Sunday 14 April 2013

PEMBEDAHAN EKTOPIK - DAY 3 - FINALLY

3/3/2013 Since petang semalam dah mula pegi toilet pelan-pelan dan mula mandi air panas. Tapi nak angkat-angkat tangan lebih-lebih tak boleh la..Terpaksa lah mama mandikan anak mama yang dah besar gedabak ni. Thanks mama...

Hari ni hari Ahad jadi the whole family ada. Patient yang katil sebelah malam petang semalam dah keluar jadi malam tadi mama tak perlu tidur kat kerusi malas lagi. Tidur je atas katil. Cuma tengah-tengah malam aku nyusahkan mama gak bangun nak kencing bagai. Masa ni water drip dah ditanggalkan. So senang sikit nak gerak ke sana sini.

Tengah hari Dr datang bagi ubat magnesium/zink makan 3 kali sehari dan plasenta biri-biri (ni memang trademark dia sebab semua patient yang bersalin or operate memang disuruh makan mende ni). Tujuannya untuk memulihkan luka bedah. Mama tanya boleh tak nak makan pati ikan haruan atau gamat. Dr say tak boleh.Okkkk...

Dr : Anak berapa?
Mama : 4. semua perempuan. Ini yang sulung.
Dr : Dah ada cucu?
Mama : Belum. Yang lain belum kawin.
Dr : Nanti dapatlah cucu daripada yang ni (sambil tunjuk kat aku dengan confidentnya...hehe). Makan semua makanan, jangan pantang-pantang. kalau sebelum bedah boleh makan, kenapa pulak lepas bedah tak boleh makan. Kalau betul tak boleh makan, diri sendiri akan tau dan tak akan makan pun makanan yang dia allergic. So tak payah pantang-pantang ok.
Aku : Dr nak tanya, ovari ada ke lagi?
Dr : (sambil gelak) ada...U boleh keluar petang ni dan rest. I bagi MC sebulan. U get well fast ok.
Aku : Ok. Insya Allah.

Tapi aku makan pantang-pantang juga. Cuma taklah keterlaluan. yang aku tak makan seafood, ais, sayur yang sejuk-sejuk. Yang lain aku belasah.haha. Petang pukul 5 discharge. Alhamdulillah..di sebalik semua musibah ini, yang hikmahnya ialah aku selamat. Itu yang penting.
KOS - RM6428.00




3 comments:

  1. Smg semakin sembuh... Dah abis mc dah la ni eh? I dpt mc sebulan, nk masuk keje balik bercinta je rasanya... Huhuhuhu....dah seronok dok kt umah :-)

    ReplyDelete
  2. dah abis sweet..kalau tak kerana ni tak cuti..i cuba nak dapatkan sebanyak mungkin aura positif b4 FET..so sekarang fasa tunggu the AF. Past 44 days still not coming yet

    ReplyDelete
  3. Wow u berapa u habis utk ivf ni total....buat kat mana...blh than price

    ReplyDelete