Saturday 11 April 2015

End Of 1st Trimester

Alhamdulillah.,berakhirnya trimester pertama adalah kelegaan bagi mommy2 seantero dunia.,sickness dah kurang atau dah gone terus, tapi ada sesetengah orang yang masih ongoing sickness, rezeki masing2..Aku sama je, evening sickness..pagi segar dan ceria.,start pukul 4 lebih sampai 10 malam mabuk, pening, loya..kata orang lain anak lain ragam, aku dua2 sama jugak.mabuk petang, malam..sekarang dah kurang dah..

Once nampak baby n heartbeat hari tu, aku oficially 6 minggu..then aku kena check up weekly 7,8,9,10 dan 11 minggu. Everytime check up ubat ubatan yang sama dikekalkan iaitu:
1. Crinone - progesterone gel untuk insert kat vagina.6 pg dan 6 oetang. Ok, aku masa minggu 7 dan minggu 8 tiap kali keluarkan crinone waste tu sentiasa ada darah, maroon colour.panic dibuatnya.tapi scan baby everyweek dr bagitau rahim clear, tak ada darah pun.so, darah tu dari pintu rahim je.
2.Duphaston - makan 2 biji, 3 kali sehari.pukul 8 pagi, 2 petang dan 10 malam. Actually masa arwah baby dulu aku cuma makan sebiji je tiap kali,tapi kali ni dr double kan dosnya.
3.Folic asid 5mg. Ala...yang kecik cenonet tu makan sekali sehari.
Masuk minggu ke 9, dr dah mula bagi calcium dan neuro gain s. Kalsium makan 3 bji sehari, dan neuro gain s makan 1 biji sehari. Actually neuro gain s tu soft gel minyak ikan. Yang ni pun dr bagi awal, dulu aku makan masa dah lepas 12 minggu..

Lepas check up 11 minggu patutnya dr lepaskan aku check up sebulan sekali tapi dia suruh datang 2 minggu lagi iaitu week 13.So, masa week 13, crinone je yang dah stop ubat lain sambung macam biasa. Duphaston dah reduce 2 biji sehari untuk diteruskan sampai week 16.then dr tambah obimin makan sehari sekali.

Check up 13 minggu ni dr buatkan 3d maka nampaklah apa si tecit ni buat..ya Allah..macam2 dibuatnya..tendang2, raba2 muka dia, letak dua2 tangan kat telinga - dr kata tengah azan...hihihi..Alhamdulillah, baby sihat maka aku pun dilepaskan lah untuk check up sebulan sekali..lega!

Ya Allah.,sihatkanlah anakku sepanjang dia di dalam kandunganku,sembuhkanlah dia dengan tiada meninggalkan kesan buruk,permudahkanlah kelahirannya,fasihkan lidahnya membaca al Quran dan hadis, jadikanlah dia anak yang soleh...Amin..

Kepada kawan2 yang sedang ongoing iui,ivf dan icsi, semoga tenang dan sihat, sematkan dalam minda, jika kita dah dilorongkan Allah untuk buat rawatan, inshaAllah segala usaha kita akan diperkenankan..Amin..Aku doakan semuanya berjaya mendapat hasil yang positif.Chaiyokkk!!

Wednesday 18 February 2015

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Terlebih dulu, jutaan terima kasih atas doa2 yang baik dan positif untuk aku, aku doakan segala urusan ttc kawan2 sekalian dipermudahkan..Amin..

15.02.2015 - genap setahun usia puteri syurga kami seandainya si kecil masih bersama di dunia ini..pada 15.02.2014 si comel dilahirkan jam 11 pagi dan aku bergelar 'ibu'..

16.02.2015 - genap setahun pemergiannya..kerana sesungguhnya janji dengan Maha Pencipta perjalanan hidupnya di dunia hanya 32 jam sahaja dan si kecil terus dijemput ke syurga Allah pada jam 7 malam dan selamat dikebumikan pada malam itu juga..

17.02.2015 - Allah yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menganugerahkan arwah Nur Fayyadh Husna seorang adik dalam kandungan mummy..Ya kawan2, aku mengandung 6 minggu..Alhamdulillah..

Appointment hari ini memang nak tentukan heartbeat baby sebab seminggu sebelumnya masa 5 minggu dah nampak 1 kantung baby tapi belum nampak apa2 di dalamnya..Syukur hari ni dah nampak baby dan heartbeatnya sekali.

23.1.2015 - Frozen Embryo Trasfer , 3 embryo 3dt gred 1 (1), gred 1,2 (2)
2.2.2015 - 1st upt - faint line
9.2.2015 - 2nd upt - semakin terang, nampak 1 baby sac
17.2.2015 - nampak baby dan heart beat baby usia 6 minggu

Maaf kerana lambat update sebab masuk je bulan Februari segala kenangan dan ingatanku kuat kepada arwah..ambil masa untuk aku menyusun bicara.,
Kawan2, begitulah aku..hanya berdoa,berdoa,dan berdoa agar segala perancangan Allah adalah yang terbaik buat kami suami isteri..semoga aku dan kandunganku dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan urusan kehamilan, kelahiran dan mendidik nya menjadi zuriat yang soleh dan solehah..Amin ya rabbal 'alamin...

Friday 23 January 2015

FET done!

Alhamdulillah FET done today.
Sampai lab 7.30 pagi,sign borang bagai then duk wad.Alhamdulillah..ketiga2 embryo survive 100% the thawing process..1 gred 1, 2 gred 1,2. This time je dah 3 kali kencing sampai 8.10.Then 8.15 masuk OT,scan memang sah urin sikit sangat. 8.30 doc masuk. Then nak pasang saluran ke pundi kencing,dah guna yang saiz kecik pun still tak muat tapi kena gak muat2kan..sakit dan pedih sampai sekarang..huhu..

Pundi kencing dah penuh,then dengar diorang kata ok,maknanya rahim dah nampak clear lah tu, prosedur bermula.Embriologist panggil nama, then aku jawab ya. The longest 15 minutes to all who gone through ET and FET..kan,.dengan menahan kencingnye..dah siap doc keluarkan urin..lega rasanye..

Doc ingatkan tarikh2 appointment then nurse sorong masuk wad balik.Masa ni 9.20 then kena baring sejam..tapi aku fail.10.15 dah bangun kencing..tak tahan sungguh,sakitnya masa kencing tu..

Then bila bangun rasa sakit sangat,teringat sakitnya macam fresh IVF.cramp sana sini.FET patutnya tak sakit macam ni.Balik tu singgah makan,jalan pelan giler.Sampai rumah, tukar baju then tido. Kul 2 bangun solat duduk kat lantai,tak guna kerusi kali ni.Still cramp tapi tak kuat macam pagi tadi.Lepas zohor tido balik sampai pukul 4.Pastu aku dah mula bangun jalan ke dapur,ruang tamu dah tak terbaring je macam tadi.

Mudah2an segala doa2 kami dimakbulkan Allah untuk memperoleh zuriat yg soleh dan solehah..inshaAllah,.Amn..

Monday 19 January 2015

Alhamdulillah,boleh proceed FET

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni cek up day 14 nak tengok uterus lining..alhamdulillah mencapai jugak minimum requirement Mr Doctor..0.7 ++..so esok dah start gugusan ubat ubatan..inshaAllah 23 hb pagi Jumaat proceed..nervous tetap ada u ollss..semoga murah rezeki kami suami isteri..mohon doakan ya kawan2..tq sangat2...Rabbi yassir wala tuassir..inshaAllah..Amin..

Tuesday 6 January 2015

CD1 after 56 days!

Alhamdulillah..AF muncul hari ni selepas 3 hari aku makan ubat sunolut sebanyak 2 biji 3 kali sehari selama 3 hari..31/12.1/1 dan 2/1 then hari ni period pun muncul..56 hari cycle kali ni..adoyai..

Then terus mulakan progynova dengan pertambahan dos, 2 biji 4 kali sehari..Will see Dr on day 14 iaitu 19/1..mudah mudahan uterus lining perfect this time untuk proceed FET..Doakan aku ye..

Friday 2 January 2015

Kasihku dibawa pergi 2014, salam harapan 2015

2014 berlalu untuk aku dengan 1001 kenangan yang terpateri di dalam hati..
Mengandungkan dan melahirkan puteri syurga kami, anugerah terindah dari Yang Maha Esa..
Semoga puteri syurga kami berbahagia di alam sana bersama teman-teman yang kukira apabila pergi meziarah istana kecilnya, semakin bertambah barisan istana-istana kecil putera dan puteri syurga milik ibu bapa yang lain..yang sama dugaannya seperti kami..Dialah Allah Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan..Suatu hari nanti kita semua pasti akan kembali kepada-Nya..

2015 masih menanti seperti berkata-kata agar janganlah aku berputus asa..Aku masih mempunyai 3 embrio lagi yang menanti untuk dimasukkan ke dalam rahim ini..namun..sehingga hari ini aku masih menunggu period datang dan telah terpaksa makan ubat turun darah untuk merangsang period dan meneruskan perjuangan FET yang masih belum diizinkan lagi..Bila Allah mengizinkan, Insha Allah dapatlah aku proceed nanti..Amin..

Buat semua sahabat sahabat maya, dan sesiapa yang mengikuti blog ini, sejuta kemaafan sepanjang tahun 2014 sekiranya ada tersalah silap, terguris dengan tulisan aku, mohon dimaafkan..Segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri..

Wednesday 24 December 2014

Rasa lega dan rasa belum lega

Nak dijadikan cerita hari ni submit borang mintak cuti 2 hari atas arahan en hubby, suddenly terbukak cerita ivf yang tangguh, then jadiklah proses explain mengexplain (rosak bahasa!).then tetiba aku ter emo bila tiba2 arwah baby masuk sama dalam topik, tak pasal2 menangis kat situ jugak! Aiyak..malunya bila diingat2kan..

Agaknya aku ni dah lama memendam plus dengan hormon tak menentu..then akhirnya bos kata u just do what u should do, sempat dia tanya kalau buat lagi aku akan mc macam dulu ke,aku pun kata yes..and..suddenly aku rasa lega sebab akhirnya terlerai kekusutan yang bertempek dalam kepala aku iaitu tentang cuti..Alhamdulillah..harap2 dia masih mengekalkan momentum understandingnya sampai lah masa proceed nanti..mudah2an..amin..inilah cerita rasa lega tu..

Dipendekkan cerita,today dah cd 44 and AF haven't show up..maka, semalam aku mesej dr masa cd42, aku tanya dr, saya tak period lagi. ( aku supposed jumpa dia cd10 kalau period )..then dia reply, datang hospital.

Esoknya aku mesej dia balik dalam pukul 4, dr, bahaya tak kalau tak period, kalau saya tunggu habis bulan 12 then jumpa dr bulan Januari boleh ke..

Then pukul 6 aku jawab sendiri mesej dr...takpe lah dr saya jumpa dr hari jumaat, saya sebenarnya dah risau...

See?Phsyco tak aku? Oh AF,janganlah main cak2 dengan diriku....inilah kisah rasa belum lega tu..