Monday 14 July 2014

Monday Blues

Hari ni hari penat..tu yang tajuk Monday blues..mula dengan malam semalam tak boleh tidur walaupun dah pukul 2 pagi..kerja yang banyak berlambak lambak..lusa dah start kursus 2 hari which is aku anggap sebagai agak mengganggu rutin harian..di tambah lagi dengan keputusan cek up sugar level dan kolesterol secara 'saja saja je' mendapat result kolesterol aku tinggi..gulp!!

Hari ni dah 16 Ramadhan..Ya Allah..sekejapnya masa berlalu..semalam temankan mama sopping barang dan baju raya..meriah sangat..nak raya lah katakan..tapi aku,,dalam hati, dalam minda, dalam jiwa raga..
Apa pun aku tak beli
Apa pun tak menarik perhatian

Sesungguhnya, aku redha dengan Qada' dan Qadar Allah..Permudahkanlah Ya Allah..Allah sedang menguji kerana sebagai hamba sesiapa sahaja layak diuji..
Si Dia? My other half? Aku tak dapat meneka apa yang bersarang di mindanya..Semoga dia pun tabah..

Kini, bila soalan tentang anak diajukan..
Aku hanya jawab, ada seorang..tapi dah simpan..
Agak janggal dibibir aku..
Tapi aku berdaya melakukannya..
Sedaya upaya..
Biasanya yang tanya yang baru sekali jumpa..
Di klinik..
Di tempat kerja..
Yang dah tahu..
Tak sedikitpun menyebut dan mengungkit..
Kerana mereka mengerti barangkali..
Sepi..
Sunyi..
Tak teruja nak raya..
Sedih puasa dah lebih separuh bulan..
Ya Allah..tabahkanlah hati hambamu ini..
Tentu kalian faham rasa hatiku..
Terima kasih kerana memahaminya..
Lebih terima kasih lagi kerana bersama-sama membantu aku mengharunginya.
Aku doakan segala sokongan yang diberikan kepada aku, selagi aku berjaya harungi kesepian hati ini dengan tabah bertemankan kata-kata semangat dari kalian semua, selagi itulah aku doakan ianya menjadi pahala sedekah jariah buat kalian semua...Insha Allah..
Amin ya Rabbal 'Alamin..

Next FET? First appointment adalah 11 Ogos iaitu lepas raya. Bermula semula perjalanan treatment yang penuh roller coaster..Ada yang TTC saing-saing buat FET atau IVF atau IUI bulan 11 atau 12 ni tak? Nanti boleh share2 tips dan cerita ok.Semoga dimurahkan rezeki kita semua..Amin..

16 comments:

  1. Akak, u r strong and keep on being strong...coz we always have Allah...and nothing would harm us, or make us sad because that is what Allah wants for us, that is the way He chart our life, with all the hikmah that may only known by Him. But we know this is the best for us, at least for now :-)

    InshaAllah, saya pun nk buat ivf bulan 11 :-) bleh jadik cycle buddy saya kak... Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coz we always have Allah..so true Nina..thanx..jom jadik buddyz..heheh

      Delete
  2. kak nuriz iman n ST good luck both of u.. L doakan semoga segala urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq L..L take care too..kiss sket pipi baby rafarl..

      Delete
  3. InshaAllah...semoga ade rezeki baby IVF untuk Kak Nuriz dan ST kali ini....seronok dengar masing-masing dah mula nak buat treatment...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..Amin..semoga ada rezeki untuk kita semua..

      Delete
  4. Semoga berjaya FET akak nnt dan dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT.. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..Sizuka..berdebor walaupun lama lagik.,standard la kan..hehe

      Delete
  5. In syaa Allah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah. Ucu doakan kite semua akan berjaya conceive tahun 2014 ni...

    ReplyDelete
  6. Kak Nuriz, sue tak tahu nk ckp apa sbb sue pun kadang2 lemah dgn dugaan yg lebih kecil dri Kak Nuriz.. but be strong kak nuriz, mmg kadang2 pedih perasaan ni nak lalui semua ni kan..tmnbh2 bila pikir perasaan suami kita jgak.. semoga lebih tabah kak Nuriz.. n semoga smeuanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sue,dia ada masa..kadang2 tu ok..kadang2 tu tak ok..semoga kita semua tabah mengharungi apa jua dugaan..Amin..

      Delete
  7. Semoga Nuriz selalu tabah macam biasa :)
    saya pun ada perasaan hambar. tu yang kali ni raya nak buat biskut sendiri. nak cuba new resepi. tiba2 jer..hehe

    semoga dipermudahan IVF kita kali ni. saya insa'Allah bulan depan buat :)

    ReplyDelete
  8. Being strong is the only choice i have T.T.bulan dpan?dah dekat dah tu.good luck pamela..byk2 blogger yg saya tau, pamela lah penguat semangat kami untuk terus berusaha..berapa kali pun,yg penting..Allah tak tanya apa yg kita dapat, tp Allah nilai apa yg kita usahakan..semoga dipermudahkan segalanya..Amin..

    ReplyDelete
  9. nuriz,gud luck tuk fet nanti...sy sentiasa doakan kawan2 blogger sy berjaya.insyaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ieda..kita sama2 usaha lagi.semoga Allah perkenankan doa2 kita..Amin..

      Delete