Monday 3 October 2016

Humaira turns one!

2/10/2015 Humaira lahir secara ceaser.Doktor dan ayahnya sama2 mengazankan.Doktor suruh ayah ambil gambar video tapi ayah tak dapat buat sebab mummy penakut genggam je tangan ayah sepanjang masa.Humaira lahir jam 9 pagi berat 3 kg.

2/10/2016 Ulangtahun pertama baby mummy.Ewah...cuti hari ni sempena birthday awak ye.hahah.Taklah cuti awal Muharram.Tahun baru Islam 1438 Hijrah.

Semoga Nur Fayyadh Humaira membesar dengan sihat dan bijak..sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah..Membesar sebagai hafizah In Shaa Allah..Jadi anak yang solehah buat mummy dan ayah..sejahtera,bahagia,berjaya,selamat dunia dan akhirat..Amin..

Ayahnya tiada untuk sambut birthday.so just gi makan pizza dan kek humaira ialah larva cake pizza tu.dihempuknya sudu dah terkeluar lah larva coklat dalam kek tu.Nanti lah ya..dah besar sikit..dah paham baru mummy buat birthday betul betul.hihi.

Saturday 24 September 2016

Appintment dr ortopedik 2

Appointment kali ni baru dr suruh x ray..then dr kata dah nampak tulang baru tumbuh kat tempat retak tu.tapi cuma 25%.so..dah boleh bukak splint-yang mende keras macam simen tu.

Dr benarkan aku pijak sikit2 just guna 50% bodyweight tapi mesti guna tongkat.aku macam fuh!lega.splint tu berat hokay...sakit dan lenguh kaki nak membawaknya.

So..aku gembira dapat bukak splint tu.Bukan apa nak mandi nal wuduk semua leceh ada benda tu.Balik tu aku try la pijak pijak sikit.Tak pasal2 tumit kaki tak boleh mendarat elok.sakit sangat.

Aku bukan tak pernah sakit tumit.aku rasa yang ni sakit dia lain macam.Adakah kes tulang kaki bahagian tumit boleh retak jugak?kalau betul kenapa tak nampak dalam x ray.takpe lah.nanti appointment 7/10 aku update ya.

Friday 9 September 2016

Appointment dengan Dr Ortopedik

Bila renung balik,blog aku ni dah boleh tukar nama blog mari pergi hospital.Apa taknya.Zaman buat ivf kerja jumpa gynea.Zaman baby sakit keje keluar masuk jumpa paed.ni dah jatuh tangga jumpa dr ortho pulak.

Actually hari ni second time app dengan dr. Kiranya hari ni dah 2 minggu dari mula aku jatuh n ankle retak.Last two weeks dr cakap hari ni nak x ray.pastu dia kata tak perlu sebab aku kata tak bertambah sakit.kalau bertambah sakit takut sebab tulang dah beralih.

So...next two weeks jumpa lagi kiranya dah sebulan la.Aku mc lagi.dah macam cuti bersalin dah.pesanan dr sama je.jangan buka balutan bandage.jangan pijak kaki.siksanya lahai..

Aku sekarang dah mula pandai guna topang ketiak tu.yang si kecik humaira ni everytime aku jalan guna topang tu dia akan merengek mintak dukung.alahai anak aku...mami dukung kat belakang boleh la kot!

Friday 26 August 2016

JATUH TANGGA!

Jam menunjukkan 11 malam.Aku bawak humaira naik bilik.letak dia atas lantai aku gi toilet cuci muka amik wuduk nak solat isyak.tak lupa untuk kunci pintu  bilik supaya dia tak keluar.Aku isyak.

Abis isyak.tukar pampers dia.pastu dia macam belum nak tido.akupun dukung dia nak gi kat ayah dia yang tengok tv kat bawah.sedang turun tangga.tau2 aku dah tergolek kat lantai tengah tangga (tangga aku jenis ada pitstop 2 kali) aku terlentang humaira tertiarap atas aku.humaira jerit nangis.ayah dia lari amik dia dulu letak di tempat selamat.

Tiba2 aku jerit sakit lagi kuat dari humaira nangis.rupanya keliling kaki dekat ankle dah bengkak macam orang beguk tu.try memijak langsung tak boleh.hubby buh ais.tak de efek apa pun.

Hubby terpaksa dukung aku kat belakang.bawak masuk keta.then amik humaira.sampai emergency.dr x ray.tulang ankle retak.dr letak splint.

Sebab kalau tak nanti aku gerak.yg retak boleh patah.mc lah aku seminggu.hubby belikan tongkat ketiak tu.kekoknya rasa.

Humaira ok takde efek apa2.tu yang penting.aku tak tau mcm mana leh jatuh.mungkin aku tergelincir.atau aku ingat aku dah sampai lantai tapi rupanya ada dua lagi anak tangga.tak tau yg mana satu.

Maka...nak kabo kat korang..berhati-hatilah naik turun tangga.walaupun tangga rumah sendiri yang kita lalui hari2 bertahun2..

Wednesday 17 August 2016

Yang Namanya Nur Fayyadh Humaira

Salam rindu semua..ada yang rindu ke..hihj
Yang namanya Humaira
-dia da 10 bulan
-dia penah demam kuat sekali
-dia dah pandai memapah
-dia selalu larik waktu tido ngan mami berjaga malam just nak dancing2 kat tiang katil
-dia masih fully bf Alhamdulillah
-dia baru 7+ kg which is not good
-kuat mamam.apa orang makan dia macam nak jugak
-suka memanjat tangga
-penah jatuh katil sekali
Yang namanya mami
-rindu kat kawan2 blog ttc
-rindu nak menulis n tinggal komen kat blog kawan2 cam dulu
-rupanya life ttc yang penuh liku sangat medewaskan kerana kita insan terpilih
-Sangat jarang upload gambar humaira dalam fb kerana fahammmm sangatttt perasaan sesama ttc - bersederhanalah walau gembira sangat sekalipun
Mudah2an dipermudahkan urusan rakan2 ttc semua.Amin..

Monday 18 April 2016

Entry bersihkan sawang..:-)

Asssalamualaikum dan salam sejahtera..apa khabar kawan-kawan semua.
Dah bersawang dah blog ni.
Alhamdulillah..Baby Humaira dah 6 bulan..sihat dan ceria.
Temujanji pakar masih on mungkin sampai setahun.
Perjuangan IVF aku sambung pulak dengan perjuangan yang sama mencabar iaitu breastfeeding.

Masa baby kat Nicu, nurse mintak bekalkan breast milk pada baby.
So, aku memang low yield masa mula-mula baby lahir terpaksa pam dan pam dan pam.
Disebabkan masalah baby ialah crit birit so aku takut dia tak boleh tolerate susu formula.
Kenalah mummy gigih mengepam.

One thing aku nak cakap tentang kita yang TTC, the struggle of TTC tu sangat berguna dalam struggle tentang benda lain seperti breastfeed.hihi.
In Sha Allah sayang sayang TTC semua boleh survive sebab dah biasa gigih, down, tersungkur, besemangat balik, jatuh, bangun, just name it!

Aku doakan semua rakan-rakan TTC sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..In Shaa Allah..Amin.Ya Rabbal a'lamin..

Friday 8 January 2016

2016 sudah..

Dah seminggu 2016..kejap je kan. Alhamdulillah..Nur Fayyadh Humaira dah 3 bulan, sihat dan ceria..Tapi sebab baby pernah admit nicu,appointment dengan pakar masih on.

Selalu tengah main2 dengan humaira,tak dapat tidak ada masanya aku merindui arwah kakaknya..Semoga arwah Nur Fayyadh Husna sejahtera sentiasa disisiNya..Semoga kami dipertemukan dalam suasana yang riang gembira di alam sana..Amin..

Dari 2012 hingga 2015 aku struggle dengan IVF, FET,Mengandung ektopik,bersalin normal tak lepas and akhirnya emergency ceaser,jahit atas bawah orang kata,diuji anak pertama meninggal selepas 32 jam dilahirkan..dan akhirnya 2.10.2015 aku melahirkan anak kedua juga secara ceaser.

Kukira segalanya manis setelah berbagai2 ujian Allah ditempuh kerana sebagai hambaNya kita memang layak diuji..Allahu Akhbar!Tiada cadangan sebarang projek IVF yang baru setakat ini.Tak tahulah kalau ditakdirkan sekali lagi melalui nya kan. Tahun ni 39 tahun sudah..huhuhu..