan..

      Delete
  3. Kak Nuriz...Yani nak mengeluh dan mengalah pun rasa segan kat Kak Nuriz....Yani baru 2 step je berbanding usaha Kak Nuriz....inshaAllah Kak, Allah nampak usaha Kak Nuriz dan suami....ada ganjarannya nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah cakap mcm tu dik..berapa pun step yg ditempuh,tetap menyakitkan dengan cara yg tersendiri..hakikatnya setiap kita menginginkan zuriat yg soleh dan solehah..tapi setiap kesakitan,kesedihan yg kita rasa,inshaAllah ada ganjaran sabar untuk kita..Amin..

      Delete
  4. kuatkan semangat!!kadang2 kita ingat kita je yang menghadapi macam2 dugaan...ada lagi yang terpaksa melalui dugaan lebih hebat...memang mudah orang yang menasihatkan kita...kalau dah hadapinya sendiri barula tau macamana keadaan sebenar..saya sendiri pon kadang tak sangka kene hadapi semuanya sampai tahap ni... tak pernah jangkakan langsung diri ni terpaksa menghadapi epidural dan pemindahan darah...apa2 pon kita kene kuat...hugss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Opi..ada org diduga lagi hebat,Allah tak uji di luar kesanggupan kita..dah bahagian kita kan Opi..mudah2an diberi peluang sekali lagi kepada kita..hugs..

      Delete
  5. Teruja dgn ketabahan Nuriz. Semoga FET akan dtg dipermudahkan... Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Pamela..saya doakan ivf 4 Pamela berjaya..Amin..

      Delete
  6. Ketabahan akak suami isteri memberi pengajaran pd ly juga. Semoga itu semua Allah nilai sebagai tiket ke syurga. InshaAllah. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...tq Ly..sebenarnya support system yg penting, suami,keluarga,kawan2,dan geng ttc alam maya yg byk memberi semangat..hanya pada Allah kita berserah diri..Ly take care n baby too...

      Delete
  7. Perancangan Allah tu yg terbaik kan..Allah menguji ikut kemampuan hambanya...tapi kdg dlm hati bila suara jahat berbisik,mampu sgtkah aku?kuat sgt kah aku hingga diuji sebegini??astaghfirullahalazim....moga kita semua terus kuat mengharungi ujian Allah ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kita tahu semua tu,tapi kita belum benar2 faham hikmah ujian tu,sebab tu hati kita berbolak balik.Semoga Allah kurniakan kita zuriat yg soleh dan solehah..Amin..

      Delete
  8. kuatnyeee semangat akak.iya xtahu if iya boleh hadapi ujian macam akak.semoga Allah berikan kekuatan kepada kita semua yg ttc.Allah tu Maha Mengetahui semuanyee kan kakkk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. On off jugak kekuatan ni iya.,kejap down,kejap ok..mudah2an limpahan rahmat Allah sentiasa bersama kita semua..Amin..

      Delete
  9. Alhamdulillah... Kagum saya dengan Nuriz yang tabah dalam menghadapi dugaan-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap hari berdoa agar diberikan kekuatan dan ketabahan..masih perlukan doa dari semua..doakan saya ya!

      Delete
  10. u are such a strong women:)
    wanita yang terpilih untuk melalui ujianNya...
    mudah2an dimurahkan rezeki nuriz sekeluarga:)aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Mag..hanya jadi kuat sahaja pilihan yg saya ada..mudah2an Allah berkati segalda usaha kita dan ampunkan dosa2 kita..Amin,,

      Delete
  11. Kak nuriz...thanks for sharing..igtkan diri sy yg ujian saya ni sesuai dgn saye...org lain lg besar ujiannya bandingkan dgn saye...sy pun kawen 28 juga..lepas 8 bln br tersedar...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang akak sedapkan hati sendiri mungkin kalau ujian lain kita tak sanggup hadapi,.Allah Maha Mengetahui tahap kita..huhu

      Delete
  12. Nuriz, walaupun Allah 'pinjam' kan sekejap bidadari awak..selamanya awak akan ada kenangan manis mengandung dan melahirkan. Bonus lagi untuk awak dan suami sebab dah ada bidadari syurga menanti. Allahuakbar.

    Ily doakan semoga ada rezeki lagi untuk nuriz dan suami. Bila masanya, semua akan datang seperti yang Allah aturkan :)

    ReplyDelete
  13. Tq Ily atas doa Ily..saya doakan Ily juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..Amin..segalanya di dunia inipun hanya pinjaman, yang kekal adalah negeri akhirat yang abadi..semoga kita semua beroleh keselamatan dan keampunan di sana..Amin..

    ReplyDelete
  14. Kadang2 rasa iri hati bila tgk perjalanan hidup org lain yg smooth je, kawin cepat, dpt anak cepat, ada rumah selesa.. tapi bila check balik hidup ni, apa yag ada skang, Allah dh bgi sebaik2nya tuk kita.. mungkin perjalanan kita susah, tapi ada hikmah lain yg kita dpt.. salute dgn kak nuriz..kak nuriz mmg tabah :)

    ReplyDelete
  15. Kita bandingkan dengan orang yang lebih susah dari kita barulah kita sedar betapa beruntungnya kita..Alhamdulillah..berkat doa semua akak perlahan2 dapat menerima takdir kami..sesungguhnya segalanya yang telah Allah tentukan adalah yang terbaik..inshaAllah..

    ReplyDelete
  16. IVF Treatment Center In Delhi is a very serious problem among many couples today. There might be hundreds of reasons why a spouse may become infertile. There may be a problem with the husband or the wife, but it mustn't be a reason to stop you from having children of your own. Thanks to today's modern inventions and technologies, it has now become possible for an infertile couple to bear their own children.

    ivf treatment center in delhi

    ReplyDelete