Daisypath - Anniversary

Wednesday, 2 October 2013

KISAH MENJAGA PEMAKANAN

Sejak terdapat gula yang tinggi pada urin, setiap hari rasa suspen nak minum air manis ngan nak makan nasik..Apalah dosa nasik tu kan..Selalu intai2 keyword GDM kat internet..GDM = Gestational Diabetes Melitus berlaku pada orang mengandung walaupun seumur hidup tak pernah ada diabetes!Kadang2 tu rasa macam over react sebab sebenarnya minum air gula pun belum lagi..Tapi yelah kan..cegah sebelum parah.

Minggu pertama lepas cek up tu beriya iya lah aku jaga,minum air manis hanya waktu pagi tu pun mintak kurang manis,makan nasi sekali je waktu tengah hari, malam just makan ringan ringan je. Tapi lately perut asyik lapar je..Hai..tak boleh jadik ni. Sudahnya mula semalam sampai hari ni bukan main rancak aku bedal air manis dan makan nasik. yelah nak ikutkan hanya roti gandum penuh dan suku sakat spageti je yang Glisemic Index (G.I) nya rendah.  Termasuk gak la segala sayur dan protein..mana tahan makan lauk jek..huhu..

Nak kabo, G.I ni kalau yang tinggi akan menyebabkan makanan yang dimakan sangat cepat ditukar menjadi gula dalam darah sebab orang GDM ni insulin yang pankreas keluarkan tak cukup. Kalau G.I rendah at least insulin yang tak berapa banyak tu dapatlah dicukup-cukupkan. Macam nasi, G.I nya tinggi. Tu yang doktor kata makan sikit dan jangan makan nasi waktu malam. hm....entahlah. Susah menjaga makan bila nak masuk 5 bulan ni sebab selera sangat tinggi masa ni. Strategi aku ialah nanti dah dekat 12 hb yang kena minum air gula tu lah baru pantang sesikit..azam hari esok nak kurangkan air manis yang aku dah mula buat macam takde apa-apa tu..Doakanlah keazaman aku ni berjaya ye kengkawan..Thanx..

6 comments:

  1. akak, ipun skang nih nak kurangkan intake gula...coz gula salah satu contributor to calories. heheheh... takot pulop diabetic bila preggy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye nina,kena jaga2..akak awal2 hari tu belasah je semua..sekarang la kesannya..ngee...

      Delete
  2. dear, kena kuat lawan for the sake of the baby.. susah masa memula je.. nnt after 1 week, in shaa allah.. replace white with brown rice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasal..thanx for the advise dear, nk kena gigih lg ni..

      Delete
  3. Kak Nuriz....jaga kesihatan....betul cakap MZ tu, for the sake of both of you; baby and mum....x lama kak, 9 bulan je kena kawal...chaiyok kak! Yani doakan semuanya selamat sampai delivery nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Yani...akak doakan segala usaha Yani diperkenankan Allah..Amin..

      Delete