Tuesday 11 November 2014

Officially Started!

Ehem ehem..CD1 hari ni..
Maknanya?
Takde maknanya!
Eh,tak la..
Fet 2 has started!

Bangun pagi tadi panty clear,tapi lepas shi shi nak flush nampak ciri2 darah pada toilet bowl..aku macam eh! Dah period? Last month 9hb. This month 11hb. Aku jangka 13hb. Kuasa Allah mengatasi segalanya kan? Alhamdulillah..terus message dr bagitau hari ni day 1.

Bermulalah makan progynova 2 biji 3 kali sehari. Pagi pukul tujuh, petang pukul 3 dan malam pukul 11. Pagi ok, petang pukul 3 boleh terlupa makan u olls..adoi..tapi aku tak panik sangat lah..malam pukul 11 makan macam biasa..sebab aku dah pernah buat salah lagi teruk dari ni kot! Dulu, aku pernah silap makan sampai day 14. Aku g makan sebijik je tiap kali.lagi haru!

Doakan aku istiqomah ye kawan2. Lepas kena marah dengan hubby sebab miss yang pukul 3 tu,aku terus set alarm 7,3,11.mudah2an tak lupa lah.

Tuesday 4 November 2014

Alkisah Warded

Alkisah..ingat tak betapa hendak jumpa doktor sangat aku before FET, kan. maka hasil message2 dengan doktor, Dr suruh datang 26/27/28 Oktober. Katanya nak asses rahim dan buat endometrium scratching..Aku like..eh, mende apa tu? Tak pernah dengar pun. So, memandangkan aku ni seorang yang cepat risau, kerja lah aku menggoogle..Hasil daripada maklumat google aku dapati scrathing tu macam prosedur pap smear lebih kurang. Siap tengok kat youtube - ha, yang ni seraaammmm sikit.

So, antara ketiga-tiga tarikh tu DH hanya free 28hb je. Aku sampai pukul 3 turn panjang berjela jadi letak kad balik dulu. DH pun sambung kerja balik, aku balik rumah. Lepas maghrib sampai then kejap dah turn kami. (nasib baik tak tunggu....fuh!..)

Aku yang target procedure ni senang dan tak sakit relaks je lah kan..Speculum pun masuk..ok lagi..sekali tiba2 Dr masukkan alat ala2 besar lidi penyapu je pun, dia punya sakit Ya Allah! Sakit giler!Aku siap terjerit!Sakit Dr!Boleh bayangkan tak? Haha..Actually Dr just nak scratch sikit dinding rahim macam pap smear tu je pun, tapi apakah yang sakit sangat ni. Rupanya kat pintu rahim aku dah blocked dek fungus..adoi...

Patutlah 2 bulan berturut period bulan 9 dan 10 cuma tiga hari je. hari ke 4 dah clear. Pelik untuk aku yang period 7 hari ni..Jadi Dr kata aku takkan tahan kalau Dr nak dilate jugak pintu rahim tu..Aku pun taknak u ollss...Sakitnya dari dalam tu sampai ke pinggang sampai ke peha kalau diteruskan jugak. So set date nak day care warded pada hari Jumaat 31/10/2014. Khamis malam lepas pukul 11 dah start puasa..

Jumaat - sampai hospital pukul 10, warded labour room saja pukul 11. BP aku 135,136..hmmm.. nervous lah tu..Bukan nervous sebenarnya..tempat tu kenangannya masih segar aku bersalin arwah baby hari tu..:-( .. Then bila dah turun sikit BP Dr mulakan procedure dalam 11.45 pagi. Pukul 3 aku tersedar, tidur balik. Pukul 5 tersedar, tidur balik..Aku dengar DH bual-bual tapi tak dapat nak respon, mamai semacam je...Pukul 6 Dr datang visit dan terangkan apa yang dah dibuat,apa kesan procedure ni dan suruh aku tidur balik..Pukul 8 family datang aku try minum, muntah. Try makan, muntah..Haish..asyik muntah je bila nak balik..aku mintak balik pukul 9.

On the way balik beli air kopi sebab katanya boleh hilangkan mabuk bius, minum sikit, muntah jugak. Sampai rumah terus tidur, terjaga pukul 3 pagi then minum air sikit baru ok...Itu lah ceritanya..So, Dr kata akan ada darah, memang ada tapi sikit je..pintu rahim yang tertutup tu Dr dah dilate kan so dah terbuka macam biasa untuk proses FET...

Now..aku ada rasa sikit sikit ngilu kat ari-ari, then jalan pun perlahan lahan dulu..Setakat ni Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah..Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah..Amin....



Saturday 11 October 2014

CD 1 Oktober Telah Tiba

Dia mai dah.. Bila? Hari Khamis lepas..Lega sebab tak payah nak makan ubat turun darah bagai. Sebab Dr dah pesan, tak period Oktober kena jumpa dia makan tablet untuk turun darah kalau nak proceed FET November.

Kiranya hari ni hari ketiga. Tapi pelik lah..last month cycle pendek 5 hari je.Kali ni pulak kan..hari ni hari ketiga, tapi darah period dah nak kering..Aku musykil sebenarnya..tapi ye lah..dah Allah nak bagi gitu, terima lah..InshaAllah ada hikmahnya..

So, next period dah mula kena makan progynova. Plan aku nak jumpa Dr dulu untuk cek condition rahim before proceed FET inshaAllah anytime lepas period ni. Depends pada en suami punye schedule..Semoga segala urusan kita dipermudahkan..Amin..

Tuesday 23 September 2014

Fasa sebelum FET

Aku lately memang busy giler tak tau nak habaq lah..Nak ikutkan ubat yang aku perlu makan hanya asid folik 5 mg yang kecik dan mudah tu..Itu pun kengkadang aku fail nak istiqamah. Kejap makan pagi, kejap tengah hari,kejap malam..kadang-kadang terskip..Blog ni salah satu cara mengingatkan aku yang aku ni akan buat treatment November ni..Kenapa November? Kan kata dulu Disember?

Sebabnya dulu lepas bersalin, period aku hujung bulan. Tengah bulan 5 macam tu dia adjust jadi awal bulan. Kalau ikut period dulu, aku period 25 November lah katakan, jadilah transfer day tu Disember. Ni sekarang dah around 10 November jangkaan period, maka hujung November lah transfer day aku. Kenapa tak buat Disember? Oh, aku tak nak mengganggu tarikh2 menghampiri 2015.

So..sepatutnya day  2 period November jumpa Dr ambil ubat then cek rahim sekali. Disebabkan ubat dah ambil, tak adalah sesi jumpa Dr pada Day 2, jumpa Dr Day 14 je lah. Tapi aku rasa Day 14 tu macam dah suntuk nak cek rahim sebab Day 17,18 dah transfer kan. Lagipun aku tak ada urut apapun pasal ceaser hari tu. Ok, aku mengaku, this time aku yang nak appointment, bukan Dr yang suruh cek..hehe..What is that call? Inferiority, I guess! Bila nak jumpa? Lepas abis period Oktober lah baru pegi...InshaAllah..Mudah-mudahan Allah perkenankan doa2 kita semua..Amin..

*Nota kaki : aku yang dulu bukanlah yang sekarang,dulu buat atkins berat 54 55 now dah naik 57 58 dengan pantasnya...ayo..bila nak start diet balik ni..huwaaaaaaa!!!

Sunday 14 September 2014

Period pendek

Biasanya aku period 8 hari, suci hari ke 9.Cycle kali ni, period 5 hb, 9 hb dah abis. 10 hb dah solat. Masa 9 hb tu, keje aku kejap2 cek takut kalau2 ada spotting ke apa ke, tapi memang tak ada. Subuh 10hb aku dah mandi.

Keluar biasaan tempoh period ni buat aku terfikir, adakah kerana dinding rahim kita tak berapa tebal maka period punya tempoh jadi pendek ataupun sebab aku ada makan sejenis antibiotik nama zithromax maka tempoh period ni agak terganggu.Zithromax tu untuk rawat keputihan yang aku alami baru2 ni. Actually before consume zithromax tu aku ada ambil zinnat. Antibiotik jugak tapi tak berkesan.Alhamdulillah, zithromax ni ada kesan positif.

Tinggal lagi satu cycle (Oktober) lagi before cycle FET pada November..
Ya Allah..permudahkanlah urusan FET ku ini..Amin..




Monday 8 September 2014

Bila dah tak TTC lagi..

Eh, kenapa? Kenapa?
Kenapa dah tak TTC lagi?
Kenapa ea?
Dah penat, dah bosan, dah give up?
Oh..tak lah..dah dapat baby..Alhamdulillah..
Itu satu situasi..

Situasi kedua? Bukan penat, bukan bosan, bukan give up..
It's just our time to let it go..
Let it go..let it go..ternyanyi pulak.
Time to let it go sebab mungkin umur dah 45..
Ni pun satu persoalan jugak..
Umur berapa patut stop TTC..
Aku siap janji ngan kawan, from real life or from cyber friend supaya sama2 janji, selagi belum 40 tahun selagi tu kami sama2 janji to support each other dan jangan putus asa..yang adik2 jangan ngeri tau..alamak 40 tahun ke, lamanya tunggu..tak, inshaAllah..akak doakan yang adik2 semua tak tunggu lama macam akak..mudah2an dipermudahkan Allah..ni untuk yang 35 tahun ke atas je..(I is 37 suda..ngeeee.,,)

Atau kita naikkan had umur tu pada 42 tahun? Sapa nak join angkat tangan!! :)

Friday 5 September 2014

CD1 September

Dua tiga hari before period sakit pinggang, cramp kat ari-ari, mood swing takyah cakap lah..apa hubby buat semua tak kena,dia buat lawak pun aku tak gelak..padahal aku ni sgt senang nak gelak..muncung aku kategori boleh ikat..hmm..hebat betul penangan bulan 9 ni

Akhirnya,hari ni muncul lah dia..kitaran 33 hari..Alhamdulillah..tinggal lagi 2 cycle untuk FET..Dup dap dup dap..kita semua pun gitu kan menjelang apa2 treatment..

Tahniah pada yang dah diperkenankan doanya oleh Yang Maha Pencipta,sesungguhnya telah tertulis rezeki milik rakan-rakan TTC yang sedang pregnant, semoga rezeki yang lain akan menyusul selepas ini..eh, ke dah ada dah..yang belum period tu, doa banyak2 semoga lambat period tanda dah ada baby duduk dalam rahim..Amin..