Friday 12 April 2013

PEMBEDAHAN EKTOPIK - DAY 1

1/3/2013 Persediaan pembedahan kali ni sangat berbeza daripada D n C hari tu. Mungkin hari tu cukup syarat2 sah puasa sebelum operation jadi tak ada masalah nak kena masukkan ubat ikut dubur untuk buang semua mende dalam perut. lagipun ari tu tak open pun. D n C je.(ceh, bleh pulak cakap 'je..) padahal masa D n C tu takut giler. Ubat dubur ni musti sebab syarat posa aku tak mencukupi. padan muka. sibuk nak makan la apa la.then aktiviti cukur mencukur pun dilakukan oleh nurse bertugas. Cukuran adalah sekitar peha dan perut. apa kaitan peha aku tak tau lah. Yang kat 'tu' aku wat sendirik hokayyy..malu la saya.

Lepas masuk ubat terus rasa nak g toilet. berkesan tul ubat tu. Kiranya sekarang dah kosong la perut aku ni. Dalam pukul 8 malam aku ditolak ke OT. Perasaan tak setakut masa D n C sebab ni kali kedua tengok OT yang scary ni. Masuk je tunggu tak lama macam masa D n C. tak sempat rasa sejuk pun. Terus ke bilik OT. Kat dalam Dr bius dah tunggu. Berbual-bual bagi aku leka then terus tertidur. sedar-sedar aku tengah on the way disorong ke wad. Sampai je kat wad tiba-tiba aku rasa sakit teramat sangat kat tempat bedah. Tiba-tiba aku terjerit-jerit sakit. Selalu tak macam ni (ni pengalaman ketiga operate after appendix dan D n C).

Maka kelam kabut lah nurse dan mama menenangkan aku. I can't help it, sakit sangat-sangat. Nurse kata " sabar kak, Dr tengah tulis ubat, kejap lagi masuk ubat akak tak sakit lagi. sabar ye" Kenalah aku bersabar. Dalam 10 minit nurse pun masukkan ubat then aku tak rasa sakit tapi lemah dan tertidur. Malam ni adik bongsu yang tunggu tapi dia tak perlu buat apa lah sebab aku tido je malam ni..Selesai sudah episod duka dalam hidupku..Tapi hidupku bukan hakku..Hak Allah semata-mata. sebagai hamba aku mesti redha walau bagaimana sedihpun ketentuan yang diujiNya..Mungkin ini adalah kaffarah terhadap segala dosa-dosaku selama ini.. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberi ujian beserta kekuatan bersama-sama.. Engkaulah Tuhan Yang Maha Adil atas segala musibah hamba-hambaMu..

2 comments:

  1. Ujian Allah tanda Dia sayang. Dan ujian Nya sesuai dengan kemampuan hamba Nya. Ternyata nuriz seorang yang tabah. InshaAllah ada hikmahnya. I doakan Nuriz akan berjaya dlm percubaan akan datang. Amin.... Salam perkenalan :-)

    ReplyDelete
  2. Setuju sweet. La yukallifullahu nafsan illa wus'aha..Amin...untuk sweet juga :-)

    ReplyDelete