Wednesday 28 May 2014

Dengan Izin Allah

Aku ada satu tugasan yang memerlukan aku hubungi pegawai peringkat daerah. Dah call, tak angkat. Dah sms, tak balas. Dua hari lamanya. Akhirnya aku terus call pegawai peringkat negeri. Dengan izin Allah, pegawai tersebut angkat telefon walaupun dia dah nak berangkat pergi umrah. Kat airport time aku call tu dan menjawab segala kemusykilan aku. Alhamdulillah...Tau tak selama dua hari tu betapa risaunya aku, aku seakan terlupa bahawa jika ada izin dariNya, pasti dipermudahkan. Petang yang sama, pegawai peringkat daerah call aku balik dan minta maaf tak respon sebab agak sibuk dengan mesyuarat. :-)

Aku dah lama nak ziarah kubur arwah anak, hubby sebelum ni outstation jadi tak berpeluang pergi. Aku belum ada kekuatan untuk pergi sendiri. Balik sini, hubby tetap sibuk tapi hari ni appointment dia tangguh pukul 6.00 jadi sempat dia balik rumah sekejap ambil aku dan pergi ziarah..Alhamdulillah..dengan izinNya, aku dapat kesempatan yang dah ditunggu agak lama dari ziarah pertama dulu. Kepok dan nisan dah dipasang dengan elok dan kukuh. Tapi macam biasa, pergi rindu...balik pun rindu..:'(

Selepas period bulan April aku ada spotting sikit sikit lepas 15 hari period bersih. Tanya doktor, itu bukan period tapi istihadah. Jadi, boleh solat. Lepas seminggu, spotting pun tak ada. Tunggu pulak period bulan Mei sepatutnya ikut kitaran 32 hari aku akan period 25 hb tapi sampai hari ni tak ada. Aku punya risau tiga hari ni...

Tapi sekarang ni aku macam dah tak nak risau lagi kerana aku pasti dengan izin Allah aku period, kalau Allah belum izinkan lagi..aku tak perlu risau.. Begitu juga apa-apa pun yang berlaku dalam hidup aku, aku cuba untuk sentiasa ingat segalanya hanya akan berlaku DENGAN IZIN ALLAH...


12 comments:

  1. memang risau period tak teratur. takut sampai skrg.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah tanam dalam minda tak nak risau2.,:-)

      Delete
  2. slm takziah utk bidadari syurga
    inshallah Allah akan gantikannya...ada hikmahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mag..masih mencari cari hikmah..yg pasti Allah lebih menyayanginya..

      Delete
  3. Kan Kak Nuriz......pergi rindu, balik pun rindu.....Yani pun sama macam tu.
    Masa sampai pusara arwah mak, rasa macam terbayang-bayang mak senyum dari atas katil wad sambut kedatangan Yani. Masa nak balik, berkali-kali pandang belakang tengok balik pusara mak, macam terasa-rasa mak tengah lambai tangan masa habis masa melawat....Allahuakhbar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Akhbar!Tak menduga akan diuji sebegini..tapi inshaAllah hati redha...Ameen..

      Delete
  4. akak, kadang saya pun slalu lupa, risau x tentu hala (especially pasal deadline keje...bleh stress dibuatnya...) padahal. kelapangan masa dan hati tu dari Allah... Thanks for sharing this entry...reminder for me...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg selalu berlaku pada akak,risau tak menentu..huhu

      Delete
  5. yup, kekadang slalu pikir, kalau nak buat sesuatu benda tu..jadi ke tak..ok ke tak..tapi bila pikir semuanya dgn izin Allah, klu bukan rezeki kita, kita boleh redha kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat sorang bff akak kata,kalau memang milik kita..walaupun 1000 tangan menghalang,tetap milik kita..kalau bukan milik kita, 1000 tangan membantu pun tetap bukan milik kita..serah segalanya pada Allah..

      Delete
  6. ooo kak nuriz ponnn period tingtong mcm iya eh?hmmm.xpe kak...kite bile cube redha,inshaaAllah hati jadi tenang jeee kan?mmg kadang rasa mberontak sbb teringin itu ini.tp Allah tu lebih tahu ape tbaik utk kiteee.suke artikel ni. ^_____^v chayok kakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm...sampai hari ni pun takde lagi.,tapi tak apa..tak risau dah..hihi

      Delete