Friday 26 August 2016

JATUH TANGGA!

Jam menunjukkan 11 malam.Aku bawak humaira naik bilik.letak dia atas lantai aku gi toilet cuci muka amik wuduk nak solat isyak.tak lupa untuk kunci pintu  bilik supaya dia tak keluar.Aku isyak.

Abis isyak.tukar pampers dia.pastu dia macam belum nak tido.akupun dukung dia nak gi kat ayah dia yang tengok tv kat bawah.sedang turun tangga.tau2 aku dah tergolek kat lantai tengah tangga (tangga aku jenis ada pitstop 2 kali) aku terlentang humaira tertiarap atas aku.humaira jerit nangis.ayah dia lari amik dia dulu letak di tempat selamat.

Tiba2 aku jerit sakit lagi kuat dari humaira nangis.rupanya keliling kaki dekat ankle dah bengkak macam orang beguk tu.try memijak langsung tak boleh.hubby buh ais.tak de efek apa pun.

Hubby terpaksa dukung aku kat belakang.bawak masuk keta.then amik humaira.sampai emergency.dr x ray.tulang ankle retak.dr letak splint.

Sebab kalau tak nanti aku gerak.yg retak boleh patah.mc lah aku seminggu.hubby belikan tongkat ketiak tu.kekoknya rasa.

Humaira ok takde efek apa2.tu yang penting.aku tak tau mcm mana leh jatuh.mungkin aku tergelincir.atau aku ingat aku dah sampai lantai tapi rupanya ada dua lagi anak tangga.tak tau yg mana satu.

Maka...nak kabo kat korang..berhati-hatilah naik turun tangga.walaupun tangga rumah sendiri yang kita lalui hari2 bertahun2..

Wednesday 17 August 2016

Yang Namanya Nur Fayyadh Humaira

Salam rindu semua..ada yang rindu ke..hihj
Yang namanya Humaira
-dia da 10 bulan
-dia penah demam kuat sekali
-dia dah pandai memapah
-dia selalu larik waktu tido ngan mami berjaga malam just nak dancing2 kat tiang katil
-dia masih fully bf Alhamdulillah
-dia baru 7+ kg which is not good
-kuat mamam.apa orang makan dia macam nak jugak
-suka memanjat tangga
-penah jatuh katil sekali
Yang namanya mami
-rindu kat kawan2 blog ttc
-rindu nak menulis n tinggal komen kat blog kawan2 cam dulu
-rupanya life ttc yang penuh liku sangat medewaskan kerana kita insan terpilih
-Sangat jarang upload gambar humaira dalam fb kerana fahammmm sangatttt perasaan sesama ttc - bersederhanalah walau gembira sangat sekalipun
Mudah2an dipermudahkan urusan rakan2 ttc semua.Amin..

Monday 18 April 2016

Entry bersihkan sawang..:-)

Asssalamualaikum dan salam sejahtera..apa khabar kawan-kawan semua.
Dah bersawang dah blog ni.
Alhamdulillah..Baby Humaira dah 6 bulan..sihat dan ceria.
Temujanji pakar masih on mungkin sampai setahun.
Perjuangan IVF aku sambung pulak dengan perjuangan yang sama mencabar iaitu breastfeeding.

Masa baby kat Nicu, nurse mintak bekalkan breast milk pada baby.
So, aku memang low yield masa mula-mula baby lahir terpaksa pam dan pam dan pam.
Disebabkan masalah baby ialah crit birit so aku takut dia tak boleh tolerate susu formula.
Kenalah mummy gigih mengepam.

One thing aku nak cakap tentang kita yang TTC, the struggle of TTC tu sangat berguna dalam struggle tentang benda lain seperti breastfeed.hihi.
In Sha Allah sayang sayang TTC semua boleh survive sebab dah biasa gigih, down, tersungkur, besemangat balik, jatuh, bangun, just name it!

Aku doakan semua rakan-rakan TTC sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..In Shaa Allah..Amin.Ya Rabbal a'lamin..

Friday 8 January 2016

2016 sudah..

Dah seminggu 2016..kejap je kan. Alhamdulillah..Nur Fayyadh Humaira dah 3 bulan, sihat dan ceria..Tapi sebab baby pernah admit nicu,appointment dengan pakar masih on.

Selalu tengah main2 dengan humaira,tak dapat tidak ada masanya aku merindui arwah kakaknya..Semoga arwah Nur Fayyadh Husna sejahtera sentiasa disisiNya..Semoga kami dipertemukan dalam suasana yang riang gembira di alam sana..Amin..

Dari 2012 hingga 2015 aku struggle dengan IVF, FET,Mengandung ektopik,bersalin normal tak lepas and akhirnya emergency ceaser,jahit atas bawah orang kata,diuji anak pertama meninggal selepas 32 jam dilahirkan..dan akhirnya 2.10.2015 aku melahirkan anak kedua juga secara ceaser.

Kukira segalanya manis setelah berbagai2 ujian Allah ditempuh kerana sebagai hambaNya kita memang layak diuji..Allahu Akhbar!Tiada cadangan sebarang projek IVF yang baru setakat ini.Tak tahulah kalau ditakdirkan sekali lagi melalui nya kan. Tahun ni 39 tahun sudah..huhuhu..

Sunday 6 December 2015

Aku,baby dan line internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Tengok tajuk dah boleh agak kesenyapan aku di alam bloging..
Dok pantang umah mak bersambung sampai Humaira dah 2 bulan..huhu
Tak percaya nak handle baby sendiri.
Yang tak percaya tu mak aku n aku sekali..
Aku pelik nape aku n hubby sama2 pakai line celcom,tapi aku punye lembab,dia punye ok
Yang boleh, fb n wassap
Blog?boleh visit,tak boleh drop apa komen pun walaupun meronta2 nak tinggal komen kat blog kawan2..huhu
Ni kat umah aku sendiri yg dah jadi mcm rumah persinggahan  baru boleh update pasal ada wifi.

Humaira semakin sihat.,Alhamdulillah.,tq atas doa semua

Yang sedang berusaha ttc,teruskan..Aku doakan usaha kalian dimakbulkan Allah..Yang dah selamat hamil dan melahirkan..tahniah aku ucapkan semoga segalanya dipermudahkan Allah..
Yang berdiet,aku nak join korangggg..huwaaaa..
I is menembam sudah..
Till then, nanti ada ruang dan peluang aku update lagi.

Tuesday 27 October 2015

Dah discaj

Assalamualaikum.
Update ringkas dari aku
Baby Humaira dah boleh discaj 22hb lalu
Alhamdulillah,tq kepada yang mendoakan
Semoga segala urusan kita dunia akhirat dipermudahkan Allah..
Terima kasih sekali lagi.,.

Sunday 18 October 2015

Perkembangan positif

Sehingga entry ini ditulis,dah 8 hari baby Humaira di Nicu, rutin aku n ayahnya setiap pagi dan setiap petang tengok dia, mula2 dia masuk hari tu walaupun sedih,kami tetap bisikkan kata2 semangat untuk dia.Aku bisik,mummy sayang Humaira, mummy rindu Humaira, Mummy nak Humaira cepat sihat dan cepat balik..sedihnya..

Alhamdulillah,bermula hari Khamis Humaira dah boleh feeding susu ibu tapi tak banyak, 5cc je dulu. Sebab takut perut dia terganggu.Then, day by day dr akan naikkan 3cc sehinggalah petang tadi dah 14cc iaitu hampir setengah oz..Dan poo poo dia pun dah ok takde cirit birit lagi dah. Rutin aku sekarang ni mengepam susu untuk feeding dia.

Terima kasih pada semua mama2,ibu2,mummy2 yang mendoakan..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..Semoga Humaira cepat sihat dan cepat dapat balik rumah sebab mummy rindu sangat2 pada sayang...Amin..

P/s:mama yani batik pink..waalaikumsalam..
Mama nina sweet tooth,tq selalu tolong akak..