Wednesday 9 April 2014

RINDU BERTANDANG LAGI DAN LAGI DAN LAGI..

Kebanyakan masa yang aku rindu arwah anak,aku biasanya teringat paras wajahnya,dan selalunya yang aku terbayang saat terakhir aku dakap dia..kadang2 macam mimpi..dari proses FET,check up every week sampai 12 weeks,check up monthly after that,proses bersalin sampai lah ke saat2 terakhir bersama..

Apa status aku agaknya sekarang ya..Hubby kata you are a mother..Kalau tak kerana gambar2 masa aku pregnantkan dia,sungguh aku akan rasa ini seperti mimpi.Tapi semuanya adalah real apabila aku menatap gambar arwah..ya..satu2nya gambar yang aku simpan,masa mula2 dulu,tak boleh tengok langsung,then dah lebih 10 hari boleh tengok tapi dengan deraian air mata secara automatik.Lepas tu sampai 30 hari boleh dikatakan sehari mesti sekali tengok dengan linangan air mata.Selepas 30 hari hingga 45 hari tengok dengan air mata bergenang.After that sampai sekarang,tengok dengan senyuman.

SENYUMAN?Tak sedih lagi kah aku.Tak ada perasaan kah aku?Tak,bukan begitu.Aku dah set nak tengok bila,aku akan tengok masa aku tengah stabil.Buah hati ini adalah sesuatu yang indah pernah berlaku dalam hidup aku jadi aku adjust untuk tatap gambarnya pada waktu aku stabil.Apapun keadaannya,tak dapat mengubah apa apa.AKU TETAP RINDU!

Thursday 3 April 2014

SEJARAH SOLAT

Cuti bersalin tapi tak busy macam aku ni kerja aku tengok tv.Yang paling menarik 30 Minit Ustaz Don tentang sejarah solat.

SUBUH-asalnya dari solat Nabi Adam A.S.Masa diturunkan ke dunia,keadaan gelap gelita maka masa mula2 terbit fajar baginda solat dua rakaat kerana meminta ampun kepada Allah dan bersyukur kerana selamat dari kegelapan.

ZUHUR-asalnya dari solat Nabi Ibrahim A.S semasa baginda hendak menyembelih anakandanya Nabi Ismail A.S namun Allah gantikan dengan qibash yang besar.Kerana kesyukuran, baginda solat empat rakaat dan waktu itu adalah waktu zuhur.

ASAR-asalnya dari solat Nabi Yunus setelah dilepaskan dari perut ikan nun.Baginda solat 4 rakaat kerana syukur terlepas dari 4 kegelapan iaitu malam,ribut,laut dan ikan nun.

MAGHRIB-asalnya solat Nabi Isa A.S. Semasa diselamatkan dari kaum yang ingin membunuhnya.waktu tersebut pada waktu maghrib.1 rakaat kerana syukur selamat dari dibunuh, 2 rakaat kerana selamat dari fitnah terhadap ibunya,kerana lahirnya Nabi Isa baginda dapat bercakap semasa bayi dan membela ibunya yang ketika itu dituduh wanita tidak baik dan rakaat ketiga untuk menunjukkan yang layak disembah hanya Allah Ta'ala dan baginda bukanTuhan

ISYAK-asalnya dari solat Nabi Musa kerana selamat dari mengikuti orang2 yang sesat.Selamat dari kesesatan kaumnya,selamat dalam perjalanan dengan isterinya,selamat dari firaun dan selamat dari anak2 firaun.

Semoga bermanfaat,kalau nak lengkap kenalah menonton,ni yang aku ingat2 je :-)

Saturday 22 March 2014

POSTPONE ZIARAH ISTANA KECIL

Hari Khamis dah boleh solat jadi semangat berkobar2 nak ziarah istana kecil arwah Nur Fayyadh Husna tapi tiba tiba hari ni ada stain fresh blood kat panty,
pakai panty liner lagi jelas fresh blood nya.Kalau saki baki nifas warnanya mesti brown atau kuning keruh.Yang aku ingat,hari ke 30 takde stain coklat dah.warna kuning keruh berlarutan 4 hari pastu baru aku mandi.

Hari ke 30 tu hari Ahad,hari ni Sabtu.Tanya my bff dia kata memang macam tu. Itu darah period!Aku macam oh..ye ke.So bermula lah CD1 lepas bersalin, patutlah masa bukak jahitan ceaser hari tu doktor kata you akan dapat period sangat cepat. Tak sangka pulak secepat ni..musykil gak,apa2 pun yang penting bila tanya mama, mama pun kata normal.

Tadi hubby call tanya barang arwah anak yang bawak pegi hospital simpan kat mana.Aku kata lah ada kat rumah mama.Dia kata, honey bagi tak, kalau nak sedekah kat orang.Wife kawan hubby emergency nak bersalin hari ni,dia tak ready apapun untuk baby sebab baru 7 bulan.Aku pun kata ok lah, dalam tu ada pampers newborn, lampin, kain bedung, barut baby, baju dua pasang, selimut dan bedak baby.Mudah mudahan dapat lah membantu walaupun tak banyak.

NUR - CAHAYA
FAYYADH -MURAH HATI
HUSNA -INDAH, CANTIK

Sayang mummy yang murah hati, mummy sedekahkan sedikit barang2 sayang pada yang memerlukan ya nak..Selebihnya masih tersimpan rapi..mungkin untuk adik2 sayang nanti..Insha Allah..Amin...

Friday 21 March 2014

SURAH YASSIN BUAT BUAH HATI

Alhamdulillah..aku dah habis nifas subuh semalam..actually malam khamis dah agak clear tapi tak confident nak mandi,maka subuh baru mandi..hah..menggigil gigil mandi air sejuk subuh2..34 hari berpantang dah tak berapa pantang dah.hanya stokin yang masih kekal di kaki.segala rutin2 pantang yang lain dah tak buat dah,mama pun dah balik.hubby yang jaga so..faham2lah..dengan hubby semua mende boleh saja.

Malam semalam lepas maghrib buat bacaan yassin sendirian khas untuk arwah anak..Ingatkan tak berlaku apa2 tetapi penangan surah yassin begitu terkesan di lubuk hati,,yang paling syahdu ialah kalau boleh tiada ibu yang mahu membacakan surah yassin untuk anaknya,kalau boleh semua ibu mahu anaknya yang membacakan surah yassin untuknya apabila ibu meninggal dunia..tetapi semuanya tertakluk kepada qada dan qadar Allah Taala..Akulah ibu yang terpilih itu..Aku pohon padaMu Ya Allah kurniakan kepada kami suami isteri hati yang redha dan ikhlas atas ujian yang Engkau berikan..Amin..

Ngam2 habis Yassin buat buah hati hubby muncul di pintu balik kerja,dengar aku   tersedu2 dengan surah yassin di tangan,terus peluk aku dan aku mula tenang semula kerana yakin tidak sendirian mengharungi kesedihan,hubby juga sama.
Bayi yang meninggal dunia suci dan bersih dari segala dosa..Surah yassin untukmu anakku adalah tanda kasih mummy dan tanda kesyukuran kerana Allah memilihmu untuk berada di tempat terbaik di sisinya,.Insha Allah..Amin Ya Rabb..


Sunday 16 March 2014

TARIKH INI...

Tarikh ini bulan yang lalu adalah tarikh bersejarah antara mummy dan Nur Fayyadh Husna..Setelah 38 minggu kita bersama2, tarikh tersebut kita dipertemukan Allah..Indah sungguh aturan Allah kepada kita sayang..Comel sangat buah hati mummy..Selautan kasih yang mummy ada untukmu adalah anugerah Allah Yang Maha Pengasih jua... kita ditakdirkan berpisah pada hari yang sama kerana Allah lebih menyayangimu sayang..

Airmata masih setia menemani di saat mummy menitipkan doa buatmu..Semoga buah hati mummy bahagia dan gembira di sana..Insha Allah bila dah suci nanti mummy dan ayah akan ke istana kecilmu nak..Sebenarnya ayah dah 2 3 kali ke sana, mummy saja yang belum..

Ayah simpan semua barang barang sayang sebelum mummy balik rumah hari tu..hingga kini mummy baru buka sekali almari untuk tengok barang barang tu tapi belum ada kekuatan untuk mengeluarkannya apatahlagi untuk membeleknya satu persatu..

Syukur kepada Allah kerana dengan izin dan rahmatNya meminjamkan sayang kepada  mummy dan ayah walaupun hanya sementara namun mummy sangat bahagia menjadi ibumu sayang..sayang sangat istimewa kerana terpilih untuk menjadi bidadari kecil di syurga Allah..insha Allah..Bukankah tiap sesuatu yang dipinjam mesti dipulangkan kepada pemiliknya?Lambat atau cepat kita semua juga akan pulang kepada yang Maha Memiliki..Innalillahi wainna ilaihi rojiun..Al-Fatihah..





Friday 21 February 2014

BIDADARI SYURGA MUMMY DAN AYAH

Dengan kerinduan yang masih menebal,air mata yang mengalir laju, aku menggagahkan diri untuk memaklumkan semua bahawa puteri kesayangan kami Nur Fayyadh Husna telah kembali ke rahmatullah 32 jam selepas dilahirkan kerana masalah pernafasan,agar rakan2 ttc mahupun yang bukan ttc tidak tertanya2 apa khabarnya aku dan baby..lahir pada hari Sabtu 15.2.2014 jam 11 pg dan pulang ke rahmatullah pada hari Ahad 16.2.2014 jam 7.00 mlm..

Terima kasih kepada yg mendoakan.,doakan aku dan suami tabah dan sabar dengan dugaan ini..doakan juga aku cepat sembuh dari luka bersalin..
Maaf tak mampu cerita detail apa yang berlaku namun kami redha kerana yakin arwah puteri kami kini dalam jagaan terbaik di sisi Allah Taala.Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..

Innalillahiwainnailaihirojiun..dari Allah kami datang, kepada Allah jua kami kembali..Buah hati mummy,sejahteralah dikau di sana di bawah asuhan Nabi Ibrahim A.S Insha Allah..Semoga kita berjumpa lagi dengan izin Allah wahai anakku..Ya Allah Ya Tuhanku,semoga besar hikmah kehilangan ini,gantikanlah kepada kami dengan sesuatu yang lebih baik..Amin ya rabbal alamin..



Friday 7 February 2014

SALAM JUMAAT

Syukur pada Allah atas kurniaanNya kepada kami..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..dipermudahkan Allah dalam perjalanan menuju hari nak bersalin.,Syukur sangat..

Jumaat depan aku akan menyerah diri secara paksa rela..masih berdoa sungguh2 agar tak perlu diinduce tapi tiap kali buat CTG kadang2 ada contraction tapi lemah.CTG hari ni pulak contraction hampir tiada padahal aku dah sakit kat ari ari ni dah 3 hari tapi mungkin sebab baby dah kat bawah,bukannya contraction.Jantung baby ok,itu yang penting.Masih ada 2 appointment CTG iaitu 9hb dan 11hb.13 tak pasti sebab 14 dah admit.Mungkin tak perlu kot.

Perut ni adakala rasa berat dan sakit,adakala tak sakit dan boleh jalan laju.Aku tak ambik cuti awal pun,bertahan sampai 13hb masih kerja.Rasa rugi ambil cuti awal..biarlah cuti panjang dengan baby nanti.Till next entry hanya satu doaku agar dipermudahkan Allah dalam urusanku bersalin nanti..Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahiim..

Tuesday 4 February 2014

CTG LAGI DAN LAGI...

Sabtu 1hb dan Isnin 3hb buat CTG lagi,dua2 hari dr kata ok,tapi tetap kena datang selang sehari..before ni selang 2 hari kan..so esok CTG lagi..tapi demi kesihatan baby kenalah gagahkan diri..

Bills?No bills for CTG.Imagine kena datang selang sehari..let say bill kena Rm50 pun,dah lebih 5 kali dah berapa kan..nasib baik dapat gynea yang bertimbangrasa..thank you doc!

Kesan selalu sangat buat CTG ni adalah aku akan sangat saspen kalau baby tak gerak lebih 2 jam,padahal aku tau baby kan ada masa dia tidur bagai.nanti mulalah aku haruk hubby cakap baby tak gerak..jadik keje hubby lah nak kena menenangkan aku..huhu..

Another 10 days to go before my scheduled induction of labour..kalau boleh nak natural tak payah induce2 sebab induce sangat sakit berbanding natural..huhu dapatkah?Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..Permudahkankanlah urusanku bersalin Ya Allah..Amin..

Wednesday 29 January 2014

STILL FRAGILE

Alhamdulillah..CTG is done.Riki2 kat nurse, katanya ok tapi kena tunggu jugak doktor kata apa..

Then dr kata ok tak perlu datang hari2 untuk buat CTG,tapi datang selang 2 hari iaitu Sabtu ni.

Aku nampak ranking CTG semalam 90 - 170, hari ni 110-180.google dapat bacaan normal 140-160.so..still fragile isn't it?Pergerakan baby just macam biasa je..itu yang menyenangkan hati aku.,Pray for the best!Mummy sakit takpe, mummy da besar..baby jgn sakit ye nak..baby tecit lagi..sob sob...

Tuesday 28 January 2014

DUGAAN....

Hari ni cek up 37 weeks kalau ikut ukuran scan, tp ikut edd baru 36 weeks.Rutin biasa cek urin,berat dengan BP.BP 118/86, urin UTI,sugar tak ada.Berat 67.2 turun 400gm dari last week.Kaki aku da start edema dari last week.

Dugaan bermula masa cek jantung baby kat mesin CTG.Selalu 30 minit dah siap.This time 1 jam tak siap lagi.Rupa2nya jantung baby kejap tinggi kejap rendah.Tinggi 160 rendah 90.Sangat tak stabil.Nurse kata tunggu dr explain.Masa ni aku cuma risau sikit je.

Masuk je klinik tiba2 nurse kata akak start cuti esok eh.Aku kata la lambat lagi.14.2 nanti.Sebab dia kata dah ada contraction.Erk!Bior betul.Tak rasa pun.Mungkin sikit je kot.Lagipun manalah aku tau contraction tu macam mana kan..

Jumpa dr tiba2 nurse kata nak cek jalan maknanya cek bawah la kan..dah berbulan tak cek kut miss V rasa pelik balik.haha.Orang cakap cek jalan sakit,ada yang kata tak sakit,aku tengah2 la,tapi lebih pada tak sakit.Then dr kata jalan masih tutup tapi dah nipis,dah lembut.Aku ada baca pasal ni.Dinding rahim masih tebal umpama hidung , nipis umpama bibir.lembut. macam tu la..

Dr risau heart rate baby which dr kata nadi baby kuat, takut ada problem.So mulai esok aku kena ke hospital setiap hari untuk buat CTG.if ok,dr akan lepaskan cek up seminggu sekali.if not kena bersalin awal untuk elak komplikasi..

Aku berserah kepada Allah.,doakan baby sihat2 ya..Ameen..

Wednesday 22 January 2014

CEK UP 36 WEEKS

Minggu 36 sebenarnya pada gambar scan,dr kata yg ni boleh berubah2,dr tetap kira ikut EDD.EDD pada 26hb,tolak 14 hari jadi 12hb.tapi sebab aku nak admit hari Jumaat maka kenalah serah diri untuk induce of labour pada 14 hb.

So,ikut kan minggu ni baru minggu 35 lah.Simptom2 yg dirasai ialah sakit pinggang dan bahagian ari-ari on off la,baby movement dah agak terbatas due to ruang yang dah sempit kot,tp still berombak2, senget2 perut dibuatnya.

Berat aku naik 2kg dlm masa 2 minggu,ini adalah kenaikan yg sgt besar sepanjang peknen.ni bukan mummy berat ni,ni baby ni...hahah..dr tak komen apa..kira ok la tu kot.rutin cek up mcm biasa,ambil urin,timbang berat,ambik BP.BP 126/73.urin mcm biasa ada infection,sugar takde.Buat CTG jantung baby ok je,cuma saspen nurse pesan suruh dtg hospital cepat kalau baby tetiba tak gerak atau gerak slow dari biasa..huhu.,

Kepala baby dah parking kat bawah kata dr,so yg gerak2 selalu tu dr kata montot iye..hihi..diameter kepala dah 9cm.air ketuban ada 1 bahagian yg sikit,lg 3 bahagian byk lg.boleh tunggu kata dr.Next cek up dah seminggu sekali.28hb,4hb dan 11hb.14 serah diri...makkkkk...,takowtnye...

Monday 20 January 2014

SEDIH..MEDICAL CARD YANG REJECT

Aku ada apply medical card prumychild..siap mintak macam2 report lagi pihak insuran nya..sekali tu reject sebab peknen ivf,sedey tul..sangat didiskriminasi pregnancy ku ini..

Takpe ye nak..nanti dah lahir kita apply lagi...masa tu baby dah kategori normal mcm baby yg bukan baby ivf..Ada hikmah di sebalik semua ini..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..Amin..

Sunday 12 January 2014

DUGAAN DEMAM PANAS

Khamis malam badan dah start dedar,tp ingat biasa..pembawakan baby.3 jam nanti hilang.betul pun esok pagi hilang.tiba2 tengah hari jumaat panas balik,sakit badan.ajak mama pegi urut kat kerusi urut dan minum air anugerah buat penawar,tapi malam makin panas.telan panadol acti fast 2 biji,then tidur.sebab message dr kata boleh makan paracetamol.panadol tu paracetamol gak kan.

Dalam 4 pagi,tersedar sebab terlalu panas,bangun makan lagi actifast 2 biji then msg dr.dalam 5.30 dr balas suh jumpa kat hospital.bgn pagi masih panas gak,gerak g hospital dengan mama.sampai ambil urin,then buat CTG.baby biasalah marah kena strip,wrestling2 kat dalam.then ambil suhu kat telinga 38 djh celcius.agak panas gak la.ambil darah pulak wat test denggi semua clear.nurse kat labour room kata actifast tu kuat.betul pun,sampai kat dr paracetamol yg dimaksudkan adalah uphamol dan makan sebijik je...ayoooo...

Jumpa dr dia bg antibiotik takut jangkitan kuman pada urin menyebabkan demam.kalau esok tak baik jugak warded!erk!balik tu makan ubat then berperang dengan demam sampai 1 pagi tak kurang jugak panasnya.tapi Alhamdulillah,bangun pagi kurang sikit.Ya Allah,sembuhkanlah sakit hambaMu ini..Ameen..

Thursday 9 January 2014

34 WEEKS UPDATE

Petang 7hb gerak ke hospital.Sampai dalam 2.45 petang.Rutin biasa timbang berat, ambik bacaan blood pressure dan urin strip. Berat 65.7.Bulan lepas 64.4.Kali ni takde macam bulan lepas baby tinggalkan 100 gm je untuk mummy.Berat naik 1.3 kg. BP 120/80.Agak normal by the book di situ.Urin tak ada infection tapi kali ni ada sugar...ngeeeee...memang aku lately membelasah segala mende dengan alasan nanti pantang tak dapat makan!

Tak bagitau pun pada dr aku ada kebas kat hujung jari sebab aku baca itu simptom biasa orang peknen. Baby sihat, tak tunjuk muka macam biasalah. Tapi kepala dah ke bawah,dr kata air ketuban cukup.Dr siap kata kejap je perut dah besar,aku katalah saya rasa lama...hihi.Habis cek up kena buat CTG untuk cek jantung baby kat labour room. Kali kedua masuk sini so tak rasa nebes sangat la.First time dulu masa teman bff buat CTG.

Baby aktif sangat2 sepanjang CTG mungkin tak selesa kena strip sampai nurse kata nak pegi mana ni baby tak duk diam..nurse kata perut aku kecik..well...da biasa da dengar komen ni, tapi dia kata tak boleh caya perut kecik ni,dalam tu penuh dia je..haha...redho jek la kalo baby kuar besar nanti..

Hasil CTG jantung baby ok,aku app lagi 21/1 then akan jumpa dr lagi sekali pastu 14/2 serah diri untuk IOL - induce of labour..Ya Allah,.hanya kepadaMu aku bertawakkal..Selamatkanlah aku dan anakku,permudahkanlah segala urusanku..Ameen...