Friday 23 January 2015

FET done!

Alhamdulillah FET done today.
Sampai lab 7.30 pagi,sign borang bagai then duk wad.Alhamdulillah..ketiga2 embryo survive 100% the thawing process..1 gred 1, 2 gred 1,2. This time je dah 3 kali kencing sampai 8.10.Then 8.15 masuk OT,scan memang sah urin sikit sangat. 8.30 doc masuk. Then nak pasang saluran ke pundi kencing,dah guna yang saiz kecik pun still tak muat tapi kena gak muat2kan..sakit dan pedih sampai sekarang..huhu..

Pundi kencing dah penuh,then dengar diorang kata ok,maknanya rahim dah nampak clear lah tu, prosedur bermula.Embriologist panggil nama, then aku jawab ya. The longest 15 minutes to all who gone through ET and FET..kan,.dengan menahan kencingnye..dah siap doc keluarkan urin..lega rasanye..

Doc ingatkan tarikh2 appointment then nurse sorong masuk wad balik.Masa ni 9.20 then kena baring sejam..tapi aku fail.10.15 dah bangun kencing..tak tahan sungguh,sakitnya masa kencing tu..

Then bila bangun rasa sakit sangat,teringat sakitnya macam fresh IVF.cramp sana sini.FET patutnya tak sakit macam ni.Balik tu singgah makan,jalan pelan giler.Sampai rumah, tukar baju then tido. Kul 2 bangun solat duduk kat lantai,tak guna kerusi kali ni.Still cramp tapi tak kuat macam pagi tadi.Lepas zohor tido balik sampai pukul 4.Pastu aku dah mula bangun jalan ke dapur,ruang tamu dah tak terbaring je macam tadi.

Mudah2an segala doa2 kami dimakbulkan Allah untuk memperoleh zuriat yg soleh dan solehah..inshaAllah,.Amn..

Monday 19 January 2015

Alhamdulillah,boleh proceed FET

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni cek up day 14 nak tengok uterus lining..alhamdulillah mencapai jugak minimum requirement Mr Doctor..0.7 ++..so esok dah start gugusan ubat ubatan..inshaAllah 23 hb pagi Jumaat proceed..nervous tetap ada u ollss..semoga murah rezeki kami suami isteri..mohon doakan ya kawan2..tq sangat2...Rabbi yassir wala tuassir..inshaAllah..Amin..

Tuesday 6 January 2015

CD1 after 56 days!

Alhamdulillah..AF muncul hari ni selepas 3 hari aku makan ubat sunolut sebanyak 2 biji 3 kali sehari selama 3 hari..31/12.1/1 dan 2/1 then hari ni period pun muncul..56 hari cycle kali ni..adoyai..

Then terus mulakan progynova dengan pertambahan dos, 2 biji 4 kali sehari..Will see Dr on day 14 iaitu 19/1..mudah mudahan uterus lining perfect this time untuk proceed FET..Doakan aku ye..

Friday 2 January 2015

Kasihku dibawa pergi 2014, salam harapan 2015

2014 berlalu untuk aku dengan 1001 kenangan yang terpateri di dalam hati..
Mengandungkan dan melahirkan puteri syurga kami, anugerah terindah dari Yang Maha Esa..
Semoga puteri syurga kami berbahagia di alam sana bersama teman-teman yang kukira apabila pergi meziarah istana kecilnya, semakin bertambah barisan istana-istana kecil putera dan puteri syurga milik ibu bapa yang lain..yang sama dugaannya seperti kami..Dialah Allah Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan..Suatu hari nanti kita semua pasti akan kembali kepada-Nya..

2015 masih menanti seperti berkata-kata agar janganlah aku berputus asa..Aku masih mempunyai 3 embrio lagi yang menanti untuk dimasukkan ke dalam rahim ini..namun..sehingga hari ini aku masih menunggu period datang dan telah terpaksa makan ubat turun darah untuk merangsang period dan meneruskan perjuangan FET yang masih belum diizinkan lagi..Bila Allah mengizinkan, Insha Allah dapatlah aku proceed nanti..Amin..

Buat semua sahabat sahabat maya, dan sesiapa yang mengikuti blog ini, sejuta kemaafan sepanjang tahun 2014 sekiranya ada tersalah silap, terguris dengan tulisan aku, mohon dimaafkan..Segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri..