Saturday 30 March 2013

D n C JUA AKHIRNYA....

13/2/2013 Sampai hospital pukul 8.30, terus beritahu nurse hari ni nak D n C. Dah siap dokumen, beratur then nurse kata Dr nak scan dulu. At 10.00 Dr buat TVS dan sah tak ada lagi baby sac. Dr arahkan buat admission, nurse bawak masuk wad 2 katil (even masa daftar minta 4 katil) rehat dulu sementara tunggu prosedur pukul 1. Masa tu baru pukul 11. Boring, berdebar, sedih tapi redha..semua ada. hubby turun then nurse sampai suruh tukar baju. Call hubby. Hubby naik hantar sampai depan OT. Thanks sayang. Love u so much. Before that, kat wad nurse tanya macam-macam makan apa, sejarah kesihatan, ambil tekanan darah, ada allergic ke tak dan sebagainya.

Sampai OT sejuk nya tak tertahan. Tengah tunggu boleh pulak nurse dengan Dr bius cerita pasal post mortem pasal 'one lost patient'. Eeeee...seram pulak dengar. Then nurse selimutkan dengan selimut panas. Best. Tunggu tak sampai setengah jam Dr sampai. Terus disorong ke bilik OT Bilik A. Tawakkal pada Allah. Macam-macam baca. Istighfar, selawat segala lah. Dr kata nak bius bagi tidur ni, mengucap ya. haha. Lepas tu tido tak sedar apa. Sedar-sedar dah kat wad dalam pukul 3 petang. Makan minum, muntah. Sampai nurse kena tukar cadar.

Dekat maghrib mama n family datang. Baru boleh makan roti jagung yang 70 sen tu separuh dan minum air masak. Pukul 7.00 discharge. Dalam kereta muntah lagi. Kesian hubby kereta kotor. Lebih kurang 10 malam baru boleh makan sup. Kuat betul ubat bius ni. Dr bagi cuti sampai 22/2/2013 Jumaat. 10 hari cuti.
KOS - RM2165.00

Friday 29 March 2013

HARI PENENTUAN

6/2/2013 Rabu. Lepas magrib bertolak ke hospital. Sampai around kul 8 malam. Sampai je, sunyi je klinik Dr. Call Dr then dia kata klinik malam hari Selasa ngan Khamis jek. Oh.. tak tau la pulak. Mungkin penah tau tapi dah lupa. Jadi dia kata kita jumpa esok ya. Aku pun ok lah.

Pergi toilet kejap. then Dr call tanya ubat ada lagi tak. Untuk esok ada. Dia kata ok.

Kami pun nak beredar. Tunggu hubby kat lobi sementara dia ambik kereta kat parking. Then, Dr call lagi. Dia kata tunggu dalam 20 minit dia sampai. Aku kata takpe lah, esok kami boleh datang lagi. He said, kesian u dah sampai. Takpe, nanti I datang. Tunggu saja.

Dr sampai, then masuk buat TVS. Dengan sedihnya dia kata sarung baby memang tak nampak. Ni dah terlalu lama. sepatutnya dah nampak. Ada 3 ruang tapi tak bulat. Tak sempurna atau mungkin dah rosak. He simply told hubby 'dah ada, tapi tak jadi'. Dia kata kalau test urin mesti dah samar2. Tapi bila test urin, mula-mula memang samar tapi after two minutes, strong positif. Kami pun confuse. Cadangan Dr hari Jumaat ni DnC. tapi disebabkan strong positif tangguh minggu depan 13/2/2013. Dr suruh teruskan ubat macam biasa dengan anggap baby ada lagi. Sedihnya....

Sejak hari itu, tak ada satu hari pun yang berlalu tanpa air mata. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kepiluan hati aku. KOS-takde........ubat hari ni pun percuma Thanx Doc.

12/2/2013 Petang ni test lagi sendiri urin, still strong positif juga. Ya Allah, serba salah betul. Ya Allah, jika masih belum rezeki kami, kami redha dengan ketentuanMu. Aku yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hanya Engkau Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Namun, jika ada tunjukkanlah pada esok hari agar kami tidak melakukan kezaliman ke atas makhlukMu. Amin...

Jauh di sudut hati aku masih mengharapkan keajaiban walaupun sakit setiap hari. Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah... Amin......

LOSING HOPE....

30/1/2013 Rabu. Sampai hospital kul 6 petang. Solat magbrib di hospital. Surau dia berdepan dgn Operation Theatre and ICU. Scary... Check up kali ni patut dah boleh sangat nak nampak baby sac tapi tak nampak apa. Ada la dot hitam kecik2 je. Cek urin lagi. Strong positif jugak. Hai baby, mana kau  menyorok nak...Dr tak puas hati sebab dah terlalu lambat. patut sac dah nampak.

Dr : Embryo yang simpan ada 4 eh?
Aku : Tak, ada 6.

Dia nampak dah give-up kot, apatah lagi aku. Balik, ubat macam biasa. Jumpa balik 6/2/2013. Still bleeding. Dah lama jugak lah. Dah lebih 2 minggu. Lama-lama kering jugak darah aku kang.hmmm.

KOS-RM561.00

THE BLEEDING CONTINUES

27/1/2012 Ahad. Pagi ni antara 6.00 a.m - 6.15 a.m berlaku cramp yang sangat sakit tak terperi. Tak lupa sakitnya sampai hari ni. Sakit sangat-sangat. Sembahyang subuh dengan hanya duduk di birai katil. Masa sakit tu,tangan kanan genggam tangan hubby dengan sekuat hati (tapi bila tanya dia tak sedar pun..huhu) tangan kiri genggam besi kepala katil. Masa tu dalam kepala dah terbayang adakah aku akan sakit macam ni lama. Adakah ini rasanya keguguran. Macam2 lah. At last, lepas 15 minit sakit yang teramat tu hilang.

Pukul 8 pagi sms Dr. Then Dr suruh datang klinik. Baring kat bilik Dr sampai dia datang. Ambil lagi urin. Strong positif jugak. Ya Allah..Aku redha dengan dugaan Mu. Dr bersihkan darah, then suruh guna crinone sehari sekali. KOS-RM313.00

Thursday 28 March 2013

KHAMIS MALAM JUMAAT YANG SANGAT INDAH

17/1/2013 Appoinment hari ni tapi terpaksa pergi malam sebab kerja. But ealier this morning, bagi sampel urin dulu kat hospital. Hubby yang hantar sampel. Tq B. Sampai pukul 8.00, agak ramai patient sebab hari ni memang klinik malam. 10.30 dapat turn. Mr Nice Dr pegang pregnancy test bagi pada kami sorang satu, tapi tak dapat tangkap lagi.Dia kata tengoklah pregnancy test tu. Ada double line yang sangat terang. Tahniah! U pregnant! Ya Allah macam mimpi tengok double line tu sebab last appointment macam 50-50. Syukur Ya Allah. Gembira tak terucap. On the way balik terus call mama to tell the good news. And closest friend too. Hubby and me were very happy. Next appointment nak tengok berapa sac yang ada. Alhamdulillah..Syukur Ya Allah atas kurniaanMu ini. Hamba sangat bersyukur. KOS-RM634.00

18/1/2013 Macam ada blood pada crinone waste yang dikeluarkan dari vagina. Tapi tak suspect apa-apa.

19/1/2013 Sabtu. Agak lasak hari ni. Dalam 11.00 pagi tengok ada setitik darah pada panty. Dah mula cemas. Spotting berterusan sampai 22/1/2013. Perasaan tak sedap hati tak payah cakaplah..risau sangat.

22/1/2013 Selasa. Dalam pukul 12 midnight tengok panty liner darah agak penuh. Then masa mencangkung kat toilet, tiba-tiba darah keluar agak deras walaupun tak banyak. Warna maroon pekat. Bagitau hubby pegang tangan dia dan mulalah drama air mata. I said sorry if I cannot carry our baby. Syahdu sangat. Hubby kata tak apa. Kita dah cuba dan dah usaha. Hubby sedih.

23/1/2013 Rabu. Hari ni memang appointment tapi boleh je pegi petang atau malam. But disebabkan panik malam tadi turun darah warna maroon masa kat toilet, takde langsung hati nak pegi kerja. Daripada tak dapat buat apa kat tempat kerja akibat sedih dan risau, baik terus ke hospital. Dr cek urin, still positive,in fact very strong positive. So Dr kata darah lama. Dr cuci then arahkan masuk crinone 2 kali supaya darah stop. Starting hari ni, hari-hari bleeding tapi tak penuh pad. Ya lah, tiap kali solat tukar, takkan penuh. Siap bagitau Dr malam tadi tak sembahyang isyak dan subuh tadi sebeb ingat period, Dr marah kenapa tak sembahyang. U pregnant, mana ada period. hehehe. Tapi tak tau takpe kan.... Next appointment is 30/1/2013. KOS-RM765.00





Sunday 17 March 2013

TWO WEEKS WAIT (2WW)


1/1/2013 Happy New Year! Aku sambut atas katil tak bleh wat pe. Bangun untuk ke toilet dan sembahyang sahaja. Solat pun dalam keadaan duduk. Lately aku dok surf blog2 IVF rakan2 lain ada yang solat baring demi jaga embryo yang ada.

2/1/2013 Alhamdulillah. sakit dah kurang. Allah Maha Besar. Agak selesa sikit tapi masih bedrest. Rutin ubat, crinone (vaginal hormone), makan. solat, tidur,TV, Internet.

3/1/2013 Cuma bedrest sepanjang pagi. Rutin pagi seperti biasa insert Crinone, makan Duphaston. 2 p.m jumpa Dr for the first time after ET. Buat TVS scan, by this time Dr says embrio dah gerak naik atas. Atas mana? Tak tau lah. mungkin bahagian atas rahim kot. Dinding rahim cantik kata Dr. (Cantik means tebal seperti yg sepatutnya untuk embrio menempel) Datang lagi 6/1/2013. Injection 1 kali kat punggung. Bills RM244.50. Malamnya sakit pinggang. Esok pagi pukul 5 pagi terbangun pergi toilet macam rasa nak pitam. Pukul 7 bangun pun rasa macam nak pitam. Kenapa ye. Tengah hari bermula sakit belakang. Masih ingat sakitnya samapai hari ni.

4/1/2013 Still sakit  belakang. Yang rasa nak pitam tu dah takde.

5/1/2013 Still sakit belakang lagi. (Siap tanya hubby ada tak dia tertumbuk belakang badan)

6/1/2013 Jumpa Dr. Injection lagi di punggung. Bill RM238.00

7/1/2013 Cramp tengah malam pukul 3 pagi

8/1/2013 Cramp tengah malam pukul 2 pagi

9/1/2013 Cramp tengah malam pukul 1 pagi sampai sengal bahagian peha

10/1/2013 Urine test tapi negatif. Dr cuma bagitau ada garisan sangat samar. Jadi itu tak confirm pregnant.Dr ambil darah untuk test Beta HCG. DR kata kalau lebih 7 maknanya pregnant. Jumpa lagi
17/1/2013. Masa ni hanya ada rasa pasrah je. Kalau still negatif 17hb ni, maknanya end of the cycle and cuba lagi. BILL RM600.00 (sebab ada crinone)

11/1/2012 Rest. Bila agak lasak sikit akan rasa sakit di perut. Akibat pembengkakan ovari lah ni.

12/1/2013 Cuba nak jalan2 sekitar giant tapi tak berjaya. Duduk sorang2 di Marrybrown while family bershopping. Mama tepuk perut, keras katanya. Ada nii.Amin makk..

13/1/2013 Rest day

14/1/2013 Lepak day. dah hampir merdeka of my 2WW.

15/1//2013 Dah naik kerja. Perut kadang2 rasa kembung. Jumpa kawan-kawan and all of them pray for me even the non muslim.Thanks friend for your support. Still jalan perlahan-lahan sebab perut memang agak sakit.Menurut Dr saiz ovari kita akibat stimulation dah besar 5 kali ganda. Sebab tu sakit.


EMBRYO TRANSFER

31/12/2012 Pagi ni embryo transfer. Pagi-pagi bangun sarapan roti canai separuh (dalam kereta) je. Minum milo. Pukul 7.30 pagi sampai then terus salin baju bedah. Hari ni tenang sedikit. Tak suspen macam masa OPU sebab dah 2nd time masuk sini kot. Kalau masa OPU hari tu tak boleh pakai bedak, perfume, make up sebab takut bau-bauan atau chemical daripada benda-benda tu masuk dan menjejaskan ovum. Untuk hari ni walaupun Dr tak pesan apa-apa tapi still tak pakai bedak perfume bagai tu. Punya lah nak jaga.heheh

Lepas tukar baju bedah, nurse suruh minum satu gelas air untuk penuhkan pundi kencing. Aku takk boleh tahan kencing langsung. Pundi kencing yang penuh akan memudahkan Dr untuk nampak rahim dengan jelas dan mudah nak masukkan embro. Dua kali nurse bagi air, dua kali kencing. Last2 nurse kata tak apa kak, nanti kita masuk air pakai tiub ke pundi kencing. Baru lega sikit.

Proses Embryo Transfer (ET) ni tak bius dan dijanjikan berlaku dalam 10-15 minit sahaja. After ET barulah rest selama 1 jam baru boleh bangun. Dan proses ini tak dibius ya puan-puan. Agak sakit juga tapi dengan izin Allah dapat bertahan sampai selesai. The longest 10 minutes in my life. Then urin dikeluarkan. Lepas tu baring selama 1 jam. Boring. Tak tau nak wat pe. Sepanjang proses tak putus berdoa dan berzikir.

Before ET tadi, embryologist gtau daripada 16 telur, 11 embryo develop. 8 gred A dan 3 gred B. Hari ni masukkan 5, 2 gred A dan 3 Gred B. Macam terkejut gak napa masuk banyak. Embryologist kata yang gred B kalau biar kat luar pun dia takkan develop lagi tapi kalau masuk dalam rahim ada peluang develop.Lagipun umur dah 35 tahun, lebih banyak embryo chances pregnant lagi tinggi katanya. Ikut je la walaupun dalam hati suspen gak.Kot jadik 5 tak ke kembar 5.Takkan kot.hehe.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Balik rumah bedrest. Sebenarnya tak selesa sangat nak bergerak. Perut masih sakit kesan OPU hari tu. Dapat MC dua minggu untuk rest kat rumah. DON'T :
1. No sex while Two Weeks Wait.
2. No kafein.
3. Tak boleh buat kerja berat.
4. Naik tangga dibenarkan (tapi aku langsung tak buat ni kecuali turun untuk appointment Dr)
KOS - NO KOS sebab dah bayo seploh riban masa OPU..dah termasuklah