Sunday 6 December 2015

Aku,baby dan line internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Tengok tajuk dah boleh agak kesenyapan aku di alam bloging..
Dok pantang umah mak bersambung sampai Humaira dah 2 bulan..huhu
Tak percaya nak handle baby sendiri.
Yang tak percaya tu mak aku n aku sekali..
Aku pelik nape aku n hubby sama2 pakai line celcom,tapi aku punye lembab,dia punye ok
Yang boleh, fb n wassap
Blog?boleh visit,tak boleh drop apa komen pun walaupun meronta2 nak tinggal komen kat blog kawan2..huhu
Ni kat umah aku sendiri yg dah jadi mcm rumah persinggahan  baru boleh update pasal ada wifi.

Humaira semakin sihat.,Alhamdulillah.,tq atas doa semua

Yang sedang berusaha ttc,teruskan..Aku doakan usaha kalian dimakbulkan Allah..Yang dah selamat hamil dan melahirkan..tahniah aku ucapkan semoga segalanya dipermudahkan Allah..
Yang berdiet,aku nak join korangggg..huwaaaa..
I is menembam sudah..
Till then, nanti ada ruang dan peluang aku update lagi.

Tuesday 27 October 2015

Dah discaj

Assalamualaikum.
Update ringkas dari aku
Baby Humaira dah boleh discaj 22hb lalu
Alhamdulillah,tq kepada yang mendoakan
Semoga segala urusan kita dunia akhirat dipermudahkan Allah..
Terima kasih sekali lagi.,.

Sunday 18 October 2015

Perkembangan positif

Sehingga entry ini ditulis,dah 8 hari baby Humaira di Nicu, rutin aku n ayahnya setiap pagi dan setiap petang tengok dia, mula2 dia masuk hari tu walaupun sedih,kami tetap bisikkan kata2 semangat untuk dia.Aku bisik,mummy sayang Humaira, mummy rindu Humaira, Mummy nak Humaira cepat sihat dan cepat balik..sedihnya..

Alhamdulillah,bermula hari Khamis Humaira dah boleh feeding susu ibu tapi tak banyak, 5cc je dulu. Sebab takut perut dia terganggu.Then, day by day dr akan naikkan 3cc sehinggalah petang tadi dah 14cc iaitu hampir setengah oz..Dan poo poo dia pun dah ok takde cirit birit lagi dah. Rutin aku sekarang ni mengepam susu untuk feeding dia.

Terima kasih pada semua mama2,ibu2,mummy2 yang mendoakan..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..Semoga Humaira cepat sihat dan cepat dapat balik rumah sebab mummy rindu sangat2 pada sayang...Amin..

P/s:mama yani batik pink..waalaikumsalam..
Mama nina sweet tooth,tq selalu tolong akak..

Wednesday 14 October 2015

Terima Kasih Mendoakan Baby Humaira

Assalamualaikum dan salam sejahtera..terima kasih kepada sweet tooth - dessert of life kerana menyiarkan permintaan saya memohon doakan baby saya yang sakit di nicu.,thanx nina..jasamu dikenang.

Berkat doa semua,baby humaira kini dah stabil cuma masih terus berpuasa.Esok  baru doktor decide sama ada baby dah boleh mula menyusu. Mohon doa kawan2 agar dipermudahkan buat baby seterusnya kembali sihat menceriakan keluarga.Terima kasih semua..

Mudah2an esok baby humaira dah boleh menyusu seterusnya kembali sihat seperti sedia kala..in Shaa Allah..Amin..