Friday 31 July 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015 & check up 29 weeks

Hari raya tahun ni tak meriah sangat sebab kami sekeluarga dah kurang sebuah rumah untuk beraya iaitu rumah arwah kakak mama. Arwah dah tak ada, rumah tu anak bongsu arwah duduk dan dia raya rumah mertuanya.

Pagi raya ziarah kubur arwah anak. Aku siap tepuk perut kejut adiknya di dalam dan cakap kita nak ziarah kakak..sedih..kawasan perkuburan hari raya pertama ni jem jalannya. Hubby kata ada satu kawasan kubur besar kat tempat lain  siap ada orang jual bunga.

28.7.2015 cek up 29 weeks.Minum air gula.Tapi result belum dapat.Aku pun tak call hospital tanya. Ok kot. Kalau tak ok musti nurse dah call.Hb aku 13.6. Aku memang consume iron dalam bentuk coklat. Rasa dia memang rasa coklat. Tapi siaplah, poo poo pun jadik kaler gelap..euuuwww..hahah

Buat jugak scan 4d, adik baby tutup muka ngan tangan tecit dia. Dr kena tepuk2 perot mummy baru dia alih tangan. Tak clear sangat tapi boleh la..muka is masam ok,marah sebab ngusik dia nak bersantai.

Next cek up 25.8 dah 33 weeks masa tu. Semoga Allah kurniakan kesihatan dan keselamatan kepada kami..Amin Ya Rabb.,

Selamat hari raya untuk semua muslim,maaf zahir dan batin..

Friday 3 July 2015

Anniversary ke Sepuluh Tahun

Alhamdulillah.semalam 2.7 genap 10 tahun usia pernikahan kami.,Syukur pada Allah atas nikmat yang tidak terkira banyaknya.Hubby kena outstation Khamis,so on the anniv day tu dia takde sini,so celebrate la malam Khamis tu.Kan kitorang memang camtu.,adalah sekali dua je yang sambut tepat2 harinya.

Nak dijadikan cerita,pagi Khamis tu aku kena sakit macam kena kencing kotor hari tu.,ahh,.sudah.,nak jadi balik ke.Teringat dr cakap hari tu..kalau jadi lagi,warded lagi masuk air..oh,tidak...tak mo saya.Maka aku pun berbuka lah..isk3.,hubby tak bagi puasa dulu 3 hari.,esok in shaa Allah nak puasa balik.

Ada kawan2 maya yang emel aku tentang treatment masing2 lepas raya nanti..rasanya mostly memang akan continue lepas raya kan..aku doakan semua berjaya conceive,doa banyak2 bulan ramadhan ini,in shaa Allah dimakbulkan Allah..Amin..