Daisypath - Anniversary

Tuesday, 12 August 2014

Post Appointment

Doktor tanya period dah ok ke tak. Aku katalah ok dan takde berpanjangan macam masa ada lebihan daging tu, so doktor kata tak perlu cek sebab simptom dah tak ada. Lega.

Perbincangan terus pada FET. Nak buat transfer bulan Disember so period bulan November kena behave. Kalau bulan Oktober period tak datang, doktor suruh datang cek untuk tengok dinding rahim tebal ke tak. Kalau tebal, maknanya dah nak turun darah so ubat turun darah bagi jugak tapi tak perlu lama. Kalau dinding rahim nipis lagi macam tak ada tanda nak period, kena makan ubat turun darah lama sikit. Pendek kata period Oktober dan November sangat penting. Mudah-mudahan Allah permudahkan....Amin...

Next appointment kalau period ok adalah day14 lepas period. Asid folik perlu diteruskan. Progynova makan day 2 period November 2 biji, 3 kali sehari...Kali ni taknak salah makan lagi macam dulu..Lepas tu topik kurus pulak. Doktor kata nak suruh turunkan sikit lagi berat badan before proceed FET. Tapi aku dah kurus.hehe.( tak tau lah bertahan berapa lama..) Saya diet doktor. Diet atkins yang glamer tu. : )


4 comments:

  1. Terbaik lah! :) semoga semuanya stabil & dipermudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.,tq pamela..doa saya untuk pamela juga..

      Delete
  2. Wah...dh nk mula fet?bestnya..Saya doakan moga kejayaan mengiringi usaha nuriz..Gud Luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ieda..inshaAllah lg 3 bulan..tq doakan,saya doakan ieda dipermudahkan fet nanti.,Amin..

      Delete