Saturday 11 October 2014

CD 1 Oktober Telah Tiba

Dia mai dah.. Bila? Hari Khamis lepas..Lega sebab tak payah nak makan ubat turun darah bagai. Sebab Dr dah pesan, tak period Oktober kena jumpa dia makan tablet untuk turun darah kalau nak proceed FET November.

Kiranya hari ni hari ketiga. Tapi pelik lah..last month cycle pendek 5 hari je.Kali ni pulak kan..hari ni hari ketiga, tapi darah period dah nak kering..Aku musykil sebenarnya..tapi ye lah..dah Allah nak bagi gitu, terima lah..InshaAllah ada hikmahnya..

So, next period dah mula kena makan progynova. Plan aku nak jumpa Dr dulu untuk cek condition rahim before proceed FET inshaAllah anytime lepas period ni. Depends pada en suami punye schedule..Semoga segala urusan kita dipermudahkan..Amin..

Tuesday 23 September 2014

Fasa sebelum FET

Aku lately memang busy giler tak tau nak habaq lah..Nak ikutkan ubat yang aku perlu makan hanya asid folik 5 mg yang kecik dan mudah tu..Itu pun kengkadang aku fail nak istiqamah. Kejap makan pagi, kejap tengah hari,kejap malam..kadang-kadang terskip..Blog ni salah satu cara mengingatkan aku yang aku ni akan buat treatment November ni..Kenapa November? Kan kata dulu Disember?

Sebabnya dulu lepas bersalin, period aku hujung bulan. Tengah bulan 5 macam tu dia adjust jadi awal bulan. Kalau ikut period dulu, aku period 25 November lah katakan, jadilah transfer day tu Disember. Ni sekarang dah around 10 November jangkaan period, maka hujung November lah transfer day aku. Kenapa tak buat Disember? Oh, aku tak nak mengganggu tarikh2 menghampiri 2015.

So..sepatutnya day  2 period November jumpa Dr ambil ubat then cek rahim sekali. Disebabkan ubat dah ambil, tak adalah sesi jumpa Dr pada Day 2, jumpa Dr Day 14 je lah. Tapi aku rasa Day 14 tu macam dah suntuk nak cek rahim sebab Day 17,18 dah transfer kan. Lagipun aku tak ada urut apapun pasal ceaser hari tu. Ok, aku mengaku, this time aku yang nak appointment, bukan Dr yang suruh cek..hehe..What is that call? Inferiority, I guess! Bila nak jumpa? Lepas abis period Oktober lah baru pegi...InshaAllah..Mudah-mudahan Allah perkenankan doa2 kita semua..Amin..

*Nota kaki : aku yang dulu bukanlah yang sekarang,dulu buat atkins berat 54 55 now dah naik 57 58 dengan pantasnya...ayo..bila nak start diet balik ni..huwaaaaaaa!!!

Sunday 14 September 2014

Period pendek

Biasanya aku period 8 hari, suci hari ke 9.Cycle kali ni, period 5 hb, 9 hb dah abis. 10 hb dah solat. Masa 9 hb tu, keje aku kejap2 cek takut kalau2 ada spotting ke apa ke, tapi memang tak ada. Subuh 10hb aku dah mandi.

Keluar biasaan tempoh period ni buat aku terfikir, adakah kerana dinding rahim kita tak berapa tebal maka period punya tempoh jadi pendek ataupun sebab aku ada makan sejenis antibiotik nama zithromax maka tempoh period ni agak terganggu.Zithromax tu untuk rawat keputihan yang aku alami baru2 ni. Actually before consume zithromax tu aku ada ambil zinnat. Antibiotik jugak tapi tak berkesan.Alhamdulillah, zithromax ni ada kesan positif.

Tinggal lagi satu cycle (Oktober) lagi before cycle FET pada November..
Ya Allah..permudahkanlah urusan FET ku ini..Amin..




Monday 8 September 2014

Bila dah tak TTC lagi..

Eh, kenapa? Kenapa?
Kenapa dah tak TTC lagi?
Kenapa ea?
Dah penat, dah bosan, dah give up?
Oh..tak lah..dah dapat baby..Alhamdulillah..
Itu satu situasi..

Situasi kedua? Bukan penat, bukan bosan, bukan give up..
It's just our time to let it go..
Let it go..let it go..ternyanyi pulak.
Time to let it go sebab mungkin umur dah 45..
Ni pun satu persoalan jugak..
Umur berapa patut stop TTC..
Aku siap janji ngan kawan, from real life or from cyber friend supaya sama2 janji, selagi belum 40 tahun selagi tu kami sama2 janji to support each other dan jangan putus asa..yang adik2 jangan ngeri tau..alamak 40 tahun ke, lamanya tunggu..tak, inshaAllah..akak doakan yang adik2 semua tak tunggu lama macam akak..mudah2an dipermudahkan Allah..ni untuk yang 35 tahun ke atas je..(I is 37 suda..ngeeee.,,)

Atau kita naikkan had umur tu pada 42 tahun? Sapa nak join angkat tangan!! :)

Friday 5 September 2014

CD1 September

Dua tiga hari before period sakit pinggang, cramp kat ari-ari, mood swing takyah cakap lah..apa hubby buat semua tak kena,dia buat lawak pun aku tak gelak..padahal aku ni sgt senang nak gelak..muncung aku kategori boleh ikat..hmm..hebat betul penangan bulan 9 ni

Akhirnya,hari ni muncul lah dia..kitaran 33 hari..Alhamdulillah..tinggal lagi 2 cycle untuk FET..Dup dap dup dap..kita semua pun gitu kan menjelang apa2 treatment..

Tahniah pada yang dah diperkenankan doanya oleh Yang Maha Pencipta,sesungguhnya telah tertulis rezeki milik rakan-rakan TTC yang sedang pregnant, semoga rezeki yang lain akan menyusul selepas ini..eh, ke dah ada dah..yang belum period tu, doa banyak2 semoga lambat period tanda dah ada baby duduk dalam rahim..Amin..

Tuesday 12 August 2014

Post Appointment

Doktor tanya period dah ok ke tak. Aku katalah ok dan takde berpanjangan macam masa ada lebihan daging tu, so doktor kata tak perlu cek sebab simptom dah tak ada. Lega.

Perbincangan terus pada FET. Nak buat transfer bulan Disember so period bulan November kena behave. Kalau bulan Oktober period tak datang, doktor suruh datang cek untuk tengok dinding rahim tebal ke tak. Kalau tebal, maknanya dah nak turun darah so ubat turun darah bagi jugak tapi tak perlu lama. Kalau dinding rahim nipis lagi macam tak ada tanda nak period, kena makan ubat turun darah lama sikit. Pendek kata period Oktober dan November sangat penting. Mudah-mudahan Allah permudahkan....Amin...

Next appointment kalau period ok adalah day14 lepas period. Asid folik perlu diteruskan. Progynova makan day 2 period November 2 biji, 3 kali sehari...Kali ni taknak salah makan lagi macam dulu..Lepas tu topik kurus pulak. Doktor kata nak suruh turunkan sikit lagi berat badan before proceed FET. Tapi aku dah kurus.hehe.( tak tau lah bertahan berapa lama..) Saya diet doktor. Diet atkins yang glamer tu. : )


Sunday 10 August 2014

What To Expect?

Esok appointment dengan doktor....what to expect? Tak tau sebab appointment ni cuma review tentang lebihan daging pada miss V yang doktor dah 'cubit' buang tu....sama ada ada tumbuh lagi atau dah takde.Aku macam rasa dah tak ada sebab masa ada tu, period jadi berpanjangan....ni period macam elok je.Bulan Julai 2hb, bulan ni 4hb...ni dah CD7. Esok inshaAllah dah solat..

Tapi, rasanya perlu juga bincang tentang FET sebab sebenarnya macam dah tak lama lagi. Pejam celik pejam celik dah bulan 8, period bulan 11 dah start segala ubat-ubatan, bulan 12 inshaAllah transfer 3 little cutie embies..Semoga Allah permudahan segalanya untuk kami....Amin....

Buat kawan kawan yang sedang treatment bulan ni, aku doakan semoga dipermudahkan treatment yang dilalui dan seterusnya diizinkan Allah untuk dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..Amin..Buat kawan kawan yang tak buat apa-apa treatment bulan ni, semoga kerehatan daripada treatment dikurniakan rezeki yang tidak di sangka-sangka hendaknya..Amin..Sesungguhnya kita semua telah berusaha sedaya upaya, kan? : )