Thursday, 23 May 2019

Salam Ramadhan dan Syawal

Blog berhabuk banyak sawang ni..Diam tak diam dah hampir setahun tak update blog..sendu dah..Namun..harap-harap masih memberi manfaat pada TTCian cuma tak pasti up to date ke tak cara rawatan, jenis ubat, harga tertutamanya untuk rawatan TTC. Maklumlah aku punya ni dah 7 tahun ke belakang. Mula buat IVF hujung tahun 2012!

Walaupun tak update ada jugak blog walking blog kawan kawan TTC cuma tak log in tak dapat la nak drop komen..Alhamdulillah..Maha Besar Kuasa Allah..kebanyakan dalam Blog List akak ni ramai yang dah pregnant..sama ada rawatan atau semula jadi..Tahniah semua..(macam menang apa ntah)..hihi

Buat yang masih berusaha..walaupun belum berhasil lagi..senyum je..Allah dah bagi ganjaran pahala sabar yang kita tak tau dan tak nampak saiz pahala tu..Kalau kita nampak, mesti hati kita berbunga2 redha..bayangkan..tiap kali kita usaha, kemudian gagal, Allah tambah lagi pahala sabar..Alangkah in dahnya dan Maha Kaya Dia..Mudah mudahan berkat segala usaha dan doa Ramadhan ini Allah perkenankan dan dapat zuriat yang dinanti nantikan...Aamiin3..

Tentang si kecik yang tak berapa kecik dah..Nur Fayyaah Humaira..dah 3 tahun lebih,ikut tahun lahir 2015 kira dah 4 tahun lah....Lasaknya Ya Allah....Alhamdulillah sihat2 je budak demok tu..hihi..Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua..Maaf Zahir dan Batin..

2 comments: