Saturday 22 March 2014

POSTPONE ZIARAH ISTANA KECIL

Hari Khamis dah boleh solat jadi semangat berkobar2 nak ziarah istana kecil arwah Nur Fayyadh Husna tapi tiba tiba hari ni ada stain fresh blood kat panty,
pakai panty liner lagi jelas fresh blood nya.Kalau saki baki nifas warnanya mesti brown atau kuning keruh.Yang aku ingat,hari ke 30 takde stain coklat dah.warna kuning keruh berlarutan 4 hari pastu baru aku mandi.

Hari ke 30 tu hari Ahad,hari ni Sabtu.Tanya my bff dia kata memang macam tu. Itu darah period!Aku macam oh..ye ke.So bermula lah CD1 lepas bersalin, patutlah masa bukak jahitan ceaser hari tu doktor kata you akan dapat period sangat cepat. Tak sangka pulak secepat ni..musykil gak,apa2 pun yang penting bila tanya mama, mama pun kata normal.

Tadi hubby call tanya barang arwah anak yang bawak pegi hospital simpan kat mana.Aku kata lah ada kat rumah mama.Dia kata, honey bagi tak, kalau nak sedekah kat orang.Wife kawan hubby emergency nak bersalin hari ni,dia tak ready apapun untuk baby sebab baru 7 bulan.Aku pun kata ok lah, dalam tu ada pampers newborn, lampin, kain bedung, barut baby, baju dua pasang, selimut dan bedak baby.Mudah mudahan dapat lah membantu walaupun tak banyak.

NUR - CAHAYA
FAYYADH -MURAH HATI
HUSNA -INDAH, CANTIK

Sayang mummy yang murah hati, mummy sedekahkan sedikit barang2 sayang pada yang memerlukan ya nak..Selebihnya masih tersimpan rapi..mungkin untuk adik2 sayang nanti..Insha Allah..Amin...

Friday 21 March 2014

SURAH YASSIN BUAT BUAH HATI

Alhamdulillah..aku dah habis nifas subuh semalam..actually malam khamis dah agak clear tapi tak confident nak mandi,maka subuh baru mandi..hah..menggigil gigil mandi air sejuk subuh2..34 hari berpantang dah tak berapa pantang dah.hanya stokin yang masih kekal di kaki.segala rutin2 pantang yang lain dah tak buat dah,mama pun dah balik.hubby yang jaga so..faham2lah..dengan hubby semua mende boleh saja.

Malam semalam lepas maghrib buat bacaan yassin sendirian khas untuk arwah anak..Ingatkan tak berlaku apa2 tetapi penangan surah yassin begitu terkesan di lubuk hati,,yang paling syahdu ialah kalau boleh tiada ibu yang mahu membacakan surah yassin untuk anaknya,kalau boleh semua ibu mahu anaknya yang membacakan surah yassin untuknya apabila ibu meninggal dunia..tetapi semuanya tertakluk kepada qada dan qadar Allah Taala..Akulah ibu yang terpilih itu..Aku pohon padaMu Ya Allah kurniakan kepada kami suami isteri hati yang redha dan ikhlas atas ujian yang Engkau berikan..Amin..

Ngam2 habis Yassin buat buah hati hubby muncul di pintu balik kerja,dengar aku   tersedu2 dengan surah yassin di tangan,terus peluk aku dan aku mula tenang semula kerana yakin tidak sendirian mengharungi kesedihan,hubby juga sama.
Bayi yang meninggal dunia suci dan bersih dari segala dosa..Surah yassin untukmu anakku adalah tanda kasih mummy dan tanda kesyukuran kerana Allah memilihmu untuk berada di tempat terbaik di sisinya,.Insha Allah..Amin Ya Rabb..


Sunday 16 March 2014

TARIKH INI...

Tarikh ini bulan yang lalu adalah tarikh bersejarah antara mummy dan Nur Fayyadh Husna..Setelah 38 minggu kita bersama2, tarikh tersebut kita dipertemukan Allah..Indah sungguh aturan Allah kepada kita sayang..Comel sangat buah hati mummy..Selautan kasih yang mummy ada untukmu adalah anugerah Allah Yang Maha Pengasih jua... kita ditakdirkan berpisah pada hari yang sama kerana Allah lebih menyayangimu sayang..

Airmata masih setia menemani di saat mummy menitipkan doa buatmu..Semoga buah hati mummy bahagia dan gembira di sana..Insha Allah bila dah suci nanti mummy dan ayah akan ke istana kecilmu nak..Sebenarnya ayah dah 2 3 kali ke sana, mummy saja yang belum..

Ayah simpan semua barang barang sayang sebelum mummy balik rumah hari tu..hingga kini mummy baru buka sekali almari untuk tengok barang barang tu tapi belum ada kekuatan untuk mengeluarkannya apatahlagi untuk membeleknya satu persatu..

Syukur kepada Allah kerana dengan izin dan rahmatNya meminjamkan sayang kepada  mummy dan ayah walaupun hanya sementara namun mummy sangat bahagia menjadi ibumu sayang..sayang sangat istimewa kerana terpilih untuk menjadi bidadari kecil di syurga Allah..insha Allah..Bukankah tiap sesuatu yang dipinjam mesti dipulangkan kepada pemiliknya?Lambat atau cepat kita semua juga akan pulang kepada yang Maha Memiliki..Innalillahi wainna ilaihi rojiun..Al-Fatihah..