Friday 31 May 2013

FET CD 11

Rutin harian aku makan asid folik dan progynova. Progynova tu 1 papan ada 28 biji kena makan 3 kali sehari. So hari ni dah habis sepapan aku telan dan nak start dengan papan yang baru.(dah macam kilang papan).Sebenarnya ubat ni kena letak dalam fridge tapi aku ni kan bukannya sentiasa tiap kali pukul 7pagi, 3 petang dan 11 malam ada kat sebelah fridge.Jadi aku dengan selambanya kadang-kadang tu masuk handbag bila jalan-jalan,letak kat bilik time aku layan korea dan di mana-mana sahaja asalkan tak kena cahaya matahari. Mungkin sebab benda tu ubat, bukan injection macam dulu dulu so aku tak berapa menjaga lah.

Maka pagi ni aku pun ambil papan yang baru (dari kotaknya,yang aku bawak ke hulu ke hilir tu kotaknya ntah mana ntah) dari fridge baru lah perasan tulisan nurse 2 biji, Ya puan puan, 2 bijik! Maknanya sepanjang 10 hari yang lalu aku dah salah dose lah kan. Nggeeeeeee....Cepat cepat message dr tentang hal ni. End of message perkataan aku ....Tak apa ke Dr? Shortly after 5 minutes Dr balas...tak apa...ngeh3...so start hari ni makan lah 2 bijik. Tu lah cerita buduh aku kerana tidak mengikut kempen kerajaan iaitu rajin-rajinlah membaca.

Day 14 iaitu Isnin ni 3/6 dah appointment Dr. Harap-harap beza sebijik ubat tak effect proses penebalan dinding rahim aku. Kalau effect gak, salah siapa tu?hehe...

14 comments:

  1. Nak buat caner kak eh...benda dah lepas... Tapi doc kata x pe, ok la tu kot... Insha Allah, saya doakan smooth sailing this FET :-)

    ReplyDelete
  2. Thanx nina..harap2 tak de apa2 la..hehe

    ReplyDelete
  3. insyaAllah xde pape tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah..hehe..nak tau ade apa2 ke tak, tunggulah Isnin yang saspen ni

      Delete
  4. Insya Allah ok tu..
    Good luck dear..nnt jika turn sy kena lalui proses ini sy diberi kekuatan spt awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear..insha Allah,kekuatan dari Allah..hebat tu.

      Delete
  5. semoga dipermudahkan segala usahanya ye..ameen :-)

    ReplyDelete
  6. Assalam..akak..nasib baik terjumpa blog akak ni..saya pun tgh makan progonova..masa dpt2 terus kira cukup tak dgn jadual yg diberi doktor.tetiba pagi kira tak cukup satu..adehhh penin kepala pikir di mana..apakah..bagaimana..
    Pikir punya pikir...rupa2nya semalam saya termakan lebih drpd saranan doktor drpd 3kali ke 4kali..punya risau tak hingattt..

    ReplyDelete
  7. Assalam..akak..nasib baik terjumpa blog akak ni..saya pun tgh makan progonova..masa dpt2 terus kira cukup tak dgn jadual yg diberi doktor.tetiba pagi kira tak cukup satu..adehhh penin kepala pikir di mana..apakah..bagaimana..
    Pikir punya pikir...rupa2nya semalam saya termakan lebih drpd saranan doktor drpd 3kali ke 4kali..punya risau tak hingattt..

    ReplyDelete
  8. Hehe..takde apa tu..sikit je kesilapan teknikal,don wori k

    ReplyDelete
  9. hai nuriz...boleh ke nak makan progynova ni tanpa arahan Dr? I ada prob dengan ketebalan dinding rahim. Ok ke kalau tebalnya 7.3mm pada CD10? telur2 saya dah saiz 18x15 dan 18x14 macam CD10 tu. Saya isau bila telur dah capai 18x20 or 18x22 nanti dinding rahim tak capai 10mm tebal. Macam mana nak buat ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau nk kata atie,sebab lain dr lain amalannya.nk yg bagus mmg 10mm,tp saya pun lepas masuk embryo 3 hari jumpa dr dia ada mention dinding rahim tak tebal,tp x semestinya xleh peknen.last yg saya tau,dinding sy cuma 7.5mm je

      Delete
  10. Get in touch with the India's most popular and reputed IVF Centre in Ludhiana. Our doctor and expert team will guide you properly about the treatment and cost.

    ReplyDelete