Tuesday 6 January 2015

CD1 after 56 days!

Alhamdulillah..AF muncul hari ni selepas 3 hari aku makan ubat sunolut sebanyak 2 biji 3 kali sehari selama 3 hari..31/12.1/1 dan 2/1 then hari ni period pun muncul..56 hari cycle kali ni..adoyai..

Then terus mulakan progynova dengan pertambahan dos, 2 biji 4 kali sehari..Will see Dr on day 14 iaitu 19/1..mudah mudahan uterus lining perfect this time untuk proceed FET..Doakan aku ye..

Friday 2 January 2015

Kasihku dibawa pergi 2014, salam harapan 2015

2014 berlalu untuk aku dengan 1001 kenangan yang terpateri di dalam hati..
Mengandungkan dan melahirkan puteri syurga kami, anugerah terindah dari Yang Maha Esa..
Semoga puteri syurga kami berbahagia di alam sana bersama teman-teman yang kukira apabila pergi meziarah istana kecilnya, semakin bertambah barisan istana-istana kecil putera dan puteri syurga milik ibu bapa yang lain..yang sama dugaannya seperti kami..Dialah Allah Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan..Suatu hari nanti kita semua pasti akan kembali kepada-Nya..

2015 masih menanti seperti berkata-kata agar janganlah aku berputus asa..Aku masih mempunyai 3 embrio lagi yang menanti untuk dimasukkan ke dalam rahim ini..namun..sehingga hari ini aku masih menunggu period datang dan telah terpaksa makan ubat turun darah untuk merangsang period dan meneruskan perjuangan FET yang masih belum diizinkan lagi..Bila Allah mengizinkan, Insha Allah dapatlah aku proceed nanti..Amin..

Buat semua sahabat sahabat maya, dan sesiapa yang mengikuti blog ini, sejuta kemaafan sepanjang tahun 2014 sekiranya ada tersalah silap, terguris dengan tulisan aku, mohon dimaafkan..Segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri..

Wednesday 24 December 2014

Rasa lega dan rasa belum lega

Nak dijadikan cerita hari ni submit borang mintak cuti 2 hari atas arahan en hubby, suddenly terbukak cerita ivf yang tangguh, then jadiklah proses explain mengexplain (rosak bahasa!).then tetiba aku ter emo bila tiba2 arwah baby masuk sama dalam topik, tak pasal2 menangis kat situ jugak! Aiyak..malunya bila diingat2kan..

Agaknya aku ni dah lama memendam plus dengan hormon tak menentu..then akhirnya bos kata u just do what u should do, sempat dia tanya kalau buat lagi aku akan mc macam dulu ke,aku pun kata yes..and..suddenly aku rasa lega sebab akhirnya terlerai kekusutan yang bertempek dalam kepala aku iaitu tentang cuti..Alhamdulillah..harap2 dia masih mengekalkan momentum understandingnya sampai lah masa proceed nanti..mudah2an..amin..inilah cerita rasa lega tu..

Dipendekkan cerita,today dah cd 44 and AF haven't show up..maka, semalam aku mesej dr masa cd42, aku tanya dr, saya tak period lagi. ( aku supposed jumpa dia cd10 kalau period )..then dia reply, datang hospital.

Esoknya aku mesej dia balik dalam pukul 4, dr, bahaya tak kalau tak period, kalau saya tunggu habis bulan 12 then jumpa dr bulan Januari boleh ke..

Then pukul 6 aku jawab sendiri mesej dr...takpe lah dr saya jumpa dr hari jumaat, saya sebenarnya dah risau...

See?Phsyco tak aku? Oh AF,janganlah main cak2 dengan diriku....inilah kisah rasa belum lega tu..

Wednesday 17 December 2014

What happened to my natural cycle?

Now is CD37..
Got mild fever last for two days on CD30..
Got serious cramp today from 6.30 a.m until 10.00 a.m
What does that mean
AF is coming.....
But very2 late..
No AF, No FET
No FET?
No chances of seeing my 3 embies..

And still no AF until now *sigh*
- less word wednesday : )

Monday 1 December 2014

End of this cycle..next please!

Jumaat 28.11, lining tak develop, tak triple layer, tak dapat proceed..
Dr kata mungkin due to age, lining tak memberangsangkan..sedihnya..

Cycle Disember just go naturally.CD10 period Disember jumpa dr untuk tvs tengok folikel dan lining..dr just bzgi EPO anb Vit. D saja. Dah start makan dah. And asid folik teruskan makan.

Gigih cari brazil nuts seperti saranan N from makemeamom (thanks N), jumpa kat jusco bahagian organics. Pun dah start makan dah..Dulu aku ada makan walnut. Kali ni nak try brazil nut.

Perasaan? Sedikit frust tapi redha..semuanya ketentuan Allah, pasti ada hikmahnya. InshaAllah, CD10 Disember nanti aku update. Aku doakan semua kawan2 TTC mendapat double line cycle ni...Amin..

Wednesday 26 November 2014

Hope? Or no hope?

Tak tau nak kata. Appointment hari ni simple, cepat dan tepat. Aku orang first masuk bilik dr, dr scan dan didapati lining naik sedikit sahaja walaupun dos ubat dah ditambah.0.68 cm only.

Celaru rasa hatiku which is partly aku rasa its ok kalau tangguh, the other part rasa macam nak buat cycle ni jugak! Hah, camana tu. From his expression dr nak tangguh sebab nak bentuk dinding rahim tu triple baru proceed. Aku paham sangat expression itu. So, win win situation. 28 tengok lagi sekali, kira final lah ni. Kalau tebal jom buat. Kalau tak tebal jom tangguh. Tu je.

Ya Allah, permudahkanlah untukku...Amin..

Monday 24 November 2014

Appointment day 14

Sebenarnya hari ni agak down..
Sebenarnya jugak masa time period hari tu lagi dah datang rasa down ni..
Kenapa?

1st,period masih lagi pendek 3 hari dah tak heavy, 4 hari spotting, hari ke 5 stop dan mandi wajib. Sebab ada terfikir, dah 3 bulan camni.Walaupun dah dilate masa warded hari tu, macam tak ada perubahan (diandaikan penyebabnya adalah blockage pada pintu rahim ).memang blockage pun time tu..

2nd, apa yang aku terfikir2 pasal period pendek ni akhirnya macam make sense bila cek uterus lining hari ni. Aku ada terfikir mungkin memang dinding rahim aku tipis, jadi tak banyak la darah period yang turun. It turns out true bila appointment day 14 hari ni uterus lining cuma 0.63cm. Masa fet tahun lepas day 14 dah 0.79cm ( walaupun mqsa tu aku salah makan ubat sebiji 3 kali sehari selama 14 hari! ).Kali ni aku makan 2 bijik each time,tapi ada terskip yang pukul 3 2kali..hehe..sikit je kan berbanding yang makan sebijik je tu..

Maka, ubat disambung lagi.kali ni dose progynova dinaikkan kepada 2 biji 4 kali sehari. 26hb jumpa dr untuk scan sama ada dah meningkat atau tak dengan dose yang baru..perasaan? Sedikit down, sedikit berharap, sedikit tenang bercampur campur.  Aku berserah pada rezeki Allah..actually, tebal ke tak tebal ke cuma faktor penyebab, kalau memang rezeki, macam mana impossible pun pada manusia, tetap possible pada rezeki Allah..betul tak?
Err..tapi masalahnya kalau tak tebal dr taknak proceed..huwaaaaaaa...

Semoga ada progress yang baik 26hb ni..
Doakan aku ya..
Thanks kawan kawan..