Tuesday 1 July 2014

Kalau fokus pada nikmat, nak mengeluh pun tak sempat

Bersiaran dari dalam bank nunggu adik aku bukak akaun..lamanya! Sempat satu entry..Selamat berpuasa semua muslim, dah hari ketiga dah..Alhamdulillah masih dikurniakan Allah peluang bertemu lagi Ramadhan..

Kalau tahun lepas, puasa dalam keadaan pregnant arwah baby, puasa tahun ni puasa perut kosong (memanglah kosong, kan..kata puasa)..mana tahu puasa tahun hadapan dikurniakan sekali lagi dalam keadaan pregnant juga, kuasa Allah..tiada yang mustahil!

Maka..tidak terhitung oleh kita nikmat yang Allah kurniakan..masih juga kita mengeluh atas hanya terlalu sedikit nikmat yang belum Allah kurniakan..sedangkan kita masih sihat, masih boleh duduk, baring, tidur lena, berjalan,makan,minum, beribadah..Ya Allah..banyaknya nikmat!

Bulan penuh barakah ini, marilah sama2 kita mohon keampunan dari Allah atas segala dosa2 kita, kemudian berdoa atas hajat utama nan satu itu..semoga kita tergolong dalam golongan yang Allah makbulkan doa..dan semoga kita dapat berjumpa dengan malam Lailatulqadar yang sangat istimewa..Amin..


Thursday 12 June 2014

I have it all

Masalah kesuburan kami - my side. Husband - No, he's perfect.

Aku kahwin pada usia 28 tahun. 2 tahun PJJ dengan suami so jumpa kadang-kadang seminggu sekali. Selalunya 2 minggu sekali. TTC? Tak fikir pun sebab mungkin masa tu aku ingat aku PJJ sebab tu aku belum pregnant. Padahal umur dah 30 tahun. Tak sedar diri lagi tu. :-)

Tahun ke tiga dan ke empat, tahun yang budget tight sangat. Masa ni dah duduk sama. Baru pindah, baru beli rumah. Husband baru tukar kerja. Masa ni merangkak-rangkak memperbaiki tahap ekonomi jadi tak adalah ke klinik bagai. Just usaha berurut , makan apa saja yang dicadangkan yang di bawah kemampuan kami. Result? No, nothing.

Mula- mula, experience ke klinik kesihatan untuk mintak refer ke gynea hospital. Sangat sedih. Dah tunggu dari pagi buta sampai turn tengah hari, masuk bilik doktor dia boleh kata datang next week boleh tak. Dia banyak kerja untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi. Lagipun kena cek betul betul baru boleh rujuk aku ke hospital. That time aku dah kahwin 5 tahun, tak ada anak lagi dan banyak sangat ke pengesahan lain yang dia perlu? Terus down di situ. Ini aku pergi lepas ke LPPKN. LPPKN suruh pergi hospital but before that kena mintak surat rujukan dari klinik kesihatan. Then dapat cerita dari kawan yang buat IUI di hospital tersebut, dia tak tengok sangat telur besar ke tidak terus je proceed. Mungkin inilah hikmahnya..Zaman tu lah kot. Zaman sekarang mungkin dah improve. Rezeki masing-masing. Mungkin orang lain ok je experience mereka kan.

Bila aku refer hospital swasta, aku dah 35 tahun dah. Kenapa dah 35 tahun baru ke swasta? Jawapannya pastilah faktor kewangan. Doktor tak suggest dah IUI untuk aku, that's why aku proceed IVF. And IVF works for me..Alhamdulillah..tapi masih belum rezeki lagi untuk memelihara anak dan membesarkannya penuh kasih sayang..InshaAllah Allah akan beri tepat pada masanya, jadi aku tak perlu risau.

Fresh IVF, aku positif pregnant, tapi tak nampak sac (karung baby) walaupun strong positif pada UPT dan beta HCG doubling dengan elok. So..aku buat D n C.

After D n C, still strong positif, then rupanya ektopik pada tiub kiri therefore kena remove both tubes sebab yang kanan ada fymbrial cyst dan tutup terus tiub. Gynea bimbang next FET akan ektopik lagi sekali. Ada sebab lain, takut tak jadi pregnant sebab ada air beracun dari tiub kanan yang akan effect pada embryo yang sedang cuba menempel kat dinding uterus. So, aku menjalani prosedur laparotomy. Sedih sangat masa ni.

Then, Alhamdulillah..FET yang kedua berjaya pregnant tapi arwah baby meninggal sehari selepas lahir. Aku tak lepas bersalin normal dan terus emergency ceaser. Therefore, orang kata jahit atas bawah which is aku rasa bersalin baru sekali dan dah rasa kedua-duanya..iaitu bagaimana bersalin normal dan bersalin ceaser.

I have it all..
- berurut
- makan macam macam ubat dan makanan yang boleh bantu pregnant
- IVF (IUI tak pernah buat)
- D n C
- Laparotomy
- Bersalin

Allah Maha Berkuasa...Hasil semua ini, kami dikurniakan Allah seorang bidadari syurga yang sangat kami kasihi selama-lamanya..Kini, kami berdoa agar segala yang kami lalui ini diredhai Allah dan berdoa agar diberi peluang sekali lagi untuk memperoleh zuriat yang soleh dan solehah serta sihat agar dapat menjadi penyejuk mata kepada kami sekeluarga..

Al-fatihah untuk Nur Fayyadh Husna kesayangan mummy dan ayah..Tiada sehari pun yang berlalu tanpa kami berdua berbicara tentang dirinya yang kini riang gembira bersama anak-anak syurga yang ibu bapanya sama seperti kami, diduga dengan pemergian anak mendahului kami ibu bapanya. Aku pasti, kami yang tergolong dalam golongan ini Allah kurniakan ketabahan dan ketenangan kena sesungguhnya Dia Maha Adil. Siapalah yang tidak sedih, tetapi Allah telah memberi kita hadiah yang tak akan dapat ditukar ganti dengan sesuatu pun di dunia ini. Semoga kita semua akan dapat bersama-sama arwah anak di syurga kelak..Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Monday 9 June 2014

Fikir terlalu ke hadapan

Ada tak jadi pada korang bende ni..iaitu kadang kadang fikir terlalu ke hadapan..which is tak bagus kot..Dulu masa mula2 buat ivf, aku membayangkan bagaimana kalau kena buat FET if IVF tak berjaya..Lately, aku dok membayangkan macam mana kalau FET tak berjaya dan nak buat fresh IVF yang kedua! Hei! Aku rasa something wrong lah otak aku ni..Macam negatif kan sikap macam ni..Patutnya aku positifkan minda tentang FET kali ni..Positip,positip,positip!

Dan buat diri banyak berfikir yang bukan bukan..not good, not good..Ataupun bila kita dah pernah alami kegagalan demi kegagalan..automatik minda kita bersifat protective lebih sikit, memberi isyarat bahawa ada jalan lagi if tak berjaya dalam usaha kita..larat dengan tak larat je lah menempuh lagi 6 bulan 'peperangan' minda ni..

Guys...i need positive vibes..Ya Allah..permudahkanlah urusan TTC kami semua..Ameen..

Thursday 5 June 2014

Again..dengan izin Allah

Dalam pada aku kata taknak risau period tak datang, 2 kali gak aku sms doktor tanya pasal hal aku tak period..haha..taknak risau konon..kali pertama aku sms 29 Mei.Selalunya, lambat macam manapun doktor akan balas.Kali ni tak.Sampai hari ni dia tak balas.Lagipun apalah urgentnya setakat tak period kan..lainlah bleeding ke, sakit kuat ke..

Hari ni dah seminggu doktor tak reply, aku sms lagi bagitahu aku miss period bulan Mei. Today dah 5 Jun. Aku takut November nanti period tak datang.Macam mana nak proceed FET Disember nanti. Dalam 10 minit doktor call.Rupanya dia nampak message aku yang first tapi tak sempat nak balas, message kedua ni dia terus call lagi senang. Di pihak aku pulak memang taknak call dia sebab tak urgent macam mengganggu pulak nanti kan..

Jawapan dia, biar je kalau bulan Jun pun tak ada.3 bulan before FET jumpa doktor nanti doktor betulkan period. Aku cakapla aku memang kena jumpa dia 11.8 untuk cek lebihan daging vagina tu ada lagi ke tak.So, ok. Jawapannya biar je. Legalah sikit aku rasa.

Tup tup nak solat maghrib ada secalit darah period kat panty. Hehe..kebetulan sungguh..agaknya takut kena  'betulkan', period pun keluar..Alhamdulillah..Allah izinkan..

*dalam lega period, tetiba sedih tak dapat baca yassin malam ni..nanti mummy dah bersih, mummy baca yassin lagi ye sayang..kita baca sama2.:'(

Wednesday 28 May 2014

Dengan Izin Allah

Aku ada satu tugasan yang memerlukan aku hubungi pegawai peringkat daerah. Dah call, tak angkat. Dah sms, tak balas. Dua hari lamanya. Akhirnya aku terus call pegawai peringkat negeri. Dengan izin Allah, pegawai tersebut angkat telefon walaupun dia dah nak berangkat pergi umrah. Kat airport time aku call tu dan menjawab segala kemusykilan aku. Alhamdulillah...Tau tak selama dua hari tu betapa risaunya aku, aku seakan terlupa bahawa jika ada izin dariNya, pasti dipermudahkan. Petang yang sama, pegawai peringkat daerah call aku balik dan minta maaf tak respon sebab agak sibuk dengan mesyuarat. :-)

Aku dah lama nak ziarah kubur arwah anak, hubby sebelum ni outstation jadi tak berpeluang pergi. Aku belum ada kekuatan untuk pergi sendiri. Balik sini, hubby tetap sibuk tapi hari ni appointment dia tangguh pukul 6.00 jadi sempat dia balik rumah sekejap ambil aku dan pergi ziarah..Alhamdulillah..dengan izinNya, aku dapat kesempatan yang dah ditunggu agak lama dari ziarah pertama dulu. Kepok dan nisan dah dipasang dengan elok dan kukuh. Tapi macam biasa, pergi rindu...balik pun rindu..:'(

Selepas period bulan April aku ada spotting sikit sikit lepas 15 hari period bersih. Tanya doktor, itu bukan period tapi istihadah. Jadi, boleh solat. Lepas seminggu, spotting pun tak ada. Tunggu pulak period bulan Mei sepatutnya ikut kitaran 32 hari aku akan period 25 hb tapi sampai hari ni tak ada. Aku punya risau tiga hari ni...

Tapi sekarang ni aku macam dah tak nak risau lagi kerana aku pasti dengan izin Allah aku period, kalau Allah belum izinkan lagi..aku tak perlu risau.. Begitu juga apa-apa pun yang berlaku dalam hidup aku, aku cuba untuk sentiasa ingat segalanya hanya akan berlaku DENGAN IZIN ALLAH...


Saturday 24 May 2014

Oh..Inilah hikmahnya..

Pernah tak U ols terdetik dalam hati ke, kat mulut ke tentang ayat 'oh...inilah hikmahnya..' mesti pernah kan? Macam aku masa mula-mula nak decide buat next Frozen Embryo Transfer (FET) aku memang berniat nak buat cepat, nak pregnant lagi secepatnya, nak buat bulan Mei ni  (standard IVF lah tunggu 3 cycle). Ikut sangat hati masa tu..Tapi kan aku ada cerita yang kami akhirnya decide buat end of this year.

Masa aku decide aku buat bulan Mei tu, memang tetap pendirian aku macam dah tak boleh diubah-ubah dah decision tu. Tapi aku ada buat istikharah sekali, waktu siang (nak afdal, malam ye tak?). Aku baca buku solat sunat tu supaya kosongkan fikiran jangan detik dalam hati sikitpun keputusan tu, nanti hasilnya kita akan ikut kata hati dan kita anggap tu sebagai petunjuk. Padahal hati kita yang dah tekad..tu pasal lah menjurus pada yang kita nak je.

Aku pun cubalah kosongkan hati, kononnya lah...haish...tak boleh pun korang..Susah tau! Hati dan fikiran aku tetap tertanam nak buat bulan Mei..Entah apa-apa lah..Tetapi, Allah Maha Berkuasa..Satu persatu Allah tunjukkan..First, hubby yang tak kisah aku nak buat bulan berapa pun tiba-tiba jadi kesah. Dia taknak aku buat bulan Mei. Second, bila doktor tanya nak buat bila, aku boleh kata " memang asalnya nak bulan Mei tapi nak tenang lebih baik hujung tahun ni." Laju je ayat tu keluar padahal aku sangat-sangat nak cepat asalnya. Third, tiba-tiba duit yang dah ready sedia ada peruntukan untuk buat FET terpaksa digunakan dulu untuk perkara lain. Lastly..pasal kerja. Rupanya start esok, aku ada tugas yang sangat penting dan hanya berakhir tengah bulan Jun sebelum Ramadhan..

Hah, amek kaw!! Mana boleh melayan stress Two Weeks Wait (2WW) campur stress kerja..Faham-faham je lah roller coaster 2WW tu kan. Uncertainty, asyik datang je bisikan-bisikan negatif, asyik dengan persoalan 'what if'..Oh, sangat tidak mudah melaluinya..kena tenang..tenang..tenang setenangnya..Mudah mudahan nikmat ketenangan itu Allah kurniakan kepada kita yang TTC ni..Ameen...

** Lagi satu, mana perginya cik period aku ni..tak mai lagi ni..hah, yang ni lagilah terang benderang petunjuk yang aku memang tak sesuai buat bulan Mei! :-)

Sabar ye Mummy.....Hehehe

Sunday 18 May 2014

Blur

Aku dah naik keje rabu 14.5, bila kawan2 tanya dah sihat,aku akan kata dah ok,.Alhamdulillah..dalam hati pun ok je..tapi ada masa2 tertentu yang aku macam blur,.fikiran aku melayang2,aku dengar keriuhan di sekeliling,tapi aku sunyi..sepi..senyap..
Fikiran aku masa blur tu tertumpu pada arwah baby Nur Fayyadh Husna..aku sentiasa rasa dia ada bersamaku,dalam hatiku,dalam fikiranku,dalam doa2ku..

Ya Allah..Allahu Akhbar! Yang nyata, semua perkara dah tak sama,aku masih aku tapi dalam versi berbeza..entahlah,susah aku nak terangkan..mungkin masa akan menyembuhkan lara di hati..doakan aku kuat ye kawan2..terima kasih atas doa2 kalian semua.,mungkin doa2 kalianlah menjadi asbab aku mampu bertatih perlahan2 kini.,terima kasih tidak terhingga..love you all..

Sunday 11 May 2014

Mummy in my own way

Air mata tumpah lagi..
Sana sini bicara tentang hari ibu..
Tv,blog,fb,iklan,pasaraya..
Sambutan hari Ibu di kalangan masyarakat dengan pelbagai cara..
Di mana2 sahaja..
Aku? I am a mummy in my own way..
Masih terasa saat hati berbahagia mengandungkan dan melahirkan arwah Nur Fayyadh Husna ke dunia ini..
Hanya 32 jam hayatnya di dunia ini..
Kemudian dia pergi ke pangkuan yang Maha Pencipta..
Selamanya sayang anak mummy dan ayah,walaupun kini dikau tiada..
Syukur padaMu Ya Allah kerana hanya memberikan yang terbaik untuk kami..
Mudah2an kami diizinkan sekali lagi dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..
Sesungguhnya Allah sebaik2 yang mewarisi..

Tuesday 6 May 2014

Result Pap Smear

Actually aku patut jumpa Dr 24.4. Tapi aku period 23.4 so Dr suruh datang lepas habis period. Alhamdulillah tak ada masalah apa-apa. Pada report tu tertulis 'negative for intraepithelial lesion or malignancy'. Yang penting, pada sampel yang diambil mesti kena ada dua2 sel iaitu sel luar dan sel dalam serviks. Nama sel dalam serviks tu ialah 'endocervical cell'.

Dr ada mention kalau sel servik bahagian luar saja yang dianalisis pastu ok takde apa2, rupanya sel dalam tak dapat ambil dan ada sel kanser tapi dilaporkan sebagai normal, itu bahaya. Padahal sel dalam serviks tak diambil. Patient ingatkan ok, rupanya ada kanser kan haru tu..Maka, penting untuk Dr ambil kedua2 sel ini,pastikan pada report ada tulis 'endocervical cell presented' tu. Macam aku kena repeat pap smear setahun dari sekarang.Bagi yang ada abnormalities mungkin kena ulang 6 bulan ke, aku tak sure.

Apapun, masa tunggu result ni agak berdebar jugak lah..tak tipu.huhuhu...
Ada yang tak syok appointment kali ni,aku didapati ada lebihan daging dalam vagina di samping fungus yang masih ada tapi kali ni dah tak banyak macam dulu dan agak cair sikit (TMI..hihihi).Daging tu sikit je,Dr gunakan istilah 'cubit' masa dia remove daging tu,mungkin besar biji halba je kot.Ini kesan jahitan episiotomi masa bersalin hari tu.So, Dr suruh datang kalau ada bleeding atau spotting pelik2 lepas ni. Tu yang period aku jadi panjang tu.Bukan bleeding pun tapi spotting sikit2 je.Mende ni lah sebabnya.Kalau takde bleeding pun tetap kena datang 11.8 nanti.

Then, Dr cek rahim dan ovari. Appointment lepas ada cyst pada ovary kiri size 3.26 cm. Alhamdulillah, dah takde dah. Aku cuba berjalan 30 minit dekat taman hampir setiap hari, jaga makan tak ambil karbo banyak sangat dan lebihkan sayur-sayuran. Ini aku baca kat fb dr hamid arshat cara2 elakkan cyst atau apa sahaja ketumbuhan. Fast food dia suruh avoid jugak, tapi aku fail yang ni.

Aku datang dengan bff aku.Rupanya masa aku kat katil rawatan, Dr ada tanya bff aku, ,"macam mana dia,dah ok tak",bff aku kata "dah ok, next week dah naik kerja"..ye..minggu depan dah naik kerja..aku kena kuatkan hati.,terlalu banyak kenangan bersama arwah baby Nur Fayyadh Husna semasa mengandung di situ.Doakan aku tabah melaluinya....T.T....

Tuesday 29 April 2014

Sentiasa rindu

Walau ke mana pun aku membawa diri ini pergi, kenangan bersama arwah Nur Fayyadh Husna tetap bersamaku..today dah CD7, hanya spotting, mungkin esok dah boleh mandi dan inshaAllah dah boleh hadiah bacaan yassin seperti biasa..

Aku belum jumpa doktor lagi untuk result pap smear.Mungkin next week baru pergi. Tak urgent sangat.Just tvs untuk tengok still ada fungus atau tak,dan cyst kat ovary kiri ada lagi atau tidak.

FET lambat lagi..another 7 months to go..tapi selalu jugak terfikir2 pasal ni..padahal lama lagi. Agaknya orang yang undergo IVF memang macam ni eh.. :-). Ada orang post kat fb :

FAIL = First Attempt In Learning
END  = Effort Never Dies
NO   = Next Opportunity

Ini bermakna usaha yang kita rasa fail, sebenarnya baru first attempt in learning, yang kita rasa takde harapan lagi..its the end sepatutnya menjadikan effort never dies and bila the answer is no kita tukarkan kepada next opportunity.Semoga jatuh bangun kita dalam usaha memerangi infertility tidak berakhir..Semoga semua usaha yang kita lakukan dan akan lakukan diberkati Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..InshaAllah..Amin..

Wednesday 23 April 2014

CD 1 April 2014

Officially CD 1, kitaran 32 hari,bila belek2 post dulu2,aku cuma sempat period sepanjang 2013 sebanyak 2 kali lepas operation ektopik.20.4.2013 dengan 21.5.2013.Lepas tu dah FET.kitaran 32 hari gak.

Actually esok ada appointment ambik result pap smear dengan re check fungus pada vagina tapi sebab dah period doctor suruh datang lepas habis nanti.Sedikit melegakan dan kelapangan di situ.Yang tak best,tengah dok puasa ganti,period pukul 4 petang.Perasaan?Redha jek lah kan.Mesti u olls pernah jadik macam aku gak sepanjang hidup,ke tak.ke lagi sadis dah tinggal setengah jam nak berbuka.hehe...

Bagus ada blog ni,boleh buat rujukan untuk diri sendiri disamping nak share ngan kengkawan lain.ada part tu bila baca balik macam eh,.,ada eh aku buat tu, buat ni.Ni yang aku dok menaip ni pun untuk ditengok bulan2 depan la ni..maklumlah makin lama makin berusia...tik tok tik tok..:-)

Ada kesayuan juga period ni, tak dapat baca yassin untuk arwah anak..sayang mummy...nanti mummy dah bersih mummy hadiahkan bacaan yassin untuk sayang ya..semoga sayang sejahtera,gembira dan berbahagia bersama kawan2 di sana...Amin...

Tuesday 22 April 2014

SALAM MUSLIM ISNIN,21.4.2014

Bismillahirrahmanirrahim..
Siapa tengok Salam Muslim kat TV Alhijrah semalam?Aku tengok.Tentang zuriat dan beberapa kisah tentang IVF.Dr.Ismail Tamby ada,Dr.Adilah ada,ustaz dan ustazah pun ada.Ada jugak couple yang dah dapat baby dan ada yang tengah tunggu kelahiran baby kembar tiga (Alhamdulillah..tahniah!)

Pesan ustazah Robiah tentang yang nak ambil anak angkat, niat kena betul.Bagi yang belum ada zuriat pula belum tentu ada anak,anak tu jadi rezeki.Pesan Dr.Adilah pula, jangan putus asa.Pesan dr Ismail,suruh datang buat cek up bagi pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan anak.Pesan ustaz pula,banyakkan berdoa.

Aku rasa best sebab kalau dulu sebut IVF tak ramai yang tahu,sekarang dah keluar kat TV dah detailnya.Tapi honestly,kalau aku sendiri tak ada masalah kesuburan, aku pun tak tau jugak kot.Apa yang penting kita berusaha, kemudian tawakkal pada Allah.


Sunday 13 April 2014

ZIARAH SINGKAT KE ISTANA KECIL

Alhamdulillah..tercapai hajat ziarah ke istana kecil,percaya atau tidak aku n hubby hanya singgah tak lebih 10 minit.Kawasan perkuburan kanak-kanak di sini terasing jauh dari perkuburan orang dewasa.Kepok arwah dah dipasang,nissan saja belum dipacak oleh pembuat kepok.Pada kepok ada nama arwah,tarikh meninggal masihi dan hijrah serta usia.Usia 1 hari.

Aku jeling nissan kubur sebelah kiri,usia 1 hari juga,tarikh 26 Feb,10 hari lepas arwah Fayyadh Husna.Kubur sebelah kanan tak tengok tarikh tapi usia 6 bulan,Ya Allah..dah pandai senyum ketawa meniarap agaknya kan...Ramai betul kawan2 arwah...Comel sangat kubur anak anak di sini umpama taman.Kawasan tanah agak becak tapi tak berair sebab hujan petang lately.

Aku rasa ada terlalu banyak untuk diucapkan tapi sebak tak terluah,dengar hubby menangis kecil aku dengan gagahnya kata b, jangan nangis,kan kita gembira ziarah anak.padahal aku pun nangis jugak.Aku cuma kata "Assalamualaikum anak mummy,mummy datang ni..Fayyadh Husna gembira dah bahagia ya sayang..mummy sayanggggg..."kemudian aku baca al fatihah dan berjanji akan datang lagi..thats it.Perasaan sedih yang penuh ketenangan,hilang sebentar rasa rindu,.Alhamdulillah..

Saturday 12 April 2014

RESULT APPOINTMENT

10.4.2014, Khamis aku appointment dengan gynea.Cek rahim dari perut dan tvs sekali.Buat pap smear jugak.Guna spekulum untuk ambil sampel pada rahim.Then dr kata aku ada fungus (yis) pada pangkal rahim. Aku pun kata sejak habis period 5hb aku tak jumpa sebarang discharge pada panty.Aku pun gumbira lah.Senang nak solat,tak payah tukar panty bagai,rupanya tak bagus u ols,yang bagus ada discharge sebab boleh pastikan apa yang tersimpan kat rahim atau vagina. Due to fungus tu dah pekat sangat,thats why la bersih je rasa.hmmmm...

Then ada cyst besar 3.25cm kat ovary kiri,ovary kanan ada telur kecik2.Aku rasa sepanjang treatment tak pernah ada sebarang cyst, tiba2 dah bersalin timbul pulak.Haruslah aku suspen kan.Aku tanya dr bahaya tak.Dia kata tak.Cyst come n go,.tapi aku google kalau lebih 5cm bahaya tapi bergantung pada jenis gak.Cyst ni mende normal yang berlaku dalam kitaran haid kita.Jadi..aku fikir positif je dulu,huhu

Then..here comes the main topic of the appointment...FET.Dr tak tanya,aku start dulu.
Aku : Dr, ni pasal FET,
Dr    : Ok,u nak buat bila
Aku : Ikut hati saya nak bulan 5, tapi ikut keselesaan bulan 12
Dr    : Ok,takpe. Ikut keselesaan u nak buat bila.So jumpa dr bulan 11 untuk ambil ubat progynova.
Aku  : Dulu awal lagi dr dah bagi progynova tapi salah makan.Termakan sebijik je
Day 14 baru catch up 2 biji.uterus lining pun 0.79 je.
Dr    : U ingat semua ya.jumpa dr 24hb untuk cek fungus dan result pap smear
Aku : Dah ni je yang jadi fokus saya..hehe.so,asid folik start sekarang ke nanti.
Dr    : Sekarang,sebenarnya semua woman yang belum menapous kena makan,mana tau pregnant kan.
Aku  : Saya mana ada tiub dr..takkanlah..
Dr     : Ada kan orang pregnant walaupun tak ada tiub..saya tahulah..


Ya. Boleh saja kan..dengan izin Allah..Amin..Dr bagi aku progynova, ubat vagina bentuk gel dengan asid folik.Tetiba malamnya aku demam,sampai semalam. Semalam pulak aku ada jatuh terduduk, hari ni jadi sakit perut pulak..hai..macam2 kan.tak apalah..redha je..adalah hikmahnya semoga diampunkan segala dosa2ku..Amin..

Thursday 10 April 2014

APPOINTMENT TODAY

Aku ada appointment dengan gynea hari ni.Rasanya untuk cek rahim, buat pap smear and discuss next FET(aku still kat umah lagi).Actually seawal 3 months after ceaser rahim dah sembuh tapi kalau google kat mana mana normally the doctor will advise to wait 2 years before conceive again...well..tak seswai untuk ttc person especially me!

Me  -no more fallopian tubes, both removes (IVF is only option)
       -had 3 frozen embryos waiting for me
       - I'm 37 years old this year
       - can't conceive naturally (actually can, ALLAH WILL,KUN FAYA KUN)

Hubby n me sepakat nak buat FET end of this year which means 9 months after ceaser,see...tak dapatlah nak nunggu 2 tahun..huhu..tapi to tell you the truth,deep down inside aku nak buat secepat mungkin.mungkin aku terlalu ikutkan hati yang merindui arwah Nur Fayyadh Husna..mungkin aku fikir dengan hamil lagi akan membantu mengurangkan lara di hati kerana kerinduan padanya...Mungkin.Apa pun serah pada Allah kerana perancangan Allah adalah yang terbaik,..*mummy rindu sayang mummy..Al-fatihah...*


Wednesday 9 April 2014

RINDU BERTANDANG LAGI DAN LAGI DAN LAGI..

Kebanyakan masa yang aku rindu arwah anak,aku biasanya teringat paras wajahnya,dan selalunya yang aku terbayang saat terakhir aku dakap dia..kadang2 macam mimpi..dari proses FET,check up every week sampai 12 weeks,check up monthly after that,proses bersalin sampai lah ke saat2 terakhir bersama..

Apa status aku agaknya sekarang ya..Hubby kata you are a mother..Kalau tak kerana gambar2 masa aku pregnantkan dia,sungguh aku akan rasa ini seperti mimpi.Tapi semuanya adalah real apabila aku menatap gambar arwah..ya..satu2nya gambar yang aku simpan,masa mula2 dulu,tak boleh tengok langsung,then dah lebih 10 hari boleh tengok tapi dengan deraian air mata secara automatik.Lepas tu sampai 30 hari boleh dikatakan sehari mesti sekali tengok dengan linangan air mata.Selepas 30 hari hingga 45 hari tengok dengan air mata bergenang.After that sampai sekarang,tengok dengan senyuman.

SENYUMAN?Tak sedih lagi kah aku.Tak ada perasaan kah aku?Tak,bukan begitu.Aku dah set nak tengok bila,aku akan tengok masa aku tengah stabil.Buah hati ini adalah sesuatu yang indah pernah berlaku dalam hidup aku jadi aku adjust untuk tatap gambarnya pada waktu aku stabil.Apapun keadaannya,tak dapat mengubah apa apa.AKU TETAP RINDU!

Thursday 3 April 2014

SEJARAH SOLAT

Cuti bersalin tapi tak busy macam aku ni kerja aku tengok tv.Yang paling menarik 30 Minit Ustaz Don tentang sejarah solat.

SUBUH-asalnya dari solat Nabi Adam A.S.Masa diturunkan ke dunia,keadaan gelap gelita maka masa mula2 terbit fajar baginda solat dua rakaat kerana meminta ampun kepada Allah dan bersyukur kerana selamat dari kegelapan.

ZUHUR-asalnya dari solat Nabi Ibrahim A.S semasa baginda hendak menyembelih anakandanya Nabi Ismail A.S namun Allah gantikan dengan qibash yang besar.Kerana kesyukuran, baginda solat empat rakaat dan waktu itu adalah waktu zuhur.

ASAR-asalnya dari solat Nabi Yunus setelah dilepaskan dari perut ikan nun.Baginda solat 4 rakaat kerana syukur terlepas dari 4 kegelapan iaitu malam,ribut,laut dan ikan nun.

MAGHRIB-asalnya solat Nabi Isa A.S. Semasa diselamatkan dari kaum yang ingin membunuhnya.waktu tersebut pada waktu maghrib.1 rakaat kerana syukur selamat dari dibunuh, 2 rakaat kerana selamat dari fitnah terhadap ibunya,kerana lahirnya Nabi Isa baginda dapat bercakap semasa bayi dan membela ibunya yang ketika itu dituduh wanita tidak baik dan rakaat ketiga untuk menunjukkan yang layak disembah hanya Allah Ta'ala dan baginda bukanTuhan

ISYAK-asalnya dari solat Nabi Musa kerana selamat dari mengikuti orang2 yang sesat.Selamat dari kesesatan kaumnya,selamat dalam perjalanan dengan isterinya,selamat dari firaun dan selamat dari anak2 firaun.

Semoga bermanfaat,kalau nak lengkap kenalah menonton,ni yang aku ingat2 je :-)