Monday 15 April 2013

POST-OPERATION

3/3/2013 Ahad - Home Sweet Home. Sampai rumah pukul 6 petang. Luckily bilik bawah memang dah kemas time D n C hari tu so takde masalah nak kena naik tangga.
4/3/2013 Isnin - Akhirnya aku tak tido bilik pun. Tidur kat ruang tamu sebab senang nak tengok tv.heheh. Buat masa ni kalau dah baring flat, memang tak boleh nak bangun walaupun berpaut pada sesuatu, kena lah orang tolong bagunkan. Nak bongkok tak boleh. Aku just duduk, baring, jalan pelan-pelan pegi toilet. Mandi still mandi air panas lagi..
7/3/2013 Khamis - Dah seminggu, aku dah boleh bangun sendiri. Darah kat pad masa ni macam spotting je.
9/3/2013 Sabtu - Darah banyak balik. So dua hari pakai panty liner hari ni kena pakai pad balik.
12/1/2013 Sabtu - Hari ni dah rasa sihat sikit. Recovery stage one kot. Haha memandai je aku.

Nampak entry ni macam aku concentrate kesihatan fizikal aku jek kan. Tapi kesihatan emosi tu yang statik dari mula operation. Kejap2 teringat. Time teringat tu hubby lah jadi mangsa. Kadang-kadang aku rasa dia kuatkan diri sangat-sangat masa ni untuk aku. Thanx hubby. Can't help it. Always see my little 2 inch white bean in my mind....:-(

Hingga satu malam before appointment dr, kesedihan memuncak dan all out! After tu, lega sikit dan tak rasa sangat dah pilu yang mencucuk-cucuk tu. Lagipun during hubby pujuk tu dia terkeluar perkataan : "kalau awak (hilang dah honey nya) nak terus-terus menangis macam ni saya tak bagi dah teruskan treatment ni,kalau next treatment even worse ke, macam mana awak nak kuat lagi,takut masa tu saya pun dah tak kuat dah nak bagi awk semangat.

 Hubby sedih sama saja macam honey walaupun bukan hubby yang sakit..tapi hubby kena kuat untuk kuatkan honey..."

Boleh gitu? Part kata tak bagi teruskan treatment tu yang aku zip mulut aku tu..zzziiiiippppp! tak mo nangis-nangis dah...huhuhu

2 comments:

  1. Mcm i ni pulak, lagi hubby i pujuk, lagi kuat i meraung...huhuhuhu... Nk buat cm ne kan... Mmg dgn air mata la baru boleh nk lepas rasa sedih dlm diri. Selagi x nangis, rasa tersekat dlm hati... X kluar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sweet.lepas da all out rasa lega ckit kan

      Delete