Daisypath - Anniversary

Tuesday, 27 October 2015

Dah discaj

Assalamualaikum.
Update ringkas dari aku
Baby Humaira dah boleh discaj 22hb lalu
Alhamdulillah,tq kepada yang mendoakan
Semoga segala urusan kita dunia akhirat dipermudahkan Allah..
Terima kasih sekali lagi.,.

Sunday, 18 October 2015

Perkembangan positif

Sehingga entry ini ditulis,dah 8 hari baby Humaira di Nicu, rutin aku n ayahnya setiap pagi dan setiap petang tengok dia, mula2 dia masuk hari tu walaupun sedih,kami tetap bisikkan kata2 semangat untuk dia.Aku bisik,mummy sayang Humaira, mummy rindu Humaira, Mummy nak Humaira cepat sihat dan cepat balik..sedihnya..

Alhamdulillah,bermula hari Khamis Humaira dah boleh feeding susu ibu tapi tak banyak, 5cc je dulu. Sebab takut perut dia terganggu.Then, day by day dr akan naikkan 3cc sehinggalah petang tadi dah 14cc iaitu hampir setengah oz..Dan poo poo dia pun dah ok takde cirit birit lagi dah. Rutin aku sekarang ni mengepam susu untuk feeding dia.

Terima kasih pada semua mama2,ibu2,mummy2 yang mendoakan..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..Semoga Humaira cepat sihat dan cepat dapat balik rumah sebab mummy rindu sangat2 pada sayang...Amin..

P/s:mama yani batik pink..waalaikumsalam..
Mama nina sweet tooth,tq selalu tolong akak..

Wednesday, 14 October 2015

Terima Kasih Mendoakan Baby Humaira

Assalamualaikum dan salam sejahtera..terima kasih kepada sweet tooth - dessert of life kerana menyiarkan permintaan saya memohon doakan baby saya yang sakit di nicu.,thanx nina..jasamu dikenang.

Berkat doa semua,baby humaira kini dah stabil cuma masih terus berpuasa.Esok  baru doktor decide sama ada baby dah boleh mula menyusu. Mohon doa kawan2 agar dipermudahkan buat baby seterusnya kembali sihat menceriakan keluarga.Terima kasih semua..

Mudah2an esok baby humaira dah boleh menyusu seterusnya kembali sihat seperti sedia kala..in Shaa Allah..Amin..

Monday, 5 October 2015

Alhamdulillah,saya telah selamat bersalin..

Syukur ke hadrat Allah Taala..
Penantian 10 tahun 3 bulan permata hati kedua ayah dan mummy dipermudahkan Allah..
Tepat 11.02 pagi Jumaat,2 hb Oktober..penghulu segala hari lahir lah puteri kami Nur Fayyadh Humaira melalui pembedahan ceaserean..Alhamdulillah Humaira sihat sempurna dan menceriakan kami sekeluarga..

Segala doa yang rakan2 titipkan buat kami,hanya Allah yang mampu membalasnya,.terima kasih semua..Alhamdulillah..

Wednesday, 30 September 2015

38 weeks check up

Semalam cek up 38 week..entah kenapa dekat gambar scan ukur lilit kepala baby baru 37 week.bila aku belek gambo scan 37 week,pun serupa.lilit kepala tu baru 36 week.

Mcm biasa ctg sama gak macam minggu2 sudah.dr da tetapkan Jumaat 7.30 pagi admit, ceaser dalam pukul 10 atau 11 depends pada keadaan.aku kena puasa khamis malam. Tapi dr kata jumaat 2.00 pagi pun boleh start puasa.perlu 6 jam puasa b4 operation.

Balik je hospital aku kena selsema sampai sekarang.tapi takde demam.siap msg dr pagi tadi tanya selsema tu efek baby atau operation tak.dr kata in sha Allah tak.Then dr call balik suh aku makan vit c 3000mg 3 kali sehari dan minum air masak banyak.

So..thats it!Jumaat, 2hb, in sha Allah lahirnya seorang lagi khalifah Allah di dunia ini..semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan sihat serta selamat semuanya...Amin...doakan kami ya!

Sunday, 27 September 2015

Check up 37 weeks

Trobek 15.9.2015,aku cek up 37 weeks.rutin biasa timbang,amek tekanan darah.tetiba berat aku turun 68.7kg.aik!entah camana leh jadik gitu aku pun tak pasti.last week 69.1kg.tapi dr tak cakap apa2 takpe je kot.

Then g wat ctg kat labour room.baby hb 110-190 sama cam minggu lepas.tak ada bacaan contraction apa pun padahal malam semalam punya la memulas perut.baby pun mengeras,aku pun cam sakit2 manja gitu.entahla...

Then cek up ngan dr,baby kepala nya dah kat bawah, dr tanya anak gerak kuat tak,aku cakap malam semalam paling aktif.then dr tanya suka bulan 9 ke bulan 10.aku jawab mestilah bulan 9,saya dah tak larat ni.hihi.tapi dr kata kalau bln 9 baby baru nak matang,bulan 10 dia dah betul2 matang.

Maka,bulan 10 la aku bersalin jawabnya.tapi 29.9 last cek up la.ok doktor.Doakan kami sihat dan selamat ya kawan2..tq dear2 semua...

Tuesday, 15 September 2015

Check up 36 weeks

Sampai je klinik tadi terus timbang...hamboiii..69.1kg dah berat aku.kecoh sangat berat tak berapa naik last week..hah,sekarang?amekaw!hihi.last week 67.7 kalo tak salah.2 weeks earlier 67.3.

Next macam biasa buat ctg.nadi baby 110-190.tachy kata nurse.uterus contraction dah ada bacaan 40 tapi tak rasa sakit pe pun.baby mengeras la kot.aku ni kalo dah tachy ni ,mula la risau, gugel sana sini.then jumpa dr,dia kata ok.so ok lah kan.salah 1 sbb tachy tu adalah baby terlalu aktif.mungkin jugak kot.

Jumpa next check up 37 minggu 22.9. Macam mana pun, dr mcm nak 2hb tu jugak untuk ceaser.tapi lom sure lg.asalnye 28.9.tengok nanti mcm mana.dr ada tunjuk, placenta dah aging,dah matang.then kira air ketuban lagi.ada 8++ lagi.baby sihat kata dr.siap tunjuk baby tarik n hembus nafas.tp dia nafas dalam air la..Mudah2an dipermudahkan segala urusan kami..Amin..