Friday 31 July 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015 & check up 29 weeks

Hari raya tahun ni tak meriah sangat sebab kami sekeluarga dah kurang sebuah rumah untuk beraya iaitu rumah arwah kakak mama. Arwah dah tak ada, rumah tu anak bongsu arwah duduk dan dia raya rumah mertuanya.

Pagi raya ziarah kubur arwah anak. Aku siap tepuk perut kejut adiknya di dalam dan cakap kita nak ziarah kakak..sedih..kawasan perkuburan hari raya pertama ni jem jalannya. Hubby kata ada satu kawasan kubur besar kat tempat lain  siap ada orang jual bunga.

28.7.2015 cek up 29 weeks.Minum air gula.Tapi result belum dapat.Aku pun tak call hospital tanya. Ok kot. Kalau tak ok musti nurse dah call.Hb aku 13.6. Aku memang consume iron dalam bentuk coklat. Rasa dia memang rasa coklat. Tapi siaplah, poo poo pun jadik kaler gelap..euuuwww..hahah

Buat jugak scan 4d, adik baby tutup muka ngan tangan tecit dia. Dr kena tepuk2 perot mummy baru dia alih tangan. Tak clear sangat tapi boleh la..muka is masam ok,marah sebab ngusik dia nak bersantai.

Next cek up 25.8 dah 33 weeks masa tu. Semoga Allah kurniakan kesihatan dan keselamatan kepada kami..Amin Ya Rabb.,

Selamat hari raya untuk semua muslim,maaf zahir dan batin..

7 comments:

  1. selamat hari raya kak :-) sama la, maaf zahir batin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya,maaf zahir batin dear..

      Delete
  2. Selamat hari raya dear. Semoga Allah pelihara kandungan you In Shaa Allah..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Ly n Mrs.z...semoga raya kita ceria dan bermakna tahun ini..

    ReplyDelete
  4. Jap je masa brlalu dh 29weeks dh yea kak nuriz...moga akak n baby slmt smpai ckp tempoh bersalin nnt...sy br dpt perkhabaran sedey...shbt yg selang 3 ari fet ngn sy ritu yg success preggy brbnding sy br keguguran babynya utk kali ke2 di usia kndungan 4 bln.baby boy.sblm ni dia gugur jgk twins yg dpt mll ivf masa usia kndungan 5 bln...ya allah...beratnya ujian Allah utk dirinya..tumpang sedey..empunya diri mesti lg sedey 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah..sedihnya,mudah2an kawan ieda diberi ketabahan..insha Allah,3 orang menantinya di syurga..Amin..Sesungguhnya pena telah lama diangkat,tinta juga telah lama mengering.Apa yang berlaku telah tertulis sejak azali lagi.,mudah2an Allah gantikan sesuatu yang lebih baik untuknya..Amin..tq atas doanya ieda,semoga rezeki ieda akan menyusul tak lama lagi.,Amin..

      Delete