Wednesday 19 June 2013

TWO WEEKS WAIT FET - 1

FET DAY
7.30 pagi kami tiba di makmal. This time around aku bawa sendiri air (bacaan surah yassin) dari rumah.

7.35 pagi embryologist informed that 3 embryos survived 100% the thawing process.
Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah semata mata.. Aku ada bacakan surah Al-Fatihah beberapa hari sebelum prosedur dan tujukan pada emrbryoku kerana aku yakin bahawa embryo adalah sel yang hidup yang turut bezikir kepada Allah. Walaupun pada dasarnya ia belum mempunyai jiwa tetapi ia tetap makhluk Allah seperti kita semua. Akupun mula minum air. Kali ni aku berazam tak mahu bangun kencing, aku nak bertahan jugak. 

8.00 pagi, nurse mula scan rahim dan hasilnya pundi kencing belum penuh lagi. Aku sendiri tengok dalam skrin rahim masih pada kedudukan yang tinggi. Pundi kencing belum berjaya push down rahim. Rahim perlu turun sikit untuk memudahkan prosedur. Aku diarahkan minum air lagi.

8.30 pagi, Dr sampai dan buat scan. Bladder dah penuh, rahim dah turun sikit. Dr still nak tunggu lagi. Masa ni aku memang tak tertahan nak kencing tapi aku gagahkan diri bertahan.

8.45 pagi. Aku dah tak dapat tahan lagi. Aku sendiri tekan button loceng panggil Dr masuk. Dr scan dan dia kata dah ok. Boleh mulakan prosedur. Step by step Dr sebutkan apa dia lakukan sepanjang prosedur.
1 st - ' (nama aku), dr sekarang nak bersihkan vagina ya'
2nd - '(nama aku), dr nak masukkan catherer untuk masuk embryo ya'. Masa ni nurse scan atas perut untuk cari spot pada rahim nak pastikan tempat embryo diletakkan adalah tepat. Bila dah dapat spot yang tepat, embryologist panggil nama aku dan aku kena jawab 'ya'. Ini untuk memastikan akulah 'emak' embryo yang dimasukkan. After 5 minutes, aku nampak pada skrin ada 3 bintik putih yang keluar dari bayangan muncung chaterer. Bintik putih itulah embryo aku. Nurse pun kata 'ok, dah siap'
3rd - '(nama aku), sekarang dr nak keluarkan urin'. Then nurse masukkan salur pada lubang kencing dan keluarkan air kencing. After that dr ingatkan aku tarikh appointment dan ubat-ubatan yang mesti dipatuhi. Aku diarahkan baring selama satu jam baru boleh bangun semula. Semua proses ni siap dalam masa 15 minit sahaja. Jam masa ni pukul 9.05 pagi. Sepanjang prosedur, yang aku tak tahan ialah rasa nak terkencing yang amat sampai tak rasa sakit ke tak proses masuk embryo tu. Alhamdulillah selesai. Lepas satu jam aku pun bangun dan ready nak balik. 

Nurse bagi satu borang. Dalam borang tu tulis aku masukkan 3 embryo dan baki embryo yang tinggal ada lagi 3. Bayaran untuk embryo yang tinggal adalah RM1000 tapi makmal akan hantar surat barulah buat bayaran. Kos FET adalah RM3000. 

Do's and don't sama je masa fresh dulu. No sex during 2WW,no shopping (berdiri atau berjalan kot) more than one hour, boleh naik tangga, jangan angkat benda berat, jangan makan ubat-ubatan selain yang Dr syorkan termasuklah ubat sapu ke, minyak angin ke dan mesti datang appoinment Dr. Appoinment 3 kali iaitu 10/6, 13/6 dan 17/6. Bemulalah 2WW aku.(today dah 12dptfet) Panjang entry ni. Nanti aku sambung lagi. Till then, have a nice day friends!




10 comments:

  1. Semoga dpt kembar 3 sis.. Amin..

    ReplyDelete
  2. kami yang membaca entry nuriz ni juga terasa berdebar dengan keputusan FET nanti..didoakan mudah-mudahan Allah SWT izinkan ikhtiar nuriz dan hubby kali ni berjaya hendaknya yer..ameen..tk cre dear :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq umie..saya doakan umie untuk umie juga :-)

      Delete
  3. Take care nuriz.. K doakan nuriz dpt result positif nnt... Wish triplet for u.. :)

    ReplyDelete
  4. InshaAllah, smg ada rezeki akak kali ni... Smalam baru teringat, apa kabar la akak...senyap je... Alhmdulillah hari ni dah ada entry :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tengah tempoh bertenang,tu yg senyap tu..Tq Nina.Amin 3x..Akak doakan Nina juga dipermudahkan dapat baby..amin..

      Delete
  5. Good luck ye my dear..a lot of baby dust to u! Semoga Allah permudahka segalanya. insyaallah!

    ReplyDelete
  6. Tq Shazrina. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Amin.. masih jauh perjalanan ini..huhu

    ReplyDelete