Wednesday, 5 September 2018

Salam rindu semua

Dah sangat sangat lama tak jenguk blog..Ada blog walking sekali sekala tapi kesibukan melanda plus dah tak ada ada cerita ttc untuk dikongsi. Tapi rasa syukur ada beberapa kawan kawan ttc yang pregnant dan yang dah bersalin..Tahniah! Alhamdulillah..

Namun bagi yang belum..sekiranya masih belum juga pregnant walaupun dah cuba macam macam cara..I salute you! You are the real fighters in every way we can salute you..Sebab..anda lah ibu yang paling ikhlas..walaupun belum lagi bertemu dengan si kecil..anda telah curah segala kasih dan sayang dan usaha tak berbelah bahagi untuk memiliki dia..(sob sob sob)..-i've been in your shoes

Honestly..mengapa aku gigih mencuba..mungkin kerana teringat kata2 seorang kakak teman sekerja (masa tu aku lom kawin pun  lagi.kenapa dia nak cakap kat aku.sekarang baru paham kenapa aturan Allah tu begitu).dia tak ada anak. Dia ambil seorang anak adik dia pelihara sebagai anak angkat. Dia cakap masa tu dia tak terfikir nak berubat apa2.Sekarang (masa dia cerita tu) dia nyesal tak cuba.masa tu dia dah 40an. Entah kenapa rupanya situasi dia jadi situasi aku. Kerana ayat2 dia lah aku pun terasa gitu. Cuba juga kerana tak mahu menyesal kerana tidak mencuba.

Dan untuk kawan kawan yang telah berjaya..kita kena susun ayat yang cantik2 untuk bagi pandangan pada rakan rakan yang perlukan pandangan..jangan beri komen apa2 jika tidak diminta..sebab..kerana ttc adalah dunia sepi yang jauh dari keriuhan orang majoriti..hanya ttc faham ttc..jika bukan kita yang ex ttc..then siapa lagi?..iyalah..ni bukan mintak nasihat nak beli mekap..Ni tentang limbo situation..berjaya ke tak berjaya..tentang zuriat..tak boleh bagitau nak pegi supermarket mana untuk dapatkannya..

Dan saya berdoa (sambil ajak Humaira aminkan sekali) supaya semua yang ber ttc dikurniakan zuriat comel yang dinanti-nantikan selama ini..Amin..


3 comments:

  1. salam kak... lamanya tak jenguk sini... hope everything is well... kiss humaira for me :-)

    ReplyDelete
  2. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete
  3. Betul2 rindu kak nuriz. Tiba2 teringat my 1st baby ivf. Salah satu kejayaan ivf ly terselit nasihat2 akak. Ly sgt hargai itu semua akak. Dan doa ly moga Allah anugerahkan segala rahmatNya buat akak sekeluarga. Amin. Tq my lovely senior

    ReplyDelete